Wednesday 30 October 2013

Pengalaman satu hari di sekolah

Assalamualaikum 

Okay hari ini entry yang penuh dengan perkataan sahaja. xde gambar langsong! Gambar akan diupload dalam sesi yang laen. kikikiki. 


First of all, tiba masanya kot, panggilan "aku" itu ditukar kepada Cikra. hihhihi. Kenapa Cikra? Actually, panggilan ini yg aku biasa gunakan dalam kalangan kawan2.. and mereka pun sudah terbiasa memanggil aku dengan panggilan Cikra. muhehehehe. 


Okay, then kita sambung bercerita. Hari ini, kami seramai 15 orang pergi ke satu sekolah untuk menjalankan satu aktiviti yg berkaitan dengan masalah disiplin dan untuk memenuhi unit paper kami untuk semestar ini. Sekolah ini terletak sekitar USM saja. Firstly, harapan tu memang menggunung tinggilah kan, of course! Ini kerana buat pertama kalinya cikra melangkah masuk ke sekolah dengan membawa label sebagai "bakal" guru. Seronok and nebes. 


Bila nampak budak2 sekolah yg lalu lalang, ma shaa Allah! Tinggi2 nya depa, besaq2 pulak tu. mak aihh ! Okay takpe. jangan duk ketaq agi.. control sikit kan? hihihi. walhal dalam hati Tuhan saja yg tahu. Seram sejuk jadinya. Back to the tujuan pergi sekolah adalah untuk menjalankan satu aktiviti yg boleh memberi kesedaran kepada dorang dalam masalah yang sering berlaku di sekolah iaitu buli dan gangsterisme. Modul yang dirancang memang daebak ah semuanya.. tup tup masa nak jalankan agak kelam kabut sedikit. Walaupun kami seramai 15 orang bakal-bakal guru, namun masih tidak dapat mengawal budak2 yang seramai lebih 80 orang itu. Tuhan sajalah yg tahu. dah macam jaga budak2 tadika. Berteriak sana berteriak sini. Kami kuatkan suara sikit, dorang kuatkan suara banyak. hihihi. aduyaiii.. sabau sajalah.


Tak semuanya tak elok.. malah ramai saja yang baik and menurut arahan. Tapi bila terfikirkan budak2 yang agak hardcore tu macam gulp! Macam manalah nanti cikra nak handle budak2 sengsorang dalam kelas yg seramai 30 orang dan ke atas itu? Terfikir juga. mampukah cikra ? Iktibar yg cikra dapat perolehi hari ini, bukan mudah nak melayan mereka. Secara kerasan memang tak jalan lah, ke lauuttt ! Satu yg cikra nampak, kita kena guna psikologi. means dekatkan diri kita dengan dorang. xboleh nak marah2, tinggikan suara. buat baek2 saja. alahaii.. tetiba hakak mu ini jadi lemah lembut gemalai. hahahaha. 

Dari petang tadi hinggalah ke malam ini, kerja cikra mengeluh saja. Cikratahu mengeluh ini xbaek! tapi dah termengeluh nak buat macam mana? hihihi. Banyak sangat yang cikra tengah fikir . Apalah nak jadi dengan dunia pendidikan sekarang ni? Mungkin cikra lebih banyak terdedah dengan sekolah luar bandar yg masalah disiplin dorang yg agak terkawal. Bila dah pergi sekolah bandar and budak2 bandar ni lain jadinya. Macam kezutan sikit and tak sangka seteruk ini jadinya. Macam2 kepala ada dalam satu kelas. ;) Pening kepala cikgu nak fikirkannya.

Agak terkilan jugaklah, kenapa kami hanya didedahkan dengan teori semata-mata, praktikalnya seakan tidak mencukupi. Namun apakan daya.. nak menyesal masa sudah terlambat. Bersedia mental yg secukupnya harus Cikra sediakan. Teringat akan kata-kata seorang peguam yg pernah berbual2 dengan Cikra suatu ketika dahulu ; 

"tahniah. kerja cikgu ni bagus. tapi kamu kena persiapkan diri dengan masalah2 disiplin yg mereka selalu timbulkan. banyakkan baca al-Quran supaya kamu punya kekuatan rohani. Bukan apa, kes yg saya kaji, ada saja guru yg mempunyai masalah mental akibat terlalu banyak tekanan. saya  tak naklah kamu jadi macam tu. ingat ye pesan saya. selalu dekatkan diri dengan Tuhan."

Terngiang-ngiang dalam benak cikra akan kata2 peguam itu suatu masa dahulu. And I believe apa yang beliau katakan itu ada benarnya.


Secara mental memang tak bersedia lagi nak ke sekolah. masih tak tahu cara yg sebenar2nya untuk kawal kelas. Jadi betollah apa yg Dr Jalil selalu katakan, andai dalam masa dua minggu kamu tidak mampu untuk mengawal kelas, maka Latihan Mengajar kamu akan susah. Ya Rabbi.. mengucap panjang. Apalah daya aku ? takottt.. nebes.. semua ada. Barulah aku tahu, cabaran dunia pendidikan ini memang tinggi. 

Tapi, Cikra percaya.. naluri seorang pendidik dalam diri Cikra sudah dapat disemai sedikit demi sedikit. Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri dengan cabaran di skeolah pulak. In shaa Allah, doakan yang terbaek untuk Cikra.

p/s peace yaww !

No comments: