Friday 6 September 2013

Entah apa lah nasib kami pelajar2 ISMP T_T

Assalamualaikum 

Luahan rasa di petang hari. Kemain lagi heboh tentang satu berita yg bagi aku sudah dijangkakan. Bagi orang lain, mungkin tidak tetapi bagi aku sudah lama aku expect perkara seperti ini akan berlaku. Petang tadi, sedang asyik bertweet2 and mata ini terpandangkan satu link yang dikongsikan oleh Gabungan ISMP Malaysia.

Link tersebut disertakan bersama dengan kata-kata seperti berikut ;

Pengambilan guru hanya dari 30% graduan terbaik : KPM *Hanya 30% shj. Lg 70% anak pergi cari kerja lain..  

Ini pula ada link daripada Sinar Harian ;


 
Reaksi aku, Ma shaa Allah, kejutan apa lagi ni? Sebelum ini bermacam-macam kejutan yang diterima oleh kami pelajar2 ISMP, namun kami telan jua. Tidak mahu berfikiran negatif sebenarnya. Harapan kami suatu hari nanti akan ada sinar yang cerah untuk kami. Namun kini, adakah harapan menggunung tinggi itu terpaksa kami lupakan? T_T


 KUALA LUMPUR - Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi profesion itu menjadi profesion pilihan.
Ini bermakna Kementerian Pendidikan akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.

 * petikan daripada Sinar Harian

Aku sudah cukup faham dengan kenyataan itu, namun hati ini segera menidakkan dengan harapan suatu hari nanti semuanya akan pulih seperti sedia kala. Kemana arah hala tuju aku selepas graduasi nanti? Di bendang menanam padi, di ladang menanam sayur, atau di shopping mall sebagai cashier? Oh tidak !! Musnah harapan sanak saudara keluarga tersayang yang mana begitu mengharapkan aku untuk menjadi pendidik. 

Ma, abah .. maafkan diri ini. T_T 

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita diberikan peluang untuk ke sekolah suatu hari nanti. Ke sekolah bukan untuk belajar, tetapi untuk mengajar anak bangsa kita. 

Aku percaya, rezeki di tangan ALLAH ! Semoga dipermudahkan segala-galanya (:

Nothing is IMPOSSIBLE, the words itself says : "I'm POSSIBLE !"

No comments: