Saturday 19 October 2013

Kenapa perlu ada PILIH KASIH ?

Assalamualaikum 
and selamat malam.


Dalam menempuh hari-hari yg mendatang dalam hidup, kita takkan terlepas daripada didatangi dengan masalah. PILIH KASIH alias PILIH BULU pun merupakan salah satu daripada masalah dalam hidupan harian jugak kan ?! 


Kita sebagai manusia memang tidak boleh lari daripada memilih yang terbaik dalam kalangan yang baik. Tetapi kenapa harus memilih kasih? Tidak bolehkah kasih itu dibahagi bahagikan sama rata. Adil, fair. Kalau yang A dapat 5sen and yang B pun akan dapat 5sen. And so on. Tetapi yang sebaliknya berlaku.


Okay, aku bukannya nak menyentuh perihal harta atau wang ringgit yang dibahagi bahagikan dalam kalangan adik beradik. nope ! Menyentuh soal yang selain daripada wang ringgit. Contoh pertama : memilih dalam membahagikan kasih sayang. Kenapa perlu memilih? Kenapa perlu wujud perbezaan antara A dan B? Bukankah A dan B itu masing-masing darah dagingmu? Adakah kerana A ini seorang yg tak pandai, miskin, pakai baju bundle and B pulak dah ada kerjaya, dapat bina keluarga yang bahagia, cerdik, naik kereta besar, pakai baju branded? Adakah sebab itu ? Ma shaa Allah. Kadang2 manusia ini lupa, segala yang baik dan buruk itu adalah ujian dari-Nya. Kenapa perlu di beza dan bandingkan?


Lupakah kita, A dan B itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Andai A tak pandai, kerja di ceruk kampung, pakai kain batek saja, namun si A itulah yang selalu menolongmu di waktu sakit. Bawamu ke klinik, tanya khabarmu, makan minummu... kenapa perlu butakan matamu oleh kerana kesenangan yang sementara ? Sedangkan B itu hanya memberikan kesenangan yg sementara buatmu? Tika dia pulang menjengahmu, yang mana kadang kala menyusahkan mu jua. Makan minumnya kamu yang terpaksa sediakan. Adakah kerana A selalu di depan matamu, lalu kamu merasa aura A itu hanyalah biasa2 saja ? dan oleh kerana B itu tersangat berlebihan auranya di matamu, lalu kamu memilih. Berikan segala kelebihan pada B dan lupakan A? oh, tidakkkkkk ! Itu tidak adil. 


Mungkin bagi yang berhati keras dan degil, perkara itu normal. Namun, bagi yang agak sensitif bagaimana pula ? Tidakkah di penghujungnya "makan hati" si A itu? 


Kenapa dalam dunia yg serba canggih ini perlu wujud fenomena Bawang Putih Bawang Merah lagi? Tidak adil bagi yg menanggung. Aku kesian akan si A yang terpaksa menahan hati. Bagi yang menjalankan dasar serta hukuman itu memang senang, namun lupakan akan segala kebaikan A disebabkan kekaburan "kebaikan" yang kononnya dilakukan oleh B? Kesian A. Dia juga manusia. 


Sebagai manusia, yang terlebih dahulu "makan garam" seharusnya tahu untuk menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata. Kadang2 manusia ini terlalu leka dengan kesenangan situasi yang diciptakan olehnya sendiri, namun mereka selalu lupa bahawa janji Allah itu pasti. Yang sihat pasti akan sakit, yang hidup pasti akan mati. Ya, mungkin dia lupa. mungkin ?? Andai susah untuk menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata, nilailah kedua-duanya supaya menjadi permata. 


Kita yang hidup ini takkan pernah boleh lari daripada "pilih kasih" ini. Bukannya diri ini tidak pernah merasa, pernah. Namun, persepsi manusia itu kita takkan dapat kawal. Selagi boleh bersabar, sabarlah. Sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada iman. 

Wallahu a'alam :)



No comments: