Showing posts with label Makanan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Makanan Rohani. Show all posts

Sunday, 3 May 2015

Simpanlah sedikit untuk yang HALAL .. ... ....

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana kita masih dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik untuk kita menjalankan tugasan harian. tidak lupa juga selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. :) 



Rata - rata antara kita sangat jealous akan satu- satu pasangan couple yang sweet dan muweet kan? mengakulah, tak payah tipu. aku tahu. hehehe. sebab aku pun serasa macam tu jugak.

pernah aku suarakan pada rakan baik aku.. "weyh, tolonglah kenenkan aku dengan kawan laki ko.. boring kot hidup single macam ni... bla bla bla "
"Dah, tak payah. Best bercinta selepas nikah wei. serious aku cakap." Dia replied. Ok. tergamam. 

Kenapa kawan aku cakap macam tu? Dia bagitahu, better tak payah couple/bercinta sebab waktu kita bercinta, everything about her/him kita dah tahu. Al maklum sajalah, sewaktu bercinta tu bercerita bagai nak rak, takde rahsia langsung. Dan bila mana dah kahwin, dah tak ada apa dah nak diceritakan. memandangkan semua benda tentang pasangan kita dah tahu. 

betul jugak kan apa yang kawan aku tu cakap. waktu bercinta semuadah cerita, bila dah kahwin dah tak ada apa yang nak di ceritakan. hehehe. boleh nak bercerita, tak salah.. tapi cerita ala kadar sajalah.. "surface" tak payah pergi begitu mendalam. 


inilah kot salah satu hikmah bercinta selepas nikah. yelah, selepas nikah itulah waktu untuk kita mengenali pasangan kita kan? baik atau buruk dia. kita terima. dia terima kita. itulah orang panggil saling melengkapi. aku cukup kagum dengan seorang kawan aku ni, bab-bab bagi nasihat dan tarbiyahkan aku, memang no.1. katanya, "cintai kekurangan oran itu, baru kita hargai kelebihan dia... jangan cinta kerana kelebihan dia... kelak kita akan kecewa jika dia punya kelemahan." ok. deep sangat kan? 


jadi nasihat aku, simpanlah sedikit cerita kisah diri sendiri untuk yang HALAL buat kita. jangan ceritakan semua pada kekasih kita. Mana tahu kan, dia bukan jodoh kita. tinggallah sedikit unsur suspen dalam hidup untuk melakarkan bahagia bersama-sama pasangan HALAL kita, okey ? 


Wasalam. 



Friday, 1 May 2015

KEEP CALM and SMILE


assalamualaikum 


pernah tak terfikir yang segala pilihan yang kita buat, sebenarnya telah ditentukan oleh Tuhan? tak pernah ? sebab itu kita semua ini susah sangat nak memperoleh redha itu. 


kadang-kadang kita fikir, kenapa buat pilihan begitu begini. kadang-kadang kita berharap masa berputar kembali supaya kita boleh pilih lain.


sebenarnya, kita silap ! kalau semua benda boleh diputar balik ke belakang, tak adalah yang dipanggil hikmah.


kita buat pilihan, tapi pilihan itu tak membahagiakan kita. kenapa ? adakah kita salah pilih ? tak, sebab ia dah ditakdirkan. 


bukan maksudnya kita kena menyalahkan takdir, pilihan yang awak buat tu sebenarnya atas izin DIA. kun fayakun. ingat ? semua di atas izin NYA. 


ada sebab kenapa kadang-kadang pilihan kita salah. 
sebab ALLAH nak kita belajar sesuatu dari situ.  sebab ALLAH nak kita muhasabah dan mencari mana segala silap dan khilaf itu. 


ingat, kata 'MAHA' itu bukan diciptakan untuk manusia. Allah biar kita salah, supaya kita belajar mengenal punca masalah. 

contohnya, kita suka pada seseorang dan seseorang itu khianati kita. kita mesti fikir, kan bagus masa boleh diputar balik. sudah tentu kita tak akan pilih dia. tapi kita silap sebenarnya... Allah izinkan kita untuk rasa cinta dan kecewa, sebab DIA nak ajar ada cinta yang tak perlu sebelum tiba masanya. 





katakanlah awak bercinta dan bahagia, tapi tanpa pernikahan... sudah tentu sikit sebanyak cinta awak itu hampir kepada noda, maksiat. 


jadi datang hikmah, yang berupa kekecewaan supaya kita sedar cinta sebelum nikah itu sia-sia. 
ALLAH itu Maha Mengetahui. DIA tahu setiap nafas, setiap upaya, setiap rasa kita, bukan DIA sengaja biar awak kecewa, sedih, tak !
cara Allah bekerja ini lain. DIA bekerja dengan penuh rahsia, lalu DIA bagi awak kesedihan, supaya kita belajar sesuatu tentang PILIHAN. 


Jika pilihan yang kita buat sekarang ini menyedihkan, move on. di hadapan ada pilihan lain yang lebih baik. in shaa Allah. tak guna kita bersedih tentang pilihan yang salah setiap hari. sedangkan ALLAH beri kita nafas supaya kita hidup melangkah untuk hari esok. 


apa pun pilihan yang kita buat, dan sama ada ia buat kita gembira atau terluka, kita cuma hamba kepada ALLAH. ada sebab kenapa ALLAH bagi kita sama ada gembira atau sedih dan kecewa, sebab DIA nak kita lebih dekat dengan-Nya. 


dan apa jua pilihan yang kita buat, sama ada ada akhirnya kita gembira atau kecewa, kita belum mati. masih ada masa untuk buat sesuatu.


just dont die before the time come. jangan mati sebelum tiba ajal. maksudnya, jangan mengalah selagi ada nafas. teruskan mencari. kecewa, bahagia, senyum, menangis, terluka, gembira.. there is so much to live in this life and it is all worth it. 

apa jua yang kita rasa semasa hidup ini, nikmatilah ia. sebab semua benda ada nilai dan hikmah tersendiri. walaupun yang datang pada kita cuma benda-benda musibah, yakinlah kalau tak di dunia, di akhirat ada yang lebih baik. 




sebab selagi awak boleh buat pilihan, beriktiar lah untuk mencari pilihan yang baik, kerana cuma orang mati sahaja yang sudah tidak ada pilihan. 


live your life. smile and always pray for ALLAH, even though you have to go through a lot of sorrow. believe that it is worth it. ;)


sekalah air matamu wahai sahabat
jangan diminta jodoh turun dari langit
atau muncul dari almari bajumu
carilah sampai ketemu
walau jalannya terjah berliku
kerikil batu menghempapmu
doalah tanpa jemu
pasti ALLAH simpankan satu
untuk menemani syurgamu




jodoh itu unik
seringkali yang dikejar-kejar menjauh
yang tak sengaja mendekat


yang seakan sudah pasti menjadi ragu
yang awalnya diragukan menjadi pasti


yang selalu diimpikan tak berujung pernikahan
yang tak pernah difikirkan bersanding di pelamin


maka, jodoh itu bukan masalah seberapa lama kita mengenalnya
tapi, 
seberapa yakin kau kepadanya
seberapa ikhlas saat kau gagal mendapatkannya
lalu digantikan dengan yang lebih baik menurut versinya. 

Thursday, 30 April 2015

SAYA vs AWAK

Assalamualaikum :)


terasa seperti mahu berkongsi rasa dengan pembaca blog ini.. even pembaca itu wujud atau tidak, tetapi rasa itu tetap mahu diluahkan.


recently, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan blog walking blogger2 favourite. terutama sekali blogger2 yang sering up kan entry yang berupa kata-kata semangat dan "makanan rohani" untuk aku. 


tertarik dengan satu blog ini.. iaitu http://www.akupenghibur.com/. seriously terasa selesa untuk menerjah blog beliau. coretan kata-kata di situ amat menarik jiwa aku untuk terus membaca, lagi lagi dan lagiii. :)


entries beliau yang lebih ke arah pengisian rohani itu menarik minat aku. sangat! 
bila dah baca entry beliau, aku termenung sorang diri... muhasabah. jauh rupanya aku dari Dia. Patutlah segala yang dihajati susah untuk digapai. subhana Allah. 


Hal yang membuatkan aku terkilan hingga kni ialah "darjat". ye, istilah itu masih wujud di dunia yang serba canggih manggih dan moden ini. entahlah. tiada kesudahan bila memikirkannya. Dia sanggup meletakkan soal "darjat" itu sebagai "penyebab" untuk menghilangkan diri. kenapa ? sebab aku anak kampung ? sebab aku hanya menggenggam segulung ijazah sahaja? atau sebab aku ni jenis kolot, tak reti nak berfesyen.. kolot dari segala aspek ? Allahu akbar. Besar ujian ini. Namun, hati senyum. Allah tunjukkan jalan untuk aku. Alhamdulillah. 




Kun fayakun. Bila Allah mahukan ia terjadi, maka terjadi lah ia. Saya terima. dan yang penting saya redha. Terima kasih. :)