Thursday 26 December 2013

AKAL TIDAK WARAS BERKATA


Pernah merasa give up dengan dunia pelajaran. Akal yang tidak waras kadang-kadang datang mengganggu, membuatkan aku hanyut seketika.

Siapa suka exam. Bagi aku cukuplah, pergi kelas setiap hari dari Isnin- Jumaat, siapakan assignment, submit, then done. Tapi satu lagi cabarannya, exam. Boleh tak buat as simple as that ? Itu akal yang kurang waras berfikir.

Kemudian, fikir nak give up belajar. 4 tahun, lamanya ! 8 semestar nak kena mengadap exam. tambahan paper sejarah, 4 soalan esei nak kena jawab. Cramp lah jari jemari aku. Akal tidak waras datang lagi, apa kata aku quit saja. Lambatlah belajar ni. Aku cari jelah apa-apa kerja yg sesuai, kerja kilang ke, jadi cashier ke? paling tidak pun meniaga online. jual tudng bawal 6 hengget selai, jual baju, jual keronsang. Paling tidak pun meniaga nasik lemak. tapak nak meniaga aku dah ada, strategik punya. simpang masuk jalan ke rumah aku. kat situ ada sekolah. bukak jelah warung kat situ. pukul 7 bukak warung, pukul 12 tutup. then rehattt sampai esok pagi pulak. Itu akal yang tidak waras berfikir


Tenung punya tenung, apalah kolot sangat fikiran aku ini. Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Insap balik. fokus. cari buku. buat nota. baca. hafal. Itu lumrah diri aku.

p/s peace !

No comments: