Thursday 11 July 2013

Bukan Senang untuk Menulis

Assalamualaikum

Ketandusan idea! Warghh ! Terasa seperti mahu membaham sahaja laptop ini. ahhh ! stress.

Bukan senang untuk menulis, dan sekarang aku amat respect penulis2 di luar sana. Memang respect ah dengan dorang. Aku yg mahu menulis mini novel yg secoet itu pun tersangatlah susah nak habiskannya. Idea ini datang kengkadang sahaja. Time okay, memang mencurah-curah umpama coklat mencurah dengan banyaknya di ladang gandum. 


Tetapi, apabila ketandusan idea, ma shaa Allah, sangat menekan jiwa ini. Gersang seadanya. Memang tak boleh nak buat apa. 


Lagi satu, kalau nak hasilkan cerita ini, kena lah ada klimaks and konfliks nya kan? Kita yg wujudkan masalah dan konfliks itu, dan kita jugalah yg harus menyelesaikannya. hehehe. memang masalah betullah. pening juga kepala ini.. 


Idea ini pula, bila datangnya memang tak kira tempat. ada ke patut dia datang masa aku tengah kerja. Memang tak ah nak stop kerja and tulis dulu idea yg mencurah2 itu. Memang tak dan tak pasal2 dapat warning dari bosss besar. Takut weii.. So, pendamkan saja. Hanya mampu berdoa sahaja agar idea itu tidak cepat lenyap.

alah, aku bukannya penulis lagi pun. minta maaf bnyk2 ya, tak ada niat pape pun, cuma nak berkongsi sahaja. apa yang dapat disimpulkan ialah, bukan senang untuk menulis. tapi, tak ape, aku akan cuba sedaya mungkin. Ini memang minat aku dari sekolah menengah lagi.

Al-kisah bermulanya minat menulis ini apabila selalu sangat membaca novel2 melayu yang tengah femes tika itu. Kehebatan penulis seperti Fauziah Ashaari, Norhayati Ibrahim, Damya Hanna, Sharifah Abu Salem etc memang memberikan semangat dan dorongan untuk aku. 

Dulu2 hanya menulis dgn pensel 2B sahaja. Bila penat menulis berhenti. Baca balik,dan padam bila jalan cerita yg ditulis itu x besh ! Memang gigih, dah memang minat kan? so, kena buat betul-betullah.

Sekarang ini beza sikit. type pakai microsoft word. Moden banyak ah berbanding dulu. Banyak saja cerita yg terlintas di fikiran aku ini. Namun hanya separuh jalan sahaja yg sempat ditulis, kemudian delete terus sebab stuck di tengah jalan. 

"Dia isteriku" inilah yg menjadi tunjang utama. Memang takkan give-up ah dengan cerita ini. Kena paksa diri untuk habiskan jua... kena. Kata minat kan? Sekurang-kurangnya kena hasilkan satu karya yang boleh diagung2kan. hehehe. chaiyok untuk diri sendiri!


No comments: