Monday 27 May 2013

Jangan Mengharapkan Simpati Orang dengan Masalah Kita

Setiap orang mempunyai masalah, dan setiap orang memang tidak boleh melarikan diri daripada masalah.

Bezanya, masalah itu besar atau kecil sahaja. Dan orang yang dihinggapi masalah akan merasakan bahawa  masalah merekalah masalah yang paling besar dan lebih besar daripada orang lain.

Kita sebagai manusia memang tidak boleh lari daripada berkongsi masalah yang dhadapi dengan seseorang, tidak kira kawan baik, kawan, ibu ayah, keluarga, orang tersayang, dll. Kita selalu mengharapkan mereka memahami masalah kita dan mengharapakan simpati daripada mereka.

Namun, kita lupa tidak semua rela dan mahu mendengar masalah kita. Mungkin akan ada yang mencemuh "ahhh, tiap kali bermasalah dan mempunyai masalah, aku sajalah tempat untuk dia mengadu. Sudah bosan aku mendengarnya!"

Jangan terlalu mengharapkan simpati orang lain dengan masalah kita. Berusahalah sendiri untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Jangan raih simpati orang lain untuk turut bersimpati dengan nasib yang menimpa diri.

Kadang-kadang kita lupa, bahawa tidak semua menunjukkan rasa simpati yang betul-betul simpati dan mereka hanyalah menunjukkan simpati itu. Untuk apa? Adalah untuk menyedapkan hati dan perasaan kita.

ALLAH SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun, akan tetapi kita sendirilah yang menzalimi diri kita sendiri dengan membebankan diri dan fikiran dengan persoalan-persoalan yang sukar untuk dijawab. Ada baiknya jika kita berusaha untuk menyelesaikan segala persoalan yang menjadi bebanan itu.

Jangan cuba lari dari masalah! Semakin jauh kita lari, semakin dekat masalah itu mengejar kita. Walau seberat mana masalah yang kita terpaksa hadapi, ia akan tetap mempunyai jalan keluar dan jalan penyelesaiaanya.

Elakkan diri dari terus membincangkan hal-hal yang menyakitkan hati dan menyebabkan hati sedih. Ceriakan diri, ukirkan senyuman. Walau sebesar manapun masalah ia akan menjadi ringan dengan senyuman. Senyum itu satu terapi.

Mengadulah pada Allah yang maha Berkuasa. Mohon dipermudahkan segala kekusutan jiwa dan hati. Beristighfarlah !

Hanya kita yang mempu mengubah diri kita ke arah kebaikan dan kecemerlangan. Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki.

Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik sedang menanti. ;)

1 comment:

Aisya Ieyka said...

dear , done follow , plezz follow bck http://aisyaieyka.blogspot.com