Friday 27 December 2013

ISTIQOMAH

Assalamualaikum 


Semua mahukan perubahan ke arah yang lebih baik. Daripada kurang baik, menjadi baik dan lebih baik hinggalah lebih lebih baik. Aku pun sama. Bukan senang nak berubah ke arah yang lebih lebih lebih baik. 

Aku akui aku susah untuk mendapatkan istiqomah. Banyak benda banyak kerja yang aku lakukan separuh jalan. Contohnya membaca al-Quran. Kalau setiap kali selepas solat fardhu aku baca al-Quran untuk satu / dua muka kan bagus? Namun, hanya hari-hari tertentu sahaja aku lakukan. Jika aku rajin, aku baca dan bila malas aku abaikan. Ma shaa Allah.Teruknya hamba Allah yang satu ini.

Tercari-cari, mana satu arah tujuan aku ni ? Kenapa tidak pernah serius dalam satu-satu kerja. Umpama melepaskan batuk di tangga. Sepatutnya aku jadikan amalan itu satu kewajipan dalam hidup aku, tapi . . . . 

Lama aku impikan perubahan dalam diri. Teringat akan kawan lama, satu sekolah dan satu kelas. Dengar cerita dia ada memasang nazar, andai dia di terima masuk matrikulasi dia akan pakai tudung labuh. Dan alhamdulillah rezeki daripada Allah. Keinginannya tercapai.. dan akhir2 ini aku ada berjumpa dengannya. Alhamdulillah, dia pakai tudung bidang 60. Tudung Akel, bukan bawal yg macam aku pakai. ;(

p/s moga diri aku terus istiqomah =)


No comments: