Sunday 29 September 2013

Jadikan masalah itu sebagai PENGUAT untuk lebih KUAT

Assalamualaikum 
salam sejahtera

Bila dihimpit dengan masalah, satu sahaja yang terlintas di pikiran, "aku mahu melarikan diri daripada masalah itu".. melarikan diri ke mana sahaja tanpa dikejar dan dihambat oleh masalah itu. Tetapi kita lupa bahawa ketika kita ditimpa masalah, sebenarnya ALLAH sedang menguji kita untuk lebih tabah dalam kehidupan dan lebih dewasa dalam menghadapi kehidupan ini. 


Kerana di sebalik permasalahan itu ada proses pendewasaan dan disebalik musibah itu akan ada hikmatnya. ;) 

Takkan ada hidup tanpa masalah. Walaupun kecil, ia tetap akan digelar sebagai masalah. Masalah itu adalah sunnah-Nya. Pilihlah untuk tabah kerana nikmatnya akan kita rasai. Jika diri ingin memilih keluhan, kesengsaraan akan senantiasa menghimpit. Pilihan di tangan kita, and we have our own right to choose.


Aku belajar daripada kesilapan lalu yang aku biasa lakukan. Mungkin aku ini terlalu sensitif dan terlampau memikirkan sesuatu masalah. Yes, I've to admit, itu memang aku. Aku yang jenis sukar untuk melupakan satu-satu perilaku orang terhadap aku, lebih2 lagi sesuatu yang menyakitkan hati. Lama kelamaan aku akan lebih suka bersendirian dan menangis semahu-mahunya. Bagi aku, itu salah satu jalan penyelesaian untuk aku. Namun aku lupa bahawa kehidupan ini tidak selalunya indah. Kadang-kadang aku perlu mempersiapkan diri untuk bersedia dengan keadaan yang expect the unexpected. Aku lupa semua itu. Jadi, mulai hari ini aku akan bangkit dan sensitif pada diri aku ini akan dihapuskan. HAPUS!


Aku perlu belajar, tanpa masalah dan kesusahan, kita takkan menjadi seseorang yang dewasa. 

Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”


Di saat kita mencari solusi pada permasalahan itu, di saat itulah kita akan menjalani proses kedewasaan. Masalah bukan untuk dikeluh tetapi ia perlukan penyelesaian. Hadapinya dengan senyuman. Senyuman di bibir dan senyuman di hati. :) 



p/s: lagu untuk korang. From Beast, On rainy days.. Best sesangat!

2 comments:

Unknown said...

salam....pengalaman sebenarnya mengajar kita.......dan ada hikmah di atas setip peristiwa..yg berlaku..
selalu ingat Allah s.w.t...apa msalah pown kita boleh atas...senyum..taat

MeyyaLee said...

Wasalam .. Tengs dear :)