Monday 4 March 2013

Hafiz Hamidun :: Zikir Terapi Diri ::

Assalamualaikum.. 

Sementara youtube masih boleh di access lagi, maka aku dengan cepat2 
mendounload zikir terapi diri dari HAFIZ HAMIDUN.
::mendayu-dayu: 
:meresap ke qalbu::
Alhamdulillah..

~Astaghfirullah hal 'azim~

Meh laa, aku nak bercerita sikit macam mana aku boleh minat dengan
Hafiz Hamidun ni..
seingat memori aku lah kan, aku mula2 minat dia masa aku form 3! wahh! kira dalam satu kelas tu pakat duk nyanyi lagu nasyeed saja..
itu gara-gara pengaruh yang aku bawa bersama-sama beberapa orang kawan aku yang lain.
tambahan pula, masa sekolah dulu, aku masuk kumpulan nasyeed sekolah.! hwa3!!
#tapii, suara macam hape hentah!kalau katak dengar pun takut!

dulu-dulu, Hafiz ni bergerak secara berkumpulan. beliau merupakan salah satu daripada ahli kumpulan UNIC. Masa tu femes dengan lagu Hanya Tuhan yang Tahu.. then Demi Cinta Suci..
Antara ahli kumpulan UNIC yang lain , Fitri Haris, Wan Syah, Bazli, dan Hafiz sendiri.
Tapii, lani, UNIC dah berpecah.. tinggal Bazli sahaja dan dua orang ahli group yang baru... kalau tak silap aku lahkan!..
dulu-dulu, memang kumpulan UNIC ini menjadi kegilaan para remaja lah. termasuk aku!
deme semua comel2.. muka budak2.. sejuk saja tengok muka deme.. hehehe
al-maklumlah masih menuntut di IPTA lagi.. adeh!
yang aku paling minat dengan si Hafiz nilah.. hew3!

disebabkan terlalu minat, aku pinjam CD karaoke kumpulan UNIC ini dengan kawan aku..
apa lagi kan? balik sekolah terus bukak CD, karaoke! tak sedap pun takpe, telinga aku yang mendengarnya.. hehehe..
yang paling lawaknya, dengan Ma aku sekali join.
eh3~ dengan Ma aku sekali tangkap cintan dengan kumpulan nasyeed UNIC ini dulu..
muehehehehe!
 

Selepas itu, bila dah meningkat dewasa.. kurang dah minat nasyeed. tapi, tak adalah tinggal terus.
masih lagi melayan lagu2 nasyeed ni, especially dari UNIC, IN-TEAM dan sebagainya..
lagu-lagu Hafiz Hamidun pun aku duk layan jugak.. Cerita Hati! Best wo0o.. :)

dan sekarang ni, muncoi pulak album terbaru dia.. zikir terapi ni..
aku mengikuti jugak lah perkembangan kerjaya seni dia..
tak adalah ketinggalan jauh sangat..
nasyeed ni dah memang sebati dalam diri aku..
dari sekolah rendah lagi mewakili sekolah dalam pertandingan nasyeed.
hehehe.. masa itu, lagu kumpulan Hijjaz yang paling femes!
"Rindu itu adalah.. anugerah dari Allah..
insan yang berhati nurani..
punyai rasa rindu..... "
bait-bait lagu RINDU-HIJJAZ! :D
 

:: Astaghfirullah hal 'azim ::
~Aku mohon ampun pada Allah yang maha Agung~

Korang boleh lah mendengar zikir-zikir ini.. 
sangat best.. mendayu-dayu..
bagus untuk jiwa dan kerohanian.. 

wasalam.. 
thanks my comels for reading this entry! :)

No comments: