Sunday 11 August 2013

Jodoh itu Milik Kita-Sara Aisha



Sebelum ini aku pernah review perihal satu novel iaitu JODOH ITU MILIK KITA karya Sara Aisha ..
dan sekarang ni aku terlebih excited kerana novel itu akan di dramakan. wow !

dan.. dan.. untuk korang yang ter miss entry aku perihal novel JODOH ITU MILIK KITA, bolehlah terjah balik di sini

Aku memang tersangat sukakan karya beliau, terutamanya JODOH ITU MILIK KITA.
dan memang tak jangkalah novel ini akan di dramakan. sebelum ini aku dengar daripada member aku saja, katanya novel ini akan di dramakan..

"eh, betol ke?"
"betollah ! kat astro MUSTIKA hd"

Wow! Memang akan menjadi drama feveret pulak ah lepas ni..

Untuk mendapatkan kesahihan liputan tersebut, aku terjahlah ke blog saudari penulis novel itu sendiri, iaitu SARA AISHA  http://watashinosara.blogspot.com/ . Dan terbukti, memang benar ..

Drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita 40 episod arahan Jamal Khan menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina)

Tengok, barisan pelakon pun dah memang hebat. Tak sabar untuk menontonnya, al-maklum sajalah, di rumah tak ada ASTRO Mustika HD.. Sabar untuk separuh masa saja.. Lepas ni, dan boleh nonton secara online.. mihmihmihmih ..

Bersamalah kita menyokong drama tempatan ..


 Sinopsis Jodoh Itu Milik Kita
Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan perkenalan Dahlia dan Marina membawanya kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia bersetuju atas rasa hormat, apatah apabila mengetahui Marina menghidap kanser perut.



Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru kembali dari Melbourne, Australia terpaksa menggantikan adiknya.



Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun sudah halal berkahwin. Tanpa disedari, cinta berputik di hati mereka. Syafiq pula ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya, Alya.



Bagaimanapun, Syafiq pulang semula ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan membuak membenci di hati Syafiq. Dia berikrar mahu memusnahkan kebahagiaan Aariz. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya, ikuti perjalanan drama bersiri, Jodoh Itu Milik Kita yang akan mula bersiaran pada Isnin, 19 Ogos ini di Astro Mustika HD (saluran 134).



Drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita 40 episod arahan Jamal Khan menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina) dan Heriyanto (Haika 



Jodoh Itu Milik Kita adaptasi novel karya Sara Aisha.

No comments: