Saturday 2 May 2015

Pantai Sri Tujoh, Tumpat

assalamualaikum


alhamdulillah, masih dipinjamkan nafas oleh ALLAH untuk menyedut udara di BumiNya. puji dan syukur aku panjatkan.

Ok guys! kali ini nak bercerita mengenai tempat-tempat menarik di tanah tumpah darahku. mana lagi, tak lain dan tak bukan, negeri cik siti wan kembang, Kelantan Darul Naim. 
Aku asal sini dan memang anak jatii Qlate.. xgogek sikit habuk pom!. hahahaha


Kali ini aku perkenalkan pantai dulu eh.. lain masa lain hari aku perkenalkan tempat makan yang menarik pulak. gituhhh ! !


Aku, kalau ada masa terluang aku memang akan ke pantai. di kawasan Tumpat ini, ada dua buah pantai yang cantek uollss. Satu, Pantai Geting dan yang kedua Pantai Sri Tujoh. Jarak antara kedua-dua pantai ini dekat sajaa.. tak sampai sepuloh minit pun. :)
post kali ini, aku akan bercerita mengenai pantai Sri Tujoh je.. :)


This itik boat ada di Pantai Sri Tujoh. First time aku naik benda alah ni, waktu aku vacay ke LANGKAWI bersama sama dengan Muncoi tahun lepas. dan tak sangka pulak boat cenggini ada di Pantai Sri Tujoh. Itulah orang kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. tapi lebih baik di negeri sendiri kan? aikk! ok. macam lost kejap dengan pepatah ni. muehehehehe. abaikan. Sewa untuk naik benda ini murah dan berpatutan okay. so, bolehlah korang kayuh pusing-pusing kat kawasan tasik itu. hehehehehe




*gambar terkumpul. aku upload saja. cantum menjadi satu. :P

*gambar yang ni di kawasan Pantai SriTujoh. Belakang surau. :)


And aku rasa, oneday, pantai sri tujoh ini akan dikomersialkan.. mana tahu, nanti akan ada banana boat, parachute.. wah! best nya. hehehehe.


* dan gambar yang ni pulak area chalet di kawasan pantai Sri Tujoh. Ramai je yang datang menyewa kat sini.

yang ni pulak, geng minah ronggeng
Cadangan aktiviti untuk korang kat sini..
1. bolehlah try the itik boat tuh.
2. boleh bersiar-siar or picnic di kawasan pantai. Kalau weekend, ramai sangat orang.. lautan manusia. itu yang boleh aku bagitahu..
3.di pantai Sri Tujoh jugak ada menyediakan khidmat padang golf kalau tak silap aku. boleh try kan? nak asah bakat yang terendam.
4. kalau aktiviti petang-petang, aku selalu je perasan mak cik mak cik, iaitu orang setempat lah.. akan turun kat tasik yang ada dekat pantai tu... cari sesuatu. apa yang sesuatu tu. alah, lupa dah nama nya. tapi sejenis seafood lah! sedap ! !


ok! cukuplah dulu untuk kali ini. Laen kali sambung lagi eh. oryte! have a nice day sayangssssss ! 

No comments: