Wednesday 19 February 2014

KEM REKREASI GUNUNG JERAI

Assalamualaikum

Minggu ke3 berLM di SMK BERTAM PERDANA membawa definisi baru dalam hidup aku. mihmihmih.  Boleh dikatakan berubah 360 darjah dari sebelumnya. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Hari demi hari aku dapat sesuaikan diri dengan sekolah, cikgu2 senior dan pentadbir sekolah. Alhamdulillah. Tak kenal maka tak cinta. Dorang ni memang superb terbaik ! Aku suka dorang.

Hujung minggu lepas iaitu hari Sabtu dan Ahad, aku, Ayu dan Irah dijanjikan dengan keseronokan yang melampau. wahaahaha ! seronok ke? Aku dan mereka bersama2 dengan 4 orang lagi cikgu senior iaitu Cikgu Razhi, Cikgu Yahaya, Ustazah Raja dan Kak Miza (cikgu) kena jadi guru pengiring untuk iring budak2 seramai 34 orang (kalau tak salah aku la) panjat Gunung Jerai.

Bertolak dari sekolah sekitar jam 7.15 pagi dan tiba di Titi Hayun jam 9 (lebih kurang la).
Then pelatih briefing kejap untuk budak2, tapi depa ni bukannya nak dengar sangat pun. pot pet pot pet hal laen ada la. cemuih aku nak tegur.

Lalu bermulalah pengembaraan hiking di Gunung Jerai. Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 7 jam itu tersangatlah memenatkan. Penat fizikal, mental dan memerlukan kekuatan pada tahap maksima. 1000 anak tangga mampu aku daki dengan kaki ini, tetapi berbelas kali jugaklah parking di tepi. tak larat. ketaq lutut. hehehe. Budak2 asyik gelakkan cikgu je, kata mereka cikgu ni lambat la, cepat penat la. hehehe. aii budak2 ni bikin aku malu saja. wahahahaha.

Walau apa pun, memang terbaik. menguji mental dan minda. Ada budak cramp. kesian aku tengok dia. Apa yang mampu aku lakukan, follow dia dari belakang and bagi kekuatan. urut2 sikit.

Kesimpulannya, banyak cabaran yang perlu dihadapi bila hiking dengan budak2 ni. macam2 ragam, macam2 perangai.

dan alhamdulillah, mereka selamat semuanya pergi dan balik. Penat itu perkara biasa. Jalan terhencut-hencut pun perkara biasa. ;)

Okay, then sampai ketemu lagi untuk aktiviti yang seterusnya. baibai.
# gambar non edit. malas. hihihihihi

No comments: