Sunday 18 August 2013

Cara untuk hilangkan PARUT

Petua 1 : Kulit Kayu Manis

Petua ini sering aku lakukan. Ambil kulit kayu manis, dan goreskan pada batu yang mana permukaannya kasar. Kalau aku, aku gunakan serpihan tempayan nenek aku. Aku gores saja kat situ.. Semasa gores tu, campurlah air sedikit.. Lepas siap gores, sapukan di tempat yang mempunyai parut. Aku biasa lakukannya di bahagian muka. Terasa panas umpama di bakar itu perkara biasa. Jangan panik pulak ye. mihmihmih.

Ini petua yg biasa aku guna. Kalau tak berkesan, boleh ke petua yang seterusnya.

Petua 2 : Lidah Buaya

Petua ini aku peroleh dari junior aku. Muka dia memang cantek ah. Tapi, pada aku kurang berkesan. Atau mungkin aku kurang praktikkan pada wajah aku. muehehehehe.

Firstly, basuh bersih dahulu daun lidah buaya yang di ambil itu. Basuh, jangan tak basuh. Nantikan terkena dek getah lidah buaya, gatal habis satu muka. mihmihmih.

Secondly, ambil lendir lidah buaya tersebut. Lendirnya senang saja untuk diperolehi. Kulitnya itu dikopek sahaja..

Thirdly, sapukan lendir tersebut pada bahagian yang berparut, kalau berparut kat kaki, sapulah kat kaki, kalau berparut dekat muka, sapu dekat muka. Lakukannya setiap hari sebelum tidur. Kemudian, keesokan harinya, selepas bangun tidur, cuci muka dengan air suam

Petua 3 : Bio oil 

Siapa yang tak kenal dengan produk bio oil. Bagi aku, produk ini boleh dipercayai. Dua tahun sudah aku amalkan produk ini. Berkesan untuk aku.

Tetapi, raya ritu aku banyak makan kacang ! Sooo, bagaikan gugus anggur sudah bijik2 jerawat di muka aku ini.. selepas berjerawat, maka akan tinggalkan parut. Stress bukan ?

Bio oil ini bukan sahaja untuk hilangkan parut. Ia juga boleh hilangkan kusam pada raut wajah..

Mudah saja, penggunaannya, apply directly bio oil pada tempat yang mahu diubati.

Petua 4 : Bedak sejuk

Petua ini sering di amalkan oleh orang2 tua dahulu. Seingat aku, nenek aku suka amalkan petua ini. Kakak aku pun dulu suka sangat pakai bedak sejuk ni. Tapi, aku lain.. Aku tak amalkan.. sebab aku tak suka bau bedak sejuk.

Sekarang ini jaman moden, bedak sejuk sudah ada yang "siap untuk dipakai".  Tak payah di campur dengan air, macam mak2 and nenek2 kita buat dulu2. Rumit.

Beli yang dah siap sebotol, terus boleh pakai. Mak aku cakap, ini satu petua untuk kurang parut di muka. Cubalah..


No comments: