Friday 30 August 2013

Outing for 4hours


Lelama duk rumah ni bosan jugak kan? 

So, dengan bangganya hari ini aku mencemar duli outing bersama-sama teman sesuap nasi. 
Kenapa teman sesuap nasi? Nama ini spesial sikit aku berikan untuk geng2 satu tempat kerja dulu. mihmihmih. spesial bukan? teman sesuap nasi. hehehe. Maknanya, kami kerja seharian itu untuk mencari rezeki, umpamanya sesuap nasi.. gituuuu .

Planning nak keluar bareng ni dah lama sebenarnya di rancang, tetapi belum berkesempatan untuk dilaksanakan. So, planning punya planning, akhirnya hari ini dapat ditunaikan jua.

Jam 10 lebih kurang, kami betolak ke Kota Bharu dengan menaiki kereta yg dipandu Huda. Cekap juga si Huda ni bawak kereta. Dalam ramai2 teman sesuap nasi ini, akulah senior. hihihihihi.



Inilah teman sesuap nasi aku 
Dari kiri : Ku Aini, Aku, Huda, Along

Katanya keluar sesama nak pergi beli barang. al-maklum sajalah, lepas ni bawa haluan masing2. Aku ke Penang, Huda ke Perak, Ku Aini ke Melaka dan Along ke Terengganu. So gather lah sesama sebelum bertolak ke 'sekolah' masing2. muehehehehe

Lepas shopping barang keperluan, kami ke KFC. Makan KFC gituh.. mihmihmih. Sambil2 makan, duk mengumpat. Aisy, xelok sungguh. Hehehe. Takdelah mengumpat, tetapi bercerita itu dan ini ...


Yang ditengah itu adik kepada Huda.
Lepas makan KFC, kami dengan bersemangat waja ni, nak pergi lelepak di Taman Tengku Anis, tapi tak bukak. Salah timing! Tutup untuk solat Jumaat. Alah, sadiss sungguh. 

Ingatkan berpeluang untuk posing di situ, satu dan dua keping, tetapi hampa. Takpelah, mungkin berkesempatan di lain waktu. (:

Walau apa pun, outing dengan teman sesuap nasi amat best ! 
Jumpa cuti semestar nanti pulak ye teman2.. :)

No comments: