Sunday 3 May 2015

Simpanlah sedikit untuk yang HALAL .. ... ....

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana kita masih dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik untuk kita menjalankan tugasan harian. tidak lupa juga selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. :) 



Rata - rata antara kita sangat jealous akan satu- satu pasangan couple yang sweet dan muweet kan? mengakulah, tak payah tipu. aku tahu. hehehe. sebab aku pun serasa macam tu jugak.

pernah aku suarakan pada rakan baik aku.. "weyh, tolonglah kenenkan aku dengan kawan laki ko.. boring kot hidup single macam ni... bla bla bla "
"Dah, tak payah. Best bercinta selepas nikah wei. serious aku cakap." Dia replied. Ok. tergamam. 

Kenapa kawan aku cakap macam tu? Dia bagitahu, better tak payah couple/bercinta sebab waktu kita bercinta, everything about her/him kita dah tahu. Al maklum sajalah, sewaktu bercinta tu bercerita bagai nak rak, takde rahsia langsung. Dan bila mana dah kahwin, dah tak ada apa dah nak diceritakan. memandangkan semua benda tentang pasangan kita dah tahu. 

betul jugak kan apa yang kawan aku tu cakap. waktu bercinta semuadah cerita, bila dah kahwin dah tak ada apa yang nak di ceritakan. hehehe. boleh nak bercerita, tak salah.. tapi cerita ala kadar sajalah.. "surface" tak payah pergi begitu mendalam. 


inilah kot salah satu hikmah bercinta selepas nikah. yelah, selepas nikah itulah waktu untuk kita mengenali pasangan kita kan? baik atau buruk dia. kita terima. dia terima kita. itulah orang panggil saling melengkapi. aku cukup kagum dengan seorang kawan aku ni, bab-bab bagi nasihat dan tarbiyahkan aku, memang no.1. katanya, "cintai kekurangan oran itu, baru kita hargai kelebihan dia... jangan cinta kerana kelebihan dia... kelak kita akan kecewa jika dia punya kelemahan." ok. deep sangat kan? 


jadi nasihat aku, simpanlah sedikit cerita kisah diri sendiri untuk yang HALAL buat kita. jangan ceritakan semua pada kekasih kita. Mana tahu kan, dia bukan jodoh kita. tinggallah sedikit unsur suspen dalam hidup untuk melakarkan bahagia bersama-sama pasangan HALAL kita, okey ? 


Wasalam. 



No comments: