Tuesday 3 September 2013

Maafkan aku di atas keterlanjuran kata dan perbuatan itu?

Assalamualaikum 

Hai ! (eh tetiba pulak hari ini berhai)

Amboi, kemain post title panjang berjela mengalahkan teks ucapan perasmian pecah tanah bangunan namblas tingkat je kan? mihmihmih

Back to the topic .. kenapa pulak dengan malam ini? kemain saja tajuknya.
Entahlah, aku dapat rasakan seolah-olah ada satu perasaan yg maha hebat sedang mencengkam sanubari ini. Perasaan yg bagaimana, aku saja yg tahu.. 

Lately, aku tersangat tidak tenang. Resah, gelisah, susah, tak senang duduk, berdiri pun tak senang, tidur saja yg tenang, makan pun dah kurang.. tapi, tak jugak kurus. takpelah, hal tu letak tepi dulu. 
Back to the penerangan tadi, kenapa eh? aku merasa sangat tidak tenang? Umpama sedang menantikan sesuatu yg aku sendiri tidak pasti. Nak kata aku tunggu durian runtuh, tidak! Semalam baru je makan pulut durian. okies lah tu kan?
Nak kata aku nantikan bulan jatuh ke riba pun tidak. Kerana, aku lebih prefer likes the star berbanding the moon. Sorry moon . >_<

Sebenarnya, apa yg sedang aku fikirkan? Nak kata sebab tak daftar kursus, dah! semua dah settle. Aku dah daftar semuanya. Lagipun, perihal pendaftaran kursus sebelum ini tidak pernah menjadi satu bebanan untuk aku. 

Bila difikirkan lagi,.. risau tentang result semestar lepas kah? Tidak juga! Alhamdulillah.. dapat yg terbaik dengan usaha aku. Syukur sangat-sangat. 

Dah tu kenapa? sedih saja rasa hati ini. membuatkan aku kurang berkomunikasi, kurang bercakap dan hanya terperuk di rumah saja. Eh, ada kaitan ke? entah. mungkin ya dan mungkin jga tidak.

Jadi, kepada sesiapa yg pernah tersakit hati, termakan dengan kata-kata aku, maafkan segala salah silap aku, sama ada secara lisan, bertulis atau objektif. takuut juga andai aku ada menyakitkan hati orang. Lagipun, lately aku ni semacam terlebih emosi. hal yg kecik pun aku nak marah-marah. dah kenapa dengan aku?

Maafkan aku.. maafkan aku T_T



No comments: