Thursday 1 August 2013

Ramadhan di HATI-ku

Assalamualaikum 

Selang beberapa hari sahaja lagi Syawal akan menjelma, maka bulan Ramadhan yg tersangat mulia ini akan tinggalkan kita .. ya Allah, sedihnya. entahkan boleh ketemu dengan Ramadhan yg suci ini lagi ataupun tidak.. Ramadhan, usah kau pergi tinggalkan aku


Sebulan berlalu dengan begitu pantas.. pejam celik pejam celik, dah hampir sebulan. 

Sekarang ini, kebanyakkan lagu2 raya sudah mula berkumandang di corong2 radio. Dan itu bererti Syawal, bulan meraikan umat Islam akan tiba. 

Persiapan raya macam mana ? semua okay ? aku dan keluarga hanya mampu menyediakan persiapan sesederhana mungkin saja. Itulah yg sepatutnya kan ?

Mengimbas kembali perjalanan Ramadhan kali ini, apa agaknya amal dan ibadah kita. 

Don't say anywords here, but renungkan kembali apa yg telah kita lakukan. sama2 kita bermuhasabah, merenung kembali amalan dan ibadah yg kita lakukan sepanjang Ramadhan kali ini. 

Setiap kali kemunculan Ramadhan … antara insan yang paling gembira menanti kedatangannya adalah adalah golongan fakir miskin dan anak yatim asnaf zakat. Kerana kemunculan Ramadhan membawa bersama sedikit kegembiraan kepada mereka. Walau pun kegembiraan yang mampu mereka nikmati itu hanya bersifat sementara, namun itu sudah cukup untuk membuat mereka tersenyum dan melupakan seketika penderitaan dan kesedihan yang mereka alami.



Aku tertarik dengan tazkirah Ramadhan ini. Kekadang telinga ini ada juga mendengar bisik2 manusia di luar sana tentang keberuntungan anak2 yatim pada bulan Ramadhan. Mereka ada membicarakan tentang pelbagai bentuk kemewahan yg diperolehi oleh anak2 yatim tika Ramadhan. memperoleh baju raya, kasut raya, songkok raya, duit raya etc. 

No! Jangan cakap macam tu. Itu rezeki mereka, dan sepatutnya kita juga harus sama menolong dan membantu mereka.

Aku dalam diam memanjatkan rasa syukur pada ALLAH kerana masih ada insan yg berpekerti dan baik hati di luar sana kerana sanggup menaja dan berkongsi rezeki mereka dengan anak2 yatim.

Mereka sememangnya patut diraikan. Biarlah mereka dapat merasakan suasana hari raya seperti kita. Dihidangkan dengan semua yg baru-baru. mereka juga berhak untuk merasakan nikmat seperti itu.

Tolonglah, jangan sesekali mempersoalkan mereka. Andai kita peroleh rezeki yang melimpah ruah, tidak ada salahnya jika kita keluarkan zakat pada mereka yg memerlukan. Islam sudah menetapkan sebaik-baik ketetapan pada umatnya. Yang senang membantu yg susah.

Tolonglah buang segala pemikiran ortodoks itu. Lahirlah empati dalam diri pada mereka. Raikan bulan yg mulia ini bersama mereka.

Andai suatu hari aku seperti mereka yg berkemampuan itu, aku juga akan melakukan hal yg sama. In shaa Allah. sama2 lah kita berdoa ke arah kebaikan. 

#SALAM RAMADHAN. 

 



No comments: