Tuesday 3 December 2013

SABAR WAHAI TEMAN ~,~

Wahai teman, aku tak mampu untuk menjadi "malaikat" melindungi mu, hanya doa2ku saja yang mengiringi setiap langkah jalanmu. Ingatlah wahai teman, ALLAH, pencipta kita selalu ada denganmu.


Wahai teman, kuatlah kau di kala hampir rebah, aku tahu engkau mampu wahai teman. Kata-katamu masih tersemat rapi dalam jiwaku " perempuan menangis bukan kerana lemah, tetapi kerana sudah banyak bersabar". Kuat sayang.. kami ada untuk kamu. Tepislah segala dugaan dan cubaan serta parasit yang mendatang dalam hidupmu dengan senyuman. Kau mampu sayang . ;)


La Tahzan. Sesekali kita diuji, ALLAH mahukan kita supaya lebih dekat dengan-Nya. Mungkin sebelum ini kita terlalu leka dan lagha dengan mainan "dunia". It's okay sayang. Kita masih diberi masa. Take a chance for the big change. Aku percaya kau mampu sayang. ;)


No comments: