Tuesday 11 February 2014

OBSERVE KALI PERTAMA

Assalamualaikum

Menyambung lagi kisah Latihan Mengajar. Malam semalam, Dr mesej dekat Izzati dan beritahu akan observe aku dalam kelas, pukul 9 pagi waktu Geografi dan untuk Izzati pulak dia akan di observe pada jam 10.40 pagi, kelas Bahasa Melayu.

Maka dengan gigihnya semalam aku tidur lewat. Buat Rancangan Pengajaran (RP), buat ABM (Alat Bantu Mengajar). RP bukan satu, tetapi 3! wah, mampu ? wahahaha. sabau sajalah. Jadual hari selasa aku memang padat sikit. 

Jam 9 aku di observe! Nervous bak ang. Lutut ketaq semacam je. tapi, alhamdulillah boleh jugak selesaikannya. Tetapi, komen itu tetap ada. banyak yang kena perbetulkan. hukhukhuk. sabau sajalah. Dr kata aku mengajar secara autokrasi. wahahahaha ! tak sempat budak2 nak menaakul. wuuuu. hahaha. yang tak tahan, autokrasi teruih. kikiki. gelak besar aku... sampai ke sudah istilah autokrasi terngiang2 dalam kepala aku ni. Bhahahahahaha !

Yang lain2 pun banyak juga kena perbetulkan. Terutama sekali set induksi. Tak menarik, katanya Dr. Okeih, aku akan usaha untuk observe kali ke-2 nanti. ;)

Argh ! stress bila memikirkan teknik dan cara yang betul untuk mengajar. Tak tahu nak aplikasi kaedah macam mana lagi? wuuuu. cepat2lah minggu ke-15. Baru tahu susah. Sebelum ni, practice dengan microteaching sahaja. hmm, membantu sedikit sahaja. Yang selebihnya, baru nak belajar dalam 3 minggu ni. hmm T_T

Aktiviti sekolah pun, boleh tahan banyak. Hari Khamis ada kursus kepimpinan Unit Ko-k, Hari Jumaat rest kejap, then hari Sabtu and Ahad kena pergi hiking Gunung Jerai, biasalah guru pengiring. wahahahaha! Isnin depan kena jadi MC pulak. waduh ! Gawat. Jadual pack. Nak buat ABM lagi, RP lagi. Jam, tolonglah berdetik perlahan sikit. hmm T_T

No comments: