Thursday 27 February 2014

PENGALAMAN & PENGAJARAN

Assalamualaikum

Eh2, ada sawang lah kat sini. Lama bebenor tinggalkan diari maya ini. Rindu rasanya. Ah cewah ! Ayat, tak matured langsong ! t.i.t.i.k.

Orang kata, pengalaman itu akan mendewasakan manusia. Hari demi hari aku belajar apa itu erti KEHIDUPAN yang sebenar. KEHIDUPAN di alam realiti. Rupa2nya selama ini aku hidup dalam alam fantasi. Semuanya okay, semuanya smooth, semuanya perfect 100%. Tetapi, kini baru aku ketahui bahawa bumi itu berputar. daripada alam fantasi yang maha hebat semuanya, aku di"letakkan" dalam alam realiti yang mahu "rakus". Semuanya uncontrolled !

Pengalaman banyak mengajar aku untuk lebih berhati-hati. Pengalaman banyak mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa dalam membuat keputusan. Dunia alaf 21 kini, tidak seperti dunia 90-an. Aku akui dengan setegas-tegasnya, walaupun bezanya cuma 10 tahun, namun perbedaanya maha hebat. Jurang luas tercipta antara 10 tahun itu.

Dulu, generasi 90-an amat hormatkan tok gurunya, namun gen-Y sekarang lebih hebat. Mereka "mungkin" tidak kenal apa itu erti "hormat". Aku terkilan yang amat. Oh generasi bakal pemimpin negara, beginikah perwatakanmu wahai anak nusa bangsaku? T_T

Tergamam, terkeliru, speechless semuanya bersatu menjadi rojak yang amat sukar untuk dinilai dengan mata kasar. Aku mulakan bicara dengan "satu" perkataan, mereka sudah mendahului aku dengan "sepuluh" perkataan. Apa yang boleh aku buat ? Jentik mereka? tidakkk ! Denda mereka? tidakkkk. Persoalan2 yang berada dalam minda saudara saudari sekalian jawapannya cuma 1 iaitu TIDAKKKK !

Jadi, penyelesaiannya apa? mendiamkan diri? pendamkan rasa?
Dalam situasi sebegini aku teringatkan akan kata2 seorang hamba Allah yang amat baik dan ikhlas dalam memberi nasihat. Katanya " cabaran dunia pendidikan sekarang lebih hebat. Persiapkan mental dan fizikal. Banyakkan baca ayat2 suci al-quran agar emosi anda takkan terkabur dengan mainan syaitan." Kini, aku hadam dan aku mamah nasihat2 itu. Ia tepat. Ia benar seribu kali benar. Andai tiada pedoman dalam diri, sudah lama mereka menjadi "habuan".


No comments: