Tuesday 13 August 2013

ISTIKHARAH

 
Ada tikanya, hati berbelah bahagi untuk memilih satu antara dua .
Kekusutan seringkali melanda dalam usaha untuk mencari penyelesaian
 
Dalam kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan antara dua pilihan. Jarang sekali kita boleh memilih pilihan itu secara serentak. Memilih pilihan pertama dan harus meninggalkan pilihan kedua. 
 
Itulah lumrah LIFE di dunia ini. Di dalam kita memilih pilihan yg diberi, adakah pilihan kita itu adalah yg sebaiknya??
 
Solat sunat Istikharah merupakan jalan yg terbaik bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan yg bermain di fikiran
 
Dengan solat sunat Istikharah, kita akan diberikan petunjuk olehnya untuk memilih pilihan yg terbaek.
 

Cara Solat Sunat Istikharah:
Lafaz niat Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
(Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala)
Rakaat pertama:
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun.

Rakaat kedua:
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas.


Selepas salam, bacalah doa yg disarankan dlm istikharah. 


“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.
Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.

*Waktu yang terbaik untuk Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam(sekitar 2 pagi). Bagaimanapun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan sembahyang contohnya selepas solat Maghrib.

No comments: