Wednesday 18 September 2013

Jangan Bersedih Jika Anda Belum Berpunya

ASSALAMUALAIKUM wahai umat Nabi Muhammad, Rasul ALLAH (:

Ketika ramai rakan dan taulan yg lain sudah berpunya malah sudah ada yang berkeluarga, tidak terdetikkah perasaan cemburu di hati anda? sudah tentu. Perasaan cemburu itu tetap hadir bukan? walaupun sedikit cuma. Tipulah jika anda tidak merasa cemburu . 




Kerana fitrah manusia itu ingin dicintai dan mencintai. Namun begitu, jangan sesekali bersedih dan berduka jiwa. Kadang2 terlintas di fikiran kita ;

" apa kurangnya aku dan apa lebihnya dia?"

"tidak layakkah aku untuk dia?"

"kenapalah orang lain sudah berteman, namun aku masih lagi single mingle?"

"aku ni memilih sangat ke sampaikan seorang pun tidak sudi untuk mendekati hati aku?" 

dan macam2 lagi dialog yang timbul.


Bila kita bersendirian, dan masih belum berpunya, bukan bermakna ALLAH tak sayangkan kita. Sebab ALLAH sayangkan kitalah, dia beri masa untuk kita bersendirian. ALLAH itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian (:


Mungkin kita diuji dengan cara bersendirian dan tiada teman.



Kadang2, kawan kita yang sudah berteman itu pun diuji dengan bermacam-macam ujian seperti bergaduh, salah faham, bertikam lidah siang dan malam dan sebagainya. Itupun merupakan salah satu ujian daripada ALLAH. Bukannya yang bercinta itu tidak mempunyai masalah kan? (: Jadi, sabar kawan, lambat laun jodoh ALLAH itu akan sampai juga pada kita. Berbeza cara dan jalannya. 


Mungkin kita belum berteman kerana kita belum bersedia. Bercinta bermakna anda perlu bersedia untuk dicintai dan dilukai. Mungkin kerana anda belum bersedia untuk dilukai, maka timing belum lagi tiba, right? Think positive. Kadang2 pengalaman lalu banyak mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa dalam melakukan sesuatu keputusan (:


Mungkin juga kita belum berteman sekarang kerana kita dibelenggu masalah emosi. ALLAH mahu kita merehatkan emosi kita buat sementara waktu daripada hal2 yang sedemikian. 


Kita hanya mampu merancang kehidupan ini dan jangan lupa bahawa sebaik-baik perancang itu adalah ALLAH azza Wajalla. (:

Wallahua'lam .

p/s :idea dicedok sedikit sebanyak daripada akuislam.com (:

4 comments:

rahsia hatiku said...

suka-suka ngan entry ni.. hehe, rasa cam kna plop ngan kita..

MeyyaLee said...

kikiki. kan ? jangan mengeluh, jangan bersedih..

rahsia hatiku said...

kita heppy2 jah.. no tension2 ni..

MeyyaLee said...

betol tu nisa. wak gapo la nk stress ngan benda hak tak sepatutnya. SABAR. Janji ALLAH itu pasti. :)