Friday 27 September 2013

Days without laptop

ASSALAMUALAIKUM 

Hari tanpa laptop boleh diibaratkan umpama malam tanpa bintang. Eh, boleh ke macam tu? Tak samalah. Laptop ini boleh diibaratkan nyawa kedua, itupun jika berada di kampus, kalau di rumah.. boleh je aku lupakan laptop yang kuat meragam nih.  Bayangkan empat hari tanpa laptop? hidup aku tak bermakna! Awal semestar macam ni, nak lah melayan segala muvie yg best2. Semua tak boleh gara-gara laptop masuk bengkel. Problema sungguh di kala aku kesempitan dan tersepit ini. My 'meyyo' ni buat hallah pulak. Rosak GPU. Apa kebenda GPU pun aku tak tau, katanya Arif yang tolong baikikan laptop aku ni, GPU tu bahagian graphic kat laptop ni lah.. ohhhhh angguk2 paham!


Kalau dah rosak and officially masuk bengkel, al maknanya melayanglah duet PTPTN kan adooo aku ni. Aduyaiiii mak hoi! sesak nafas aku. Baru nak mula merasa lega gara-gara sudah habis membayar WPP, ini hal lain pulak yg berlaku. Nak menabung tu memang tak dapatlah! Sedihh T_T. Ah, macam mana nak kawen ni? asal nak menabung, ada saja kekangannya. mood gatai mai dahh. k baii.. :)


Hal ini membuatkan aku semakin stress dengan masalah2 lain lagi. stress sesangat. Macam nak balek kampung saja, and tak payah datang USM lagi. senang! Tapi, sampai bila aku nak melarikan diri daripada masalah kan? Masalah tersebut tetap akan datang mengejar aku, bezanya cepat atau lambat sahaja. Aku sabarkan hati, tabahkan jiwa, pejamkan mata, pekakkan telinga, pedulikan apa orang nak kata, yang penting aku tahu apa yang sedang berlaku kini. Kesimpulan kecil yg boleh dibuat, "jauhhhh"


Tajuk post kali ini memang takkan ada kaitan dengan huraiannya. mihmihmih. Dalam minggu ini bermacam2 perkara yang berlaku. Suka dan duka, tapi banyak yg duka. Sabar wahai hati. Tak lama saja lagi, semua masalah ini akan hilang. Percayalah, Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya. Yes, percaya! Mestii. 


Kenangan untuk semestar akhir di USM and next semestar belum tentu lagi akan berada di sini, amatlah dihargai. Last week, kami mengikuti sesi fotografi untuk kursus masing-masing. Kami geng SASPEN (Sastera dgn Pendidikan) ramai tetapi seciput dan secoet sahaja yg menghadirkan diri. Buktinya, tengoklah gambar di bawah, hanya ada 3 orang kumbang sahajo.. yang laen entah ke mana. Aigooyaa. 

K A M I bakal P E N D I D I K
Back to the tajuk post.. hamboih, kemain jauh melencong! hahaha. harap bersabar. Bila jiwa dah tak tentu arah, inilah jadinya. Ke lautt..


Live without laptop is kosong. Itu jawapan yg aku boleh bagi. But sometimes, aku fikir bagus juga kalau tak ada laptop ni, sebab aku akan tidur awal.. aku akan baca nota-nota yg aku fotostat dan aku akan rajin mencuci baju. muehehehehe. Semuanya rajinlah. Tapi, bila nak buat kerja or nak check satu2 maklumat, it's soo difficult.. terpaksalah aku menagih simpati dengan roomate. Pinjam laptop dia. T_T Sedih betol.


Dear meyyo ;
please jangan buat hal lagi. aku dah takdak duit ni. kosong! tak sampai sebulan lagi aku kat sini. dah suku duit PTPTN aku kau kebas. Ahh cano aku nak makan lepas ni. please please.. T_T jangan buat hal lagi..

No comments: