Wednesday 11 September 2013

Pengisian sebelum busy dengan esaimen

Assalamualaikum

Hari ini hari ke-2 aku memulakan pengajian di semestar 7. Alhamdulillah walaupun demam tetapi tetap juga boleh meneruskan perjalanan ilmu ke kelas pada petang tadi. kelas pagi, aku ponteng! tak larat sangat-sangat. Maaf Dr.Naza  ): saya demam, bukannya tak nak pergi kelas tetapi saya tak larat sesangat. M a a f k a n  s a y a .


Minggu pertama P & P masih tidak terlalu busy and I've a time to watching Running Man show. mihmihmih and reading a good book. Sangat bagus buku ini, walaupun masih dalam perjalanan menerokainya. Sebenarnya, akhir semestar lepas aku sudah mula membaca buku ini, tetapi tidak sampai suku daripada buku itu aku habis, aku tutup and focus pada buku pengajian. Then, sebelum cuti semestar aku ter'masuk'kan buku ini ke dalam stor lalu tidaklah dapat aku habiskannya di rumah. Datang semestar baru ini terpaksa aku mulakan daripada page 1 back. Aiseh! Gerem betol dengan diri sendiri. Lupa sudah apa yang aku baca 2 months ago.


Apa buku yang aku sedang bisingkan di atas tu? Ni hah bukunya ;


Rahsia agar anda mudah mendapat jodoh !



Ceh, tajuk buku kemain lagi kan? hahahaha. Bukan gatal nak kahwin okay, cuma berminat untuk mendalami ilmu yang satu ini. Korang janganlah nak salah paham pula. 


Meh kita selongkar sikit apa yang terkandung di dalam ini buku... menarik ke idak ?

Menurut penulis pada pages 11, bab1: pendahuluan; 

Dewasa ini, angka lelaki dan wanita yang belum menikah hingga usianya mencapai "30-an" semakin meningkat. Terdapatnya banyak alasan yang menyebabkan hal ini terjadi. Di antaranya ialah, semakin jauh keakraban hubungan antara keluarga besar ( sanak saudara) yang mengakibatkan kerja "risik merisik" mula hilang, semakin tingginya pendidikan wanita sehingga para lelaki enggan melamar, semakin enggannya wanita dan lelaki untuk segera menikah dengan alasan ingin melanjutkan pengajian atau masih ingin mengejar karier ( amboi, perli nampak ! hehehehe ), semakin enggannya anak muda menerima jodoh keluarga dan beberapa alasan lain. 


Hah, tengok.. bab 1 pun dah menarik, itu baru saja page pertama. Belum lagi masuk pages yang seterusnya. 


Jadi, aku rasakan bahawa dengan membaca buku ini adalah salah satu daripada pengisian yang amat berguna sebelum aku busy dengan asaimen and presentation after this.


Selamat membaca and selamat mengubah persepsi anda tentang perkahwinan. Bubye (::

No comments: