Saturday 2 March 2013

[LIFE] Terbang ke SEOUL

Assalamualaikum...

S.E.O.U.L ~terngiang-ngiang lagu nyanyian SNSD & SUPER JUNIOR ditelinga aku
semasa menaip entry ini

 
Eleh! mentang-mentang minat tahap gaban dengan Korea, perlu ke nak
mention SNSD & SUPER JUNIOR dengan lagu kolaborasi mereka S.E.O.U.L?
perlu! 
siapa kata tak perlu? 
perlulah..  #peace#

Ingat senang ke nak pergi SEOUL? pengsan 5 hari 5 malam tanpa sedar pun belum tentu boleh 
jejakkan kaki ke sana.. #kes macam aku lah.. orang yg kurang fulus. bukan tak ada, ada... cuma 
kurang.. muehehehe!

1st of March .. kami-kami-kami ke SEOUL. pergh! terbaek! ingat senang ke nak ke sana reramai macam tu..
gathering sesama.. best wo0.. 
dalam setahun itu, mungkin sekali atau dua kali sahaja. 
Alang-alang ada peluang ini, ada baiknya kami outing together.. 
to the SEOUL... i means, SEOUL GARDEN! 
hehehehe. SEOUL jugak kan? 

sebelum ini memang susah sangat nak gather bersama-sama especially dengan 
geng muncoi. akhirnya, pada tarikh yang bersejarah 1 mac 2013, kami selamat menjejakkan kaki ke sana
dan kumpul reramai, duduk satu meja.. i means dua meja, sebab jumlah yang ramai antara kami (8 orang) makan-makan-makan, sampai nak termuntah. belum termuntah lagii..
muehehehe! nak je..

actually, kami dah lama sangat merancang nak pergi sesama ke SEOUL GARDEN, tetapi
ada sahaja halangan yang perlu kami tempuhi. faktor tambahan pula kerana SEOUL GARDEN yang sebelum ini terdapat di PLAZA GURNEY. oleh itu, ia menjadikan perancangan kami
bertambah rumit.
namun begitu, satu berita yang sangat gumbira kami terima apabila SEOUL GARDEN mula meluaskan empayar dan jajahan takluk mereka ke Queensbay.. haaa.. sangat dekat dengan kami. Maka, dengan izin Allah dan perancangan kami, maka tiba jualah kami ke sana. masing-masing seronok nak menghabiskan duit menjamu perut di sana.. 
dengan adanya matrix card/ kad pelajar, maka kami mendapat harga yang istimewa. 
murah sedikit kalau hendak dibandingkan harga yang biasa.

MUKA KENYANG! blurppp! :P


tersangat banyak dan mewah makanan di sana. 
apa kegemaran korang? seafood?ayam?daging?sayuran?ais krim? ais kacang? kimchi?
semua ada! layan je diri korang dengan makanan-makanan yang tersusun cantik di sana.
mewahkanlah diri dan perut anda dengan makanan di sana. 
alahai,. seronoknya. #heaven
sekali rembat makanan penuh kedua-dua meja.. sampaikan tak tahu nak makan yang
mana satu. semuanya nak cekau. :)

taraaa! bil untuk kami ber-8 ;)

#Kukus..grill..panggang.. grill! ;)
 
Ana dan makanan pilihan :)

Cikwin dan Fiqah serta makanan pilihan mereka.. :)

Aku dan makanan pilihan :)

Cikwin dan ais kacang buatannya :)

Cikda dan pilihan makanannya :)

Lagi pilihan makanan kami :)

Semua pakat pokus dengan makanan..
slurrrpp~ mee
grill daging.. ayam.. udang.. sotong.. ikan! sedap sungguh, tak terkata. #heaven. :D 

Aku dan cikda cuba merasa kimchi.. yelah. alang-alang dan ada kat SEOUL, tak ada salahnya mencuba kan?
rasanya, boleh tahan lerr ~ tapi perut melayu macam aku ni tak adalah mengiakan bahawa 
ia sesuatu yang deabak!  setakat nak merasa dan memungut pengalaman mencuba 
kimchi, bolehlah.. :P

Di seoul garden juga ada bermacam-macam pilihan perisa ais-teyim.
6/7 jenis juga lerr.. dan yg paling penting, my feveret ada kat sana..
mint flavour! omaigod! nyaman sungguh.. 



usai bermaharajalela di dalam seoul garden lebih kurang 2 jam lebih, maka kami dengan
berat kaki (yeke) keluar dari situ. perut dah full, semua tangki yang di space kan dari malam 
udah penuh, maka menapaklah kami keluar dari situ.. 

di luar kawasan seoul garden itu ada satu space yang sangat unik. 
bukan lukisan.. tapi figura yang agak menarik dan cantek sehinggakan kami beria-ia mahu 
click-click di sana.. semua pakat duk posing .. pompuan.. memang macam tu pun..

Cikwin dan gaya beliau .. I like dis one.. looks like real . :)

Cik huda the beauty. . . :)

Drama sebabak antara mereka :)
Fiqah :)
Memori untuk semestar 2 tahun ke-3 kami di USM.
Sesuatu yang sangat bermakna untuk disemat dalam minda masing-masing.
moga ikatan ukhwah antara kita semua akan terus ukuh.

Thanks for the reading this entry :)



2 comments:

rahsia hatiku said...

suspen2.. ingtkang seoul korea betul.. hehe. ase nak g jgak jah..

MeyyaLee said...

hehe.. mne lah ad pitis/fulus nk g seoul, Korea nu.. hnya mmpu ke Seoul Garden sahaja.. jadilah.. :)