Thursday 24 October 2013

Tidur Berdengkur. Mengapa dan Bagaimana ?

Berdengkur adalah satu bunyi bising yg dikeluarkan semasa bernafas dalam tidur apabila sebahagian saluran pernafasan bahagian atas seseorang tersumbat

Dengkur berlaku ketika terdapatnya sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi bising dengkuran terjadi apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain

Kebiasaannya gejala dengkur terjadi sejak kecil lagi dan bertambah kerap mengikut pertambahan umur seseorang. Malah, kajian para penyelidik di Amerika Syarikat mendapati gejala dengkur yg bermula dari usia kanak-kanak berpotensi merubah keadaan diri seseorang itu seperti menjadi hyperactive sejak kecil

Pada tahun 2002, para penyelidik dari Universiti Michigan melaporkan daripada 229 kanak-kanak yang ditemui, mereka kerap berdengkur dua kali ganda dan berpotensi menjadi hyperactive

Jadi, amatlah penting untuk mencegah dan merawat gejala dengkur daripada menjadi lebih buruk hingga boleh mengundang rasa tidak selesa dan mengganggu persekitara sewaktu tidur

Penyelidik tersebut juga ada mengeluarkan sebab-sebab terjadinya gejala dengkur. Antaranya,
1. lemah otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak
2. tisu tekak yang besar dan tebal
3. lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yg panjang
4. saluran pernafasan tersekat

Rawatan bagi berdengkur adalah bergantung kepada dianogsis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan rawatan akan diberi mengikut sebab2 yang dikenalpasti

Antara cara dan langkah yang disarankan oleh penyelidik untuk mengurangkan dan mengelakkan tidur berdengkur ialah ;
1. kurangkan berat badan jika anda mengalami berat badan yang berlebihan
2. kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
3. amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
4. utamakan posisi tidur secara mengiring daripada posisi terlentang
5. tinggikan kepala katil lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang


No comments: