Wednesday 2 October 2013

Kenapa cepat sangat nak terasa 'PEDAS' nya

Assalamualaikum .. salam satuduapuluhtujuh pagiii.. 

Apa hal kau mek hupdate blog pepagi macam ni? dah tak ada keja nak buat? dah tak ada buku nak baca? dah tak ada esaimen nak type? bukannn.. bukannn.. semua itu ada, malah berpusu-pusu datang, tapi rileks sajaa.. rileks. benda boleh bawa berunding kahn?! mihmihmih. sengal. bagi penampo baru tau. dah! Back to normal cikra. awat dengan ang ni? dah biul ke cikra oiii?? sabaqqqq. Allah selalu ada untuk ang. Sabaq noo.. :))


Kenapa sekarang ni aku cepat sangat nak terasa 'PEDAS' nya? Dia bukan tuju dekat aku lah weii, jangan perasan sangat nak taching bagai. Kau tu siapa untuk ditujukan hal sedemikian rupa. Berangan saja lebih cikra ni.. dush dush dush~bagi penampo lagi dekat pipi ni. Biar sedar diri sikittt..


Entahlah, sekarang ni kerap sangat terasa 'PEDAS'nya. Kenapa tak tahu? Syaitan apa yg merasuk dalam diri ini sebenarnya? dah dah lah cikra, tahu setakat yang diberitahu sajalah. Kalau dah kail tu sejengkal, jangan berani beranian nak duga lautan luas. eh, macam tak kena sahaja peribahasa ini. ahhh, lantaklah.


Diri ini kadang2 mengada saja lebih. Kenapa dia boleh tahu, dan kenapa aku tak tahu? eh3, dah orang tak nak cerita, ang nak kalut pasaipa? Jangan duk taching sangatlah cikra oiii. tolonglah!Kau bukannya jenis yang busy body kan? tak payahlah nak kalut sangat. Ingat itu privacy orang. Kau sekarang ni bukan kau yang dulu. Kenapalah mudah sangat nak berfikiran negatif..lepastu mulalah nak nangis teresak-esak. Apa kes? Tak ada orang peduli pun. dahhh! bangkit! Jadi diri kau yang lama. Inilah bahananya, kalau dimanjakan sangat. Seriously, I don't like myself yg sekarang ni. Jauh sungguh perbezaannya dari dahulu. Manja sangat.. bila ada masalah, orang lain tolong selesaikan sama, dulu tak pun. Semua kau buat dan harungi sendiri kan? Hanya Epa sorang saja yang boleh terima baik dan buruk kau. Kau dah lupa ya? Ingat balik.. please ingat balik. Pedulikan apa yang tidak patut diambil tahu. Berkongsi pada yg sudi. Tak payahlah nak terhegeh-hegeh tagih simpati dan kasih sayang daripada orang lain. Ingattt tuuuu!!



Cukup2lah tu nak sentap sengsorang. Tak ada gunanya. Life must go on.. Looking forward. Tak ada gunanya. Bawa2 lah belek and baca Quran al Karim itu. Di situlah penyelesaiannya. Ingat tak pesanan mak dan abah dulu sebelum kau datang sini? Dah kenapa jadi pelupa sekarang ni?? Rotan baru tauu.. grrrrrrr..


Apa yang kita nak, takkan selalunya terjadi. Ingat tak tagline baru kau, expect the unexpected! haaaa.. ingat tu. Kadang2 sesuatu yang kita tidak jangkakan itu akan berlalu. please prepare yourself. Sampai bila nak jadi macam ni? Orang cakap, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum! Eh, ke situu pulak.. :P



Sudah-sudahlah tu, ayat pujuk diri sendiri memang macam ni.. Kita tak minta pun kan semua ini akan terjadi? siapa yang nak minta benda yang buruk2 berlaku dalam hidup sendiri. nopee.. tak ada siapa pun minta. Kita kena faham, ada sebab dan akibat kenapa seseorang memperlakukan kita sebegitu. Everyone have their one privacy. Remember that cikra. Pedulikanlah ayat2 orang yg kengkadang secara sengaja atau tak sengaja memerli itu. Susah, tangan kita ini ada sepuluh jari saja nak menutup mulut2 orang yang bertuah itu. Mana larat oii.. Jangan nak pentingkan diri sendiri cikra. Bawa bertenang. All is well :) Mungkin ini ujian Allah. 3tahun dahulu kau boleh saja kuat kan, cikra.. tapi kenapa sekarang ni kau nak lemah? kau dah lupa ya dulu macam mana kau jatuh dan bangun kembali? kau dah lupa ya 'rentapan' tangan itu 3tahun lepas yang mana akan di'rentap' lagi pada bila2 masa? Ingat cikra, bersedia untuk sesuatu yang diluar jangkaan. Anak kaklah dan abeli kena kuat! yessss kuuuuuuat! macam harimau.. :)

Ada sebab tertentu disebalik apa yang berlaku. ingattt.. please lah cikra, ingat! Jangan nak memesongkan fikiran positif ini kepada negatif lagi. Kenapalah kolot sangat fikiran aku sekarang ni? ish, tak paham sungguh. Ingat, jangan nak terhegeh-hegeh. 


Senyum :)) .

~✿ Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan. Jauh sekali, untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat tuhan. Sesekali menangis..hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.Sesekali menangis, percayalah, bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya..✿Subhanallah

No comments: