Friday 16 August 2013

Don't judge a book by its cover



Amboii tajuk kemain lagi kan ?? Tajuk omputeh, tapi entry nya Melayu. Apa kes der?? mihmihmih. Alah, paham2 sajalah kakak mu ini bukannya terer nak speaking bagai ni..

bukan apa, sedang aku sedang menjalani pages dalam facebook, maka aku terpanggillah untuk menaip entry yang bertajuk sedemikian rupa.

Firstly, akak nak bercerita sikitlah tentang latar belakang akaks ! Hah, akaks teruss.  Al-maklum sajalah, entry kali ini aku tujukan khas untuk adik2 aku yang comel lotey dan segak megak di luar sana.

Dik, jangan memandang enteng dengan FORM6 okies. Akak mu ini pun asal usulnya dari Form6 jugeks. Sampai jugeks akak mu ini ke menara gading.

UPSR dulu2 akak mu ini xdapat straight A's pun.. just 4A1B.. Then, masuk sekolah menengah biasa saja. Sekolah menengah yang berdekatan dgn kg sajaa. Xde nya pergi sekolah berasrama, or mungkin sekolah khas, sekolah bestari etc. takk! Akak mu ini bersekolah di sekolah biasa saja.

Then, time PMR result akak lagi teruk. (Takpe kan, bahasakan diri dgn 'akak' untuk entry kali ini). Amek 9 subjek, tapi dapatnya 5A saja, yang lain B. Lagilah sadiskan? So, memang tak boleh nak pergi memanalah dengan result macam tu. Alah, apa nak kesah, best student PMR pun sekolah kat situ jugak, takkanlah akak yg dapat 5A ni nak pergi memana pulak kans? Kekal sajalah kat situ. Dah tu, sains dengan math just dapat B ja.. lagilah tinggal angan2 mat jenin saja nak jejakkan kaki ke kelas sains hayat.

Bila form4, cikgu letakkan akak di kelas ke-2. Padanlah dengan result yg akak dapatkan? Sains and Math dapat B, English dapat A.. tapi, tetap kena duduk di kelas ke-2. Oke, takpe, akak mu ini redha. dan sistem sekolah macam tu kan? Lalu belajarlah akak di kelas ke-2..

Belajar bukannya kemain sangat, ala kadar saja. Bila tiba form5, amek SPM. Hah, tika itu kan awal remaja.. eleh nak bercinta cintun lah pulak. Mak tak kasi, nak jugak. Dah mula kenal telefon. Bahana !
Itulah yg akak boleh cakap. Result SPM teruks gilak !! Memang tak sanggup nak tengok sijil SPM. Tapi, cubalah jugak nasib untuk memohon IPTA. Nak mohon kolej, ahhh memang tak mampu nya. Akak ni orang kg ja. Manalah ada reta nak bayaq itu dan ini.

Mohon punya mohon, satu pun xdapat. Keputusan Matrik keluar, failed! Keputusan UPU keluar failed! Semua failed! Keputusan Politeknik keluar, failed! FAILED. FAILED! Korang pun dah boleh agak kan result akak ni macam mana? memang tersangat teruk. Then, try lah buat rayuan... rayu punya rayu, dapatlah sambung belajar kat Politeknik.

Tika itu, akak dah mula minggu orientasi di lower6.. berkali-kali fikir ni. Sampaikan family semua suh pergi politeknik. Civil Engineering tuh. Pujuklah mak ayah, makcik, pakcik. Tapi, pujukan itu tak jalan. Nak stay jugak dekat lower6. Merajuklah sudah dengan IPTA ni semua, Permohonan pertama akak tak dilayan, tapi yang rayuan dapat pulak. Tak nak masuk! merajuk.

So, dipendekkan cerita akak stay di lower6. First tu malu juga bila jumpa balik dgn cikgu2 form5..mereka selalu saja berpesan

"saya tak nak tengok muka awak2 semua di form6"

Tapi, alih2 muka akak bertempek jugak di lower6. Segan megan semua ada dengan cikgu2. Tapi, nak buat macam mana kan? dah belajar malas, result teruk! Terpaksa jugalah terus stay kat situ. 

Tetapi, lama kelamaan bila stay di form6, akak bangun dengan azam yg baru. Walau macam mana sekalipun, akak kena jugak belajar sungguh2 sebab ini sajalah peluang yg akak ada untuk berada di menara gading. 
Akak form6 aliran sastera. Memang tak nampak jalan dah nak teruskan dengan aliran sains. Subjek sains form5 teruk gilosss.. sebab tu dapat yg sastera. 

Bila kawan2 yg dapat ke IPTA dan matriks datang ke sekolah, malunya tak terkata. Yelah, kita masih lagi dengan uniform sekolah. cuma upgrade sikitlah, dah tak ada kain biru, pakai kain hitam pulak. nampak lainlah sikit dengan adik2 tingkatan bawah. Tetapi, perasaan malu itu totap wujudlah kan? Tapi, salahnya tetap pada diri sendiri. siapa suruh main2 masa SPM dulu. nak menyesal pun dah tak ada guna.. tetap juga kena teruskan pengajian. 

Bila di Form6, layanan cikgu2 tersangatlah berbeza dengan tingkatan1-5 dahulu. Cikgu2 melayan kita umpama kawan mereka. Maklum sajalah, kita kan dah dewasa..layanan guru2 pun sudah berlainan. 

Pengalaman yg paling tak dapat dilupakan ialah tika berada di Form6. 

Lahir dengan azam yg baru, walau macam mana sekalipun aku kena juga belajar sungguh2. Anasir2 luar letak tepi, yg paling utama adalah pelajaran. 

Dengan azam yg membara itulah, akak belajar sungguh. Setiap kali peperiksaan, pastikan result yg kita dapat itu adalah yg paling terbaik untuk diri kita. Dan akak rasakan bahawa result akak sepanjang Form6 adalah result yang paling terbaik dalam hidup akak. 

Usaha, doa dari ibu dan dan diri sendiri, serta guru2 amat penting. Belajar dengan bersungguh2..Sembahyang jangan tinggal. Itu adalah kunci yg paling utama. Apa2 pun usaha yg kita lakukan, pada akhir setiap usaha kita itu, Tawakal tu 'ala ALLAH. itu yg sangat penting. 

Bantuan daripada guru2 tersangatlah penting. Selalu bincangkan hal pelajaran dengan cikgu2. tak salah pun. Cikgu takkan kedekut dengan kita untuk berikan segala tips dan ilmu.

Akhirnya ... akak sudah menjadi akak yang kini. 3 tahun sudah meninggalkan alam persekolahan. Tetapi segala memori form6 masih lagi segar dalam ingatan. Hanya ALLAH sajalah yg dapat membalas jasa mereka yg berkorban di sebalik kejayaan akak ini.

Sekarang, akak di tahun tiga.. dan bakal menghabiskan pengajian dalam masa setahun lagi dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dgn Pendidikan di Universiti Sains Malaysia. In shaa Allah, teacher to-be. Doakan kejayaan akak ya. ?

So, kesimpulannya, janganlah pandang rendah dengan form6. walaupun cara belajar kita tetap dibayangi alam persekolahan dengan uniform sekolah. namun, ia tetap satu langkah untuk kita merasai pengalaman di menara gading. Bak kata cikgu akak dulu, kita di Form6 ini umpama sebelah kaki sudah berada di menara gading. yang tinggal hanyalah usaha kita untuk memastikan bahawa kedua2 kaki kita dapat menjejaki menara gading.
 
"Never give up hope" adalah kata2 yang akak jadikan semangat untuk tidak lemah tika di form6.
Jadi, untuk adik2 di luar sana.. janganlah mudah putus harapan. Sinar itu tetap akan ada. yang penting adalah D.U.I.T - Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal.

Hari terakhir persekolahan



 Barisan Best student STPM 2009 dan wajah aku terselit di situ =)


Majlis Graduasi dan Restu Ilmu. Muka xleyh blahh . Bhahahahahha. 


Bersama kawan baik. 


No comments: