Wednesday 31 July 2013

Pabila dia bukan untuk KITA

Assalamualaikum 

Please don't be misunderstanding dengan entry kali ini. bukan merujuk pada situasi diri sendiri. nope! sama sekali tidak. Kita santai-santai saja berbicara tentang entry kali ini. Tak salah kan ? ;)

Sesaja je aku nak keluarkan entry yg bertajuk sedemikian. muehehe. Sekali sekala berkala je nak bincang benda2 macam ni ... 

Pabila dia bukan untuk kita, maka terimalah ketentuan ALLAH itu. Walaupun sukar dan duka yang amat untuk menerima reality itu, namun tetap juga kita kena terima. 

Hati memang susah untuk menerimanya andai setiap detik dan saat kita asyik terfikirkannya. Memang takkan boleh untuk lupakannya. Cuba bawa bertenang, fikirkan betul2 dan cuba lepaskannya perlahan-lahan. 

Pernah tak korang semua dengar satu pepatah rekaan tentang cinta iaitu, cinta itu ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin jauh ia melarikan diri... cuba pula kita tidak hiraukannya, kupu-kupu itu akan datang balik, kan? Walaupun pepatah itu pepatah rekaan, namun aku tetap berpegang pada pepatah itu dalam hal cinta's. =,=

Kalau tak percaya, cuba buat eksperimen sendiri.. petang2 sambil bersantai tu, cuba pergi kejar kupu2 tengok dia lari atau tak? tehehehe. kalau lari, maknanya dia bukan untuk kita lah tu. 

Konsepnya di sini senang sahaja, jangan memaksa untuk menerima sesuatu yg bukan ditakdirkan untuk kita. Walau sekuat manapun kita, kita takkan mampu untuk melawan takdir ALLAH yg maha hebat itu. Setiap percaturan-Nya memang hebat. 

Apa yang paling penting di sini, kita bermuhasabah. Muhasabah merenung dan mengenang kembali kesalahan dan kesilapan kita. Kenapa kita asyik terkejarkan cinta sesama manusia, tetapi cinta pada Pencipta kita abaikan. 

Mungkin disebabkan itulah Allah gagalkan harapan dan perasaan cinta itu. Cinta sesama saudara biarlah berpada-pada, jangan melebihi cinta kita pada ALLAH. 

Okeylah, Setakat itu sajalah entry kali ini. 

Wassalam ;) 
 


No comments: