Wednesday 18 September 2013

Manfaatkan Hujung Minggu dgn Aktiviti Berpekdah

ASSALAMUALAIKUM umat ISLAM sekalian (: 
salam Zulkaedah .

Entry kedua untuk hari ini. Dikala idea datang mencurah elok diluahkan nanti takut terlupa and sengaja dilupakan. eh? hihihihi. Tidak salah bukan untuk berkongsi aktiviti harian dengan teman semua. Bukanlah menarik sangat tetapi tetap nak berkongsi. Dalam menghitung detik bersama geng muncoi, selama itulah aku akan appreciate apa yg aku lakukan bersama dorang. Setiap detik akan aku hargai.


Sejak semestar baru bermula, sudah 2x kami open table di Ivory, makan sesama. Heaven! Memang itulah ikatan kekeluargaan kami. Akan ada upacara open table itu. Kalau berkesempatan, kami akan outing sesama, tidak kiralah kemana sahaja, asalkan dapat bersama. 


Berbicara mengenai outing, tanggal 13September 2013, kami ke Changlun! Pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Plannya hanya sehari sebelum ke sana iaitu 12September, dan keesokan hari kami bertolak ke sana. CikWin saja yang tidak turut serta, katanya ada hal lain yang perlu disettlekan. Kami ke sana untuk shopping tudung bawal bagi perniagaan online kami, D'Nour Hijab. Dan Fiqa lah yang menjadi driver bertauliah kami. Perjalanan dari USM ke sana hanyalah mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. 


Sebelum ke Changlun, kami ke Perda terlebih dahulu untuk membeli kerepek untuk dijual. Dung dang dung, siap beli kerepek, kami terus bertolak ke Changlun.


Seawal tiba di Changlun, kami singgah di C'Mart dulu, shopping tudung bawal kat sana. Memang sangat murah and aku pun apa lagi, gunakanlah peluang yg ada dengan merembat sehelai blouse! Murah sesangat dan semuanya cantek2! Memang berbaloi2 lah pergi sana. 


After done shopping, kami ke rumah Cikbib di Taman Universiti. Makan-makan di rumah Cikbib. Sedapppp, mabelous mak Cikbib masak! Memang kena dengan selera kampung kami. Terbaik ! Tengs Cikbib and keluarga. Before going  back to USM, mak Cikbib bekalkan kami dengan laksa pulak! Adoiiii.. memang murah rezeki kami and laksa yg mak cikbib buat tersangatlah sedapp and kuahnya sangat pekat! (: Mabelouss untuk kali ke-II. (:


On the way pulang ke USM, Cikda nyatakan hajat nak kenal kawasan UUM. Alang-alang dah dekat dengan UUM, maka Fiqa menghalakan kereta ke UUM. Luas kawasannya kalau nak dibandingkan dengan USM. Sebelum ini, aku pikiran USM ini sudah luas, jauh saujana mata memandang, ghupanya UUM lagilah luass dan mencabar dengan jalan yang berbukit bukau. 


Sempat lah kami snap beberapa gambar kenangan, menandakan kami sudah berjaya menjejakkan kaki ke situ. (:

 




Then, untuk aktiviti yang kedua berlangsung pada 14September and malam 15September iaitu majlis sambutan bufday Cikbib. Surprise birthday untuk Cikbib memang takkan berjaya. Dia dah dapat mengagak! Tapi, jalankan jua.. hihihi. Caed yang bersungguh-sungguh mahu adakan sambutan bufday Cikbib, kami hanya membantu sahaja. 


Happy Bornday ke-23 Bib! Semoga ang sentiasa dirahmati dan dilimpahkan kemurahan rezeki. All the best for the rest of yourlife. I lab you, saeng!

Ada sekeping gambar pada malam hari kejadian (:
Kami and the crew. Isae jadi cameraman. 


Itulah antara aktivit berpekdah yg aku lakukan sepanjang hujung minggu lepas.

1 comment:

rahsia hatiku said...

oohhh.. rindunya my universiti.. huhu, awok g time sye xdop sna dah, law dop bleh kita jadi tourguide..