Friday 18 October 2013

KISAH MEREKA !

Assalamualaikum

hye dear! 

teringin aku nak berkongsi satu cerita cinta dengan korang semua. ini cerita benar bukan rekaan aku, okay ? :) tapi, entry ini panjang sesangat lah! hihihihi. selamat membaca.


okay, jom kita mulakan. sebelum tu, let's aku perkenalkan dorang dengan gelaran "W" untuk si lelaki dan "S" untuk si perempuan. 


Cerita mereka bermula sekitar 2006 until now? entah, mungkin ya dan mungkin juga tidak. Perkenalan antara mereka terjadi melalui handphone. Si S yang mulakan dahulu. 2006, means 7 years ago, ada handphone dalam genggaman itu dah macam hebat lah kan ? lalu terjalinlah hubungan persahabatan antara mereka. Katanya si S, dia tersilap nombor, walhal si S sengaja tekan-tekan nombor and menghantar mesej secara rambang sahaja. And then, terkenalah pada nombor si W. Nasib pulak menyebelahi si S apabila W mereply mesej tersebut. Lalu bermulalah perkenalan mereka apabila W terlebih dahulu memulakan salam perkenalan antara mereka. 


Tika itu, W sedang menuntut di salah sebuah IPTA di Semenanjung Malaysia and S pula masih lagi di sekolah menengah. Beza umur antara mereka mungkin 5/6 tahun. S lebih selesa untuk menganggap W sebagai abang angkatnya sahaja. Memandangkan si S masih lagi bersekolah, dia tidak terlalu untuk memikirkan soal cinta segala bagai itu. Atau mungkin juga disebabkan dia terlalu inginkan kasih sayang seorang abang yang baik, mengambil berat akan segala hal tentang dia. Mungkin disebabkan faktor itulah S lebih selesa dengan hubungan mereka sebagai "abang-adik" sahaja. 


Namun, W tidak pernah memberikan peluang kepada S untuk menganggapnya seperti abang. Mereka hanya berhubung melalui sms. Tidak sekalipun W membahasakan dirinya sebagai abang dan W lebih selesa dengan "berawak saya" dengan S. Lalu si S turutkan sahaja. Si S tidak terlalu cerewet untuk bertanya itu dan ini, dia hanya menurut sahaja.


Satu hari, W bertanyakan kepada S.. "dah ada pakwe ke?" Soalan standard lah kan? Lalu S menjawab, takde and buat masa sekarang ni tak berminat lagi nak berpakwe. Nak pokus pada exam dulu. Katanya S. Reaksi W pula seakan2 menyokong keputusan S and W sangat mengambil berat akan S. Selalu memberi nasihat dan kata-kata semangat di kala S dibelenggu masalah. 


Begitulah hubungan mereka selama hampir setahun. Selalu berbalas sms. Sms sahaja. Tak pernah dengar suara, tak pernah bertentang mata. Sememangnya berkawan melalui alam maya. Namun ianya istimewa kerana kedua-dua mereka seolah2 mempercayai antara satu sama lain. Berkongsi kisah suka dan duka, soal family, soal kawan-kawan, soal kerja sekolah, soal rakan-rakan sekolah dan universiti dan macam2 lagi.Malah, jadual kuliah W pun S tahu. Semacam peliks kan ? hihihihi


Bila dah lama kenal, even berkawan mereka ini teringin nak kenal antara satu sama lain. Maksud aku, kenal muka masing-masing. Bayangkanlah, hampir setahun berkawan namun tak pernah bersua muka. Hanya melalui sms and bercakap melalui phone sekali SAHAJA. W meminta S mms kan gambar kepadanya. Namun S memberitahu bahawa handphone dia bukan canggih sampaikan boleh mms gambar. Lalu, redhalah si W. Dah tak ada jalan lain dah yang boleh di buat. Laman sosial pun S tak ada. Memang susahlah kan nak kenal muka masing-masing. Tapi, W tetap memberikan alamat emelnya untuk laman sosial friendster. Tika itu, friendster femes sangat2. hihihi.


Lalu, usahalah si S ke CC untuk  kenal dengan W, walaupun melalui gambar sahaja. Nak face to face, memang tak ah, sorang di utara, sorang di timur.  S dapat tengok muka W melalui gambar namun bukan untuk W. Dia masih belum mengenali raut wajah si S. Tetapi, mereka tetap berkawan seperti biasa.


Ditakdirkan dalam pertengahan tahun 2007, si S "ter couple" dengan seorang lelaki yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya. Aku gelarkan pakwe S itu sebagai "Q" ya? 


S couple dengan Q tanpa pengetahuan W. S tetap melayan W sama seperti dahulu. Kawan! Memang S selesa berkawan dengan W. Setiap hari mereka ber sms walaupun untuk bertanya khabar sahaja. S paham yang W sangat busy dengan aktiviti hariannya. Namun S tidak kesah kerana ketika itu dia umpama dilamun cinta yang maha indah! Seolah-olah S punyai pengganti teman sms untuk setiap malam.


Disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Penghujung tahun 2007, hubungan S dengan Q terputus di tengah jalan tanpa S ketahui apa sebabnya. Mereka "putus" begitu sahaja, tanpa alasan yang kukuh. Meranalah hati si S. Pada malam S menerima kata "putus" daripada Q itu emosinya berada dalam keadaan yg tidak stabil. SMS daripada W dilayan acuh tidak acuh sahaja. W terperasan akan kejanggalan itu. Akhirnya, S mengaku bahawa dia baru sahaja "clash". Terkejut W! Ya, memang W terkejut sangat-sangat. Dan pada malam itu jugalah S mengetahui bahawa W sudah lama menyimpan hati padanya. Namun ia dipendam kerana suatu masa dahulu S ada menyatakan bahawa dia tidak mahu memikirkan soal cinta sebelum SPM nya selesai. Si W memegang kata-kata S itu. Rupa2nya perkenalan di atas dasar kawan yang dianggap oleh S selama setahun perkenalan mereka mempunyai makna yang berlainan bagi W.


Pada malam S "clash" dengan Q, pada malam itu jugalah W menyatakan "I LOVE YOU" pada S. S berada di persimpangan. Bingung ! Tidak tahu mahu membuat pertimbangan sebagaimana untuk memuaskan hati W dan yang paling penting hatinya sendiri. Namun setelah ditimbang tara, akhirnya S bersetuju. 


#Kesilapan S ! She's so greedy. Dia takut W pun akan meninggalkannya seperti Q. Dia melakukan keputusan yg begitu mendadak. 


Keesokan hari, S dengan bingung sent message to W untuk minta clash. what ? Memang terkejut lah kan si W tu. Tak sangka. Tak ada angin tak ada ribut, tiba2 taufan melanda. Sebenarnya S bingung ! Dia dalam dilema. Hatinya kadang2 memberitahu bahawa esok atau lusa Q mungkin akan datang balik kepadanya. Disebabkan itulah dia ingin memutuskan hubungan dengan W. 


#Pendapat aku, mungkin S patut meminta masa daripada W terlebih dahulu. Berinya masa untuk memikirkan keputusan yg sewajarnya. Bukannya membuat keputusan yg mendadak seperti itu. 


S takut untuk berhadapan dengan realiti. Dia memberikan kata putus kepada W lalu dia offkan phone. Dia tidak sanggup untuk berhadapan dgn W. Berkali-kali W call, sms even pinjam phone kawan untuk bercakap dengan S, namun gagal. S hanya menyepikan diri. Akhirnya W terpaksa mengikut kemahuan S. 



Sebulan berlalu. Hubungan mereka tidak berhenti setakat itu sahaja. Sebulan selepas itu, S menghubungi W untuk memohon maaf. Walaupun dalam masa sebulan itu W ada menghubungi S untuk bertanya khabar, namun S melayannya dengan acuh tidak acuh sahaja. S takut W akan mempersoalkan " hal" itu lagi. Akhirnya S menemui dirinya dalam keadaan waras lalu mereka menyambung semula hubungan cinta yang terputus itu. 


S bahagia. W pun bahagia. W melayan S dengan sangat baik. Walaupun busy with his study, namun setiap pergerakan, setiap aktiviti yang dilakukan akan di update pada S. S terasa dirinya seperti di sayangi. tiba tiba terngiang2 lagu bila diri disayangi-ukays


Satu hari, W mengatakan semula hasratnya untuk mengenali S dengan lebih dekat. Time untuk mereka face to face. Tiba cuti semestar, W pulang ke kampung and mereka berjanji untuk berjumpa for the first time. Bayangkan setahun lebih mereka kenal namun tak pernah kenal wajah antara satu sama lain. S bersetuju dan ditemani temannya ke tempat yang dijanjikan untuk ketemu.


They were contact with non stop that day. S tiba di tempat seperti yang dijanjikan and W mengatakan bahawa dia sedang mencari parking kereta and dalam masa beberapa minit selepas itu, S got a SMS from W yg mengatakan bahawa dia TERPAKSA berpatah balik kerana tok saudara/ ayah saudara dia dalam keadaan nazak. 


#Korang bayangkan. Takdir Allah yang maha hebat. Dalam masa beberapa minit sahaja sepatutnya mereka boleh berjumpa namun Allah itu maha Besar yang mengaturkan segala-galanya. Mereka tak berpeluang untuk berjumpa. 


And S sangat2 frust. S call W with non stop, namun kosong! tuut! tuuuuuuuuuuuutttttttttttt! tuuuuuuuuuuuuuuuut! Jawapan itu sajalah yg S terima. Petang itu jugak W terpaksa balik ke kampus. Mereka tidak berpeluang untuk berjumpa. S dapat mengenali raut wajah W, namun tidak bagi W. 


Then, hubungan mereka selepas itu  totally different. W kurang menghubungi S, and S pula selalu tertunggu-tunggu akan mesej2 W, namun hampa. Jiwa remajanya memberontak. Namun, apa yg mampu dia lakukan. 


S sedih apabila W mengatakan bahawa terdapat bermacam2 kekangan dalam perhubungan mereka. Nak jumpa, tapi tak dapat, and macam2 lagi masalah mereka. Ayat yang diluahkan oleh W itu seolah2 seperti mahu mengalah. Cadangan terakhir daripada W meminta S menghantar gambar melalui pos kepadanya. Iktiar terakhir mereka untuk mengenali wajah masing-masing. S menurut. Akhirnya gambar di pos. Namun hampa, dari seminggu ke seminggu, gambar yg di pos itu tidak sampai ke tangan W. Lagilah W mengeluh.. dan mengatakan bahawa halangan itu sentiasa ada dalam hubungan mereka. 


Lama kelamaan, W semakin tidak menghiraukan S. Segala aktiviti harian di kampus langsung tidak diberitahu kepada S seperti sebelum ini. Mereka juga jarang2 berhubung. Mungkin W sudah mula mencari yang lain. Mungkin ? Akhirnya jiwa remaja S memberontak and S dengan keadaan tertekan and keliru mengeluarkan kata2 amarah kepada W ditambah lagi dengan alasan2 yg lain. 


W menjadi tidak sesabar seperti dahulu. Lentingan daripada S dibalas dengan lentingan juga. S tergamam. Pada jangkaannya, W sudah banyak berubah and akhirnya hubungan mereka terputus di tengah jalan dengan begitu sahaja. Bagi S, antara mereka sudah tidak seperti dahulu. Dia sudah tidak dapat memahami W. W juga sudah banyak berahsia dengan S.


Namun kehidupan perlu diteruskan. S cuba untuk mencari yg lain, ya memang dia boleh mendapatkan cinta lain namun tidak sama seperti W. Kadang2 dia dibayangi dengan kasih dan sayangnya pada W.


Satu hari, S menghubungi W dengan alasan untuk memaklumkan kepada W bahawa dia sudah change her phone number. Actually, she really miss him. And on that day, W menceritakan kepada S bahawa gambar yang diposkan oleh S suatu ketika dahulu ada di tangannya. Bayangkan ! Jarak antara timur dengan utara Semenanjung M'sia tidaklah memerlukan masa berbulan-bulan untuk sesuatu barang yg dipos. Namun, takdir ALLAH itu mempunyai segala hikmatnya.
Hari terakhir sebelum W berpindah daripada rumah sewanya, dia menerima kiriman pos daripada S. Subhana Allah maha suci ALLAH.


Namun segala2 nya sudah berubah, mereka tidak seperti daulu lagi. Dengan kehadiran gambar itu tidak mampu merubah apa-apa.


## Okay? apa motip aku bercerita tentang kisah cinta MEREKA ini?
Banyak sangat pengajaran yg dapat aku pungut, banyakkkk sangat.
1- Andai dia bukan untuk kita, sampai bila2 pun dia takkan menjadi milik kita.
Berdasarkan cerita tadi, walau sehebat mana pun mereka berusaha untuk mengenali antara satu sama lain, namun takdir Allah itu maha indah. Andai W bukan diciptakan untuk S, jodoh mereka takkan dapat bersatu. Berbulan2 masa yg diambil untuk sekeping gambar sampai ke tangan W. Walhal, jarak mereka bukanlah merentasi lautan pasifik.
Akal logik kita boleh berfikir dengan tenang kan ?
Ya, memang jodoh mereka bukan bergantung pada sekeping gambar, tetapi dengan bermacam dugaan dan rintangan yg mereka terpaksa hadapi untuk mengenali raut wajah itu sangat menunjukkan bahawa mereka bukan ditakdirkan untuk satu sama lain.

2- Sabar itu indah. Untuk kes W yg sanggup "menunggu" cinta daripada S selama setahun. Kerana janji S yg kononnya tidak mahu bercinta sewaktu alam persekolahan diterima baik oleh W and W sanggup memendam rasa sorang2 tanpa meluahkan kepada S dalam jangka masa setahun. Memang W seorang yg penyabar. Aku kagum dengan W! ;)

3- Jangan terlalu mengharap.
Contohnya untuk kes cinta S pada Q. Ternyata S seakan2 mengharapkan Q hadir sekali lagi dalam hidupnya. Namun, sampai ke sudah Q menghilangkan diri dengan begitu sahaja, tanpa khabar berita.


Banyak sangat pengajaran yg aku peroleh daripada kisah cinta ini. ;) Niat aku sekadar untuk berkongsi. Kadang2 apa yg kita harapkan itu, belum tentu akan menjadi milik kita sepenuhnya. Berpada2lah dalam mengharapkan sesuatu. =)


Wasalam .



No comments: