Monday 23 December 2013

MOVIE : THE WALKING DEAD

Cik kiah nak review one of my favourite movie ! The Walking Dead. Drama berantai. Setakat ini ada 4 season. And season 4 ada sehingga 8 episod sahaja. Episod seterusnya akan bersambung Februari depan.
Season 1-3 dah ada full episod. Silalah tengok. weeee ! Sangat menarik. Cikkiah bagi 7 bintang setengah daripada 10 bintang.

Season 1
Para pelakon untuk setiap season berubah. yang kekal hanyalah watak utama. ramai yg mati kena cekau dek walker/ zombie. First time dalam hidup cik kiah tengok cerita2 cenggini. sebelum ni tak berani mencuba, namun tahun ini dikurniakan kekuatan. hihihi. Cik kiah jadi addict nak habiskan all of season dalam satu hari. gilaaa. manalah sempat oit.

sambil makan nasi pun cik kiah layan. rilekss je tengok walker tengah makan perot manusia, cekau leher manusia lepastu gigit keluar darah macam air paip. rilekks. hehehehe. tak rasa pape. heran binti ajaib. cik kiah dah berubah ye. sebelum ni tengok darah pun dah takot.

Season 2

Ketenangan kumpulan Rick dalam mengatasi dan berlindung dari walker terganggu dengan kehadiran Gabenor pada season ke 3 dan 4. Cik kiah pun tak tahu apa motip Gabenor dan berbunuhan dengan kumpulan Rick. Season 4 pada episod ke-8, Gabenor pergi bom kawasan perlindungan Rick and the gang. Jahat sungguh . Dah tahu keadaan darurat macam tu, apa salahnya bergabung tenaga sama-sama berlawan untuk hapuskan walker tu.
Season 3
Season 4

APA YANG MENARIK MATA CIK KIAH :

1- Watak Daryl


First season, watak Daryl ini tak menonjol sangat. Lebih kepada watak Rick dan Shane. Namun begitu, setelah kematian Shane dilihat watak Daryl lebih menonjol and cik kiah ada membaca komen-komen peminat THE WALKING DEAD katakan mereka tidak rela jika Daryl mati. Cik kiah pun berpendapat yang sama. Janganlah matikan watak Daryl, dia banyak membantu Rick dan kumpulannya untuk meneruskan hidup mereka dari season 2-4 (setakat 8 episod).

2- Watak Carl

Cik kiah bangga dengan Carl. dari satu season ke satu season dia menjadi matang. wataknya yang paling menonjol dalam season 4. dia berani mengangkat senjata dan membantu ayahnya, Rick. Handsome pun handsome budak ni. Season 1 jelas ketara yang dia masih budak-budak. Namun pada season 4, memang jelas yang Carl semakin matang dan bertambah kacak. mihmihmih

3- Watak Glenn

 He's a korean guy ! hehehehe. His name is Steven Yuen. First tengok cerita ini dah tertangkap cintan dengan watak Glenn. heheehehe. First season dia takut-takut sikit. Then mula berubah. sukooo ! ;)

p/s rindu dengan cerita ni. cepatlah Feb 2014.

1 comment:

Unknown said...

supaya ap konon mcm salak2