Sunday 20 October 2013

Tuhan beri aku CINTA

ASSALAMUALAIKUM 

Gila tajuk ! Macam desperate sangat. Uih, bukannn.. jangan salah paham okies. Aku bukan cenggitu (walhal dalam hati, cepatlah putera katak datang menyelamatkanku ).. blurpp blurpp. 


Tadi punyalah syok keluar pergi beli barang dgn a few of members. Bukannya syok pergi beli barang, xsyok langsungg ! Habis duet pitih wang tuan hamba ada laa.. grrrr ! mencik tol ! Yang syoknya dorang bukak topik kawen. Oh maii. Macam trend dah skang ni, asal borak-borak confirm akan ada topiks KAWEN. buhsaan teramat sangat. Buhsan memang buhsan tapi aku layankan juaa. mihmihmihmih. =)


Nak tanya, siapa yg mulakan trend kawen awal nih? Bebudak sekolah umur 18/19 tahun dah pandai fikir pasal kawen. Nak cari calon suami la, where is my mr. right la, apa hal dik? Belajar dulu. Bagilah ruang untuk akaks mu ini bernafas. Asal sekarang ni ramai yg kawen awal?? Rileks brader, rileks sis. Kawen awal tapi perangai still macam budaks. Buat apa? Bukannya nak mengata tetapi dari segi pemerhatiannya begitulah. Kawen awal, umur awal 20-an, cakap dengan suami pun macam cakap dengan kawan? Apaa?? Aish, gerun aku dengan situasi yg menyelubungi itu.


Bukannya aku sengaja sibukkan mata, namun mata ini terlalu suka memerhati. Fenomena kawen awal. Bukan nak salahkan dorang, itulah suratan JODOH mereka. Namun, macam ada kekurangan. Atau mungkin aku saja yg berperasaan seperti itu? Takutt doe. Aku perhati sana sini, pasangan kawen muda. Umur masih hijau bak kata mak aku. Muda lah tu maksudnya. Perwatakan mereka itu sukar untuk mata aku mentafsirnya. Pembawakan diri, nak melayan orang sekeliling, lakukan rutin dan tanggungjawab. Berat semua itu. Bukan perkara senang. Jika diperhatikan ada lompang di sana sini. Sedih juga melihatnya. Kadang2 ianya menjadi canggung di mata masyarakat.


Bila dah ramai yg kawen awal, mulalah ada suara2 yang menerjah gegendang telinga ini dengan soalan2 cepumas. Bila turn aku la, bila nak makan nasi minyak la, bila nak merasa pelamin sendiri la and etc. Siyesly aku mengaku yg aku stress kalau aku ada kat kampong. grrrrr. Soalan2 macam ini lah yg melintasi ruang gegendang telinga aku ini. Jawapan aku panjang untuk dihuraikan, pengakhirannya aku diam seribu bahasa. Biarkan angin sepoi-sepoi bahasa yg menjawabnya. Fullstop!


Sekarang ini memang masa untuk aku menjadi kuat. Aku ni jenis yg susah nak share satu satu hal dengan orang lain. Andai aku mampu menyelesaikannya sendiri, akan aku cuba. Andai tidak tertahan, barulah aku membuka mulut. Namun, siapa yg akan faham kan ? Hidup aku ada misi, ada visi and visi serta misi aku bukannya untuk berKAHWIN satu2nya. Nope! Itu mungkin misi and visi aku yang berada pada tangga ke-3 atau ke-4 dalam hidup. Aku ada misi dan visi pertama dan ke-2 yg masih belum terlaksana. Namun, tak ada siapa pun yg peduli akan misi serta visi pertama dan kedua aku itu. Yang orang sekeliling tahu hanyalah menghukum ! Dan akulah yang dihukum itu. Bukannya aku tak nak, nak. Bohonglah kalau aku tak jealous dengan sepupu dengan teman-teman aku yg sudah berkahwin malah sudah ada anak sendiri. Aku nak, tetapi belum tiba masanya. Tafsiran aku pada diri ini, andai hati ini sudah bersedia 101%, barulah aku sanggup. Bukan aku nak menolak jodoh dari ALLAH, subhana Allah. takk ! Namun, lain orang lain cara jodohnya tiba, kan ? Aku tekadkan hati aku untuk percaya semua itu.


Sedih ? Memanglah sedih dengan mentaliti masyarakat sekarang. Macam yg aku katakan tadi, bila dah jadi trend, maka ianya akan berterusan begitu. Tidak mustahil suatu hari nanti ramai yg akan kahwin dalam umur belasan tahun. Jika fenomena ini berlaku pada 30 tahun / 40 tahun lepas, ye aku terpaksa akui yg ianya boleh diterima akal. Mak dan ayah kita dulu ramai yg kahwin awal, right? Mereka lain, bak kata, ilmu rumah tangga itu sudah hampir penuh di dada. Bagi aku, none ! Nak kata langsung takde, macam bohonglah pulak, kalau ada pun about 20% or maybe 30%. Aku pun not sure. Bayangkanlah, dengan ilmu rumah tangga yg seciput itu, bagaimana untuk memikul tanggungjawab dalam berumah tangga? Aku bukan bermaksud hendak menyukarkannya, bukan . Persoalannya di sini, bersediakah aku ?  Andai dikira dari metodologi matematiknya, untuk mencapai 101% itu, aku masih memerlukan 81% kan ? Banyak lagi lompang yang perlu aku penuhi. Mengertilah, janganlah menghukum sesuka hati.
Kadang-kadang apa yang tidak terluah itu bukannya ingin dirahsiakan, namun terpaksa melakukan sedemikian. Aku takkan uar2 pada dunia tentang misi dan visi utama aku. Pinta aku satu sahaja, fahamilah aku.

walau aku senyum bukan bererti aku selalu bahagia dalam hari
ada yang tak ada di hati ini, dijiwa ini hampa
ku bertemu sang adam di simpang hidupku
mungkin akan ada cerita cinta
namun ada saja cubaan hidup, seakan aku hina

tuhan berikanlah aku cinta
untuk temaniku dalam sepi
tangkap aku dalam terangmu
biarkanlah aku punya cinta ...;)

p/s : lirik lagu. Tuhan Beri Aku Cinta ost Ketika 
Cinta Bertasbih 

Jangan menghukum aku kerana aku yang kini. Aku bukannya kuat walaupun senyuman tidak pernah lekang di bibir, namun hati aku juga harus pandai di baca. ;)




2 comments:

rahsia hatiku said...

one of my peveret song... love it

MeyyaLee said...

hehe ! sama ! ;)