Wednesday, 26 June 2013

[LIFE] KRONOLOGI FINAL EXAM SEMESTAR 6

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH ! Syukur ke hadrat Allah SWT kerana aku telah berjaya menamatkan semestar 6 dengan jayanya. Pukul 5.15 petang tadi adalah detik bersejarah tersebut. Dengan berakhirnya paper last iaitu HGF227, maka berakhirnya kehidupan aku sebagai tahun3 di USM. In shaa Allah, panjang umur setahun lagi aku di sini.. ;)

Kronologi Final Exam aku di sini ;



#Gambar terkalih. Maap lah ye. hehehe


10Jun 2013 -First paper aku iaitu HSM318 (Seminar Sejarah Politik Malaysia). Susah aku nak berikan ulasan tentang soalan exam. Ada yang susah, dan ada yang aku boleh jawab. Walaupun aku boleh jawab, belum tentu lagi jawapan aku itu diterima oleh pensyarah kan? Apa2pun, aku hanya mampu mendoakan yang terbaek. Doakan agar dilembutkan hati pensyarah semasa menanda kertas peperiksaan aku. Aamin.


12Jun 2013- Second paper iaitu HST327 (Isu2 dalam Sej Awal Asia Tenggara). Soalan senang, iaitu hampir keseluruhan soalan keluar soalan tutorial. Tapi, mungkin expextation pensyarah terhadap jawapan kami juga adalah tinggi. Perasaan takut dan berdebar tetap ada. Walaupun boleh jawab, tapi belum tentu akan memperolehi markah yang tinggi. Harapan yang sama, iaitu tetap mendoakan yang terbaik dan biarlah pointer aku meningkat untuk semestar ini. 


14Jun 2013- Third paper iaitu HGG250 (Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar). Paper minor untuk semestar ini. Kebanyakan yang di baca keluar dalam soalan. Namun belum tentu itu adalah kehendak pemeriksa/pensyarah. Untuk paper ini aku perlu menjawab 3 bahagian untuk 3 orang pensyarah. Susah kan, apabila 3 orang pensyarah, pastilah kehendak itu adalah berbeza. Namun, biarkan kerana ia sudah berlalu. Doakan yang terbaik dan moga2 paper ini juga aku akan lulus !.

14Jun juga aku menduduki paper LKM400 (Bahasa Melayu IV). Jika HGG250 tadi aku duduki pada awal pagi iaitu jam 9, paper LKM400 ini pula berlangsung pada jam 3 petang. Pengalaman yang aku rasakan dalam dewan semasa menjawab LKM400 tidak pernah aku rasai sebelum ini. 2jam sahaja masa yang diperuntukkan untuk menjawab satu soalan esei, sepanjang 500-600 patah perkataan, dan mencari kesalahan tatabahasa untuk 10 soalan. Ringkas bukan, namun aku tak cukup masa. Soalan esei nya punyalah susah aku nak faham kehendak soalan. Baca soalan dan nak faham kehendak soalan itu sudah mengambil masa yg lama. sangat susah. Untuk mencari kesalahan tatabahasa dalam ayat juga amat susah. Mata kasar ini sukar untuk detect kesalahan pada ayat. perlu di baca berulang kali. 
Bayangkan, sepuluh minit sebelum masa tamat, 5 soalan untuk kesalahan tatabahasa itu aku belum salin. bayangkan 1 soalan mempunyai empat/lima baris. tangan ini bagaikan terkena parkinson. serius ! Memang sebelum ini aku tak pernah merasai pengalaman seperti tersebut. aku risau markah aku akan jatuh, aku gagahkan jua tangan aku menulis walaupun tangan aku ini seolah-olah kejang. sendi seakan2 tidak berfungsi. aku takut. jantung aku berdegup sangat pantas. susah aku nak describe. memang pengalaman pertama yang aku rasai sepanjang aku menduduki peperiksaan tidak kira di sekolah mahupun di universiti. 
Walau apa pun, aku tetap mendoakan yang terbaik. semoga lulus dengan cemerlang, walaupun hanya dua unit, tetapi moga dapat membantu menaikkan pointer. 

19Jun 2013- Second last paper iaitu PPG317 (Kaedah Mengajar Sejarah II). Tuhan sajalah yang tahu perasaan aku ketika aku membelek kertas soalan PPG317. Sangat susah. Ini bagi pendapat aku. Lain yang di spot, lain yang masuk. Ma shaa Allah, terkedu aku seketika di meja exam. Tak tahu nak fikir apa. Namun aku cuba tenangkan hati aku, mencuba sedaya upaya untuk merangka jawapan di kertas soalan. Kebanyakan kawan2 aku pun cakap, soalan PPG317 susah dan sangat susah. Semuanya mengeluh. Semoga carry mark dapat membantu untuk markah akhir nanti. 

26Jun 2013- Last paper and the most killer paper. Memang paper ini membunuh aku. HGF227 (iklim, cuaca dan biogeografi). Subhanallah, maha suci Allah ! Memang pembunuh. Aku tak tahu apa nasib aku. Jawab entah pape. Ambik nama saja jawab,entah betul entah tidak. Risaunya. T_T. Keluar daripada dewan, rasa macam nak nanges ja.. tapi kalau nanges pun, takkan boleh merubah apa2 kan?


The most killer paper ! #Wanted T_T
Walau apa pun, yang berlalu telah berlalu. Lets bygone be bygone ! Sedih, pedih, perit itu asam dalam menuntut ilmu. Yang pahit kita ingati agar menjadi teladan untuk masa hadapan. Hopefully, semestar depan aku akan lebih bersedia dan menjadi seorang mahasiswi yang rajin.. muehehe ~ ;)


 Tengs for reading my luvie !

Monday, 24 June 2013

[BAB 3] DIA ISTERIKU

ASSALAMUALAIKUM

-BAB3: DIA ISTERIKU-

Jom baca !



“Mama, abah, lepas makan kejap lagi, Zarif ingat nak balik rumah kejap. Nak ambil barang.” 

“Haa… eloklah tu. Boleh bawakan Lea sekali kenal dengan keluarga kamu.” Puan Mazni menambah. Lea Fatehah yang sedang asyik mengunyah nasi goreng di sebelah Zarif tersedak. Apa mama ni? Mengarut saja. Buat apa aku ke sana? Biarlah dia pergi sorang-sorang. 
 

Zarif cepat-cepat menghulurkan air kepada Lea. Lea menolak dan dia mencapai air oren di depannya. Puan Mazni dan Encik Mahfuz memerhati segala perilaku Lea. Mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Zarif pula mengeluh lemah. Ingatkan sudah lembut, tapi masih lagi berkeras. Sabar wahai hati. 

Usai sahaja sarapan pagi, Lea mengikut Zarif ke rumah kedua-dua ibu bapa mertuanya. Dia terpaksa kerana mama dan abah yang mendesak. Dia tidak mahu mengambil tahu dan tidak ingin pun ke sana. Dia kekok. Dia malu dengan keluarga Zarif. Dia malu dengan pernikahan ‘koboi’ mereka. Dia masih lagi tidak bersedia untuk berhadapan dengan keluarga Zarif. Tetapi dia terpaksa juga ke sana kerana desakan daripada Puan Mazni dan Encik Mahfuz.
 

“Senyap saja. Kenapa? Awak marahkan saya?” Zarif mula bersuara apabila kereta mereka sudah keluar dari kawasan perumahan Taman Bayu Pagi. Lea hanya menyepikan dirinya di sebelah Zarif. Dia malas untuk menjawab soalan Zarif. Perasaannya bercampur baur. Dia risaukan penerimaan keluarga Zarif. Dia takut dan tidak bersedia untuk ke sana. 

Zarif yang sedia maklum dengan reaksi Lea hanya mampu menjongketkan bahu. Dia tahu ada sesuatu yang Lea fikirkan. Dia tidak mahu mendesak Lea lagi. Biarlah Lea menenangkan dirinya sendiri. 


“Lea, turunlah. Kita dah sampai ni.” Lea tersedar dari lamunannya. Lama sungguh dia mengelamun. Entah apa yang dia fikirkan. Dia sendiri tidak tahu. Lea memandang sekeliling, melihat rumah banglo mewah milik keluarga Zarif tersergam indah. Cantik dan besar. Anak orang kayakah dia? Aku tak tahu! Hebatkan, suami sendiri pun aku tak kenal. Aku hanya kenal namanya, Zarif Haikal! 

Lea keluar dari kereta. Zarif sudah mula menghayunkan langkahnya ke dalam rumah. Lea masih lagi ragu-ragu sama ada mahu terus ke dalam atau menunggu sahaja di luar. Akhirnya, kakinya melangkah mengikut rentak langkah Zarif. 

“Assalamualaikum.” Zarif memberi salam kepada seisi rumah. Dia memulas tombol pintu rumahnya. Lea di belakang hanya mengekori sahaja langkah Zarif. Sunyi sepi rumah itu. Rumah yang sangat cantik, dengan konsep tradisional. Perabot-perabot dari kayu jati menghiasi ruang tamu. Susunannya yang tersusun dan ringkas itu menarik mata Lea Fatehah untuk menyelongkar segenap ruang tamu rumah keluarga Zarif. Dia meneliti setiap gambar yang digantung pada dinding. Gambar keluarga Zarif barangkali. Semuanya cantik tersusun. Melambangkan keperibadian pemilik banglo mewah ini. 


“Along! Kenapa tak telefon dulu sebelum balik ke sini?” Mama Zarif menghampiri mereka. Puan Salima menyambut baik kedatangan anak dan menantunya. Zarif menghampiri Puan Salima dan menyalami tangan Puan Salima. Lea hanya menurut. Dia kenal dengan Puan Salima buat pertama kalinya pada majlis perkahwinan mereka semalam. Wanita yang berusia pertengahan 50-an itu sangat cantik dan masih lagi bergaya. Sama macam mama. 

“Menantu mama pun ada. Duduklah.” Puan Salima menarik tangan Lea lembut ke kerusi di ruang tamu. Zarif tidak ikut serta, tetapi melangkah kakinya ke arah dapur. Mungkin.
 

“Imani mana ma? Sunyi saja rumah ni.” Zarif bersuara dari dapur. Ya, memang dia ke dapur kerana pada ketika itu dia keluar dengan segelas air di tangannya. 

“Macamlah kamu tak kenal perangai Imani tu. Kalau matahari tidak berdiri tegak di atas kepala dia, memang takkan bangun budak tu.” Puan Salima menjawab. Lea hanya diam membisu di sebelah Puan Salima. Zarif mengambil tempat di hadapan mereka.

“Papa pulak ke mana? Takkanlah hari-hari cuti macam ni hayun kayu golf juga ma?” Zarif bertanya lagi.

“Papa kamu, kalau tak pegang kayu golf, memang akan demam.” Puan Salima menjawab laju. Lea tersenyum halus. Barangkali lucu mendengar jawapan Puan Salima.

“Dah, kamu duduk, borak-borak dulu. Mama pergi dapur, buatkan air. Duduk ya Lea. Buat macam rumah sendiri.” Puan Salima berlalu pergi ke dapur. Maka tinggallah Lea dan Zarif di ruang tamu berdua.


“Awak okay ke tak ni?” Zarif bertanya pada Lea. Gelas di tangan diletakkan di atas meja kopi di sebelahnya. Dia menumpukan perhatian kepada Lea Fatehah.

“Hmmm.. okay.” Jawab Lea perlahan. Dia masih ragu-ragu. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia tahu, dia kaku sahaja di situ. 

“Tapi, saya nampak awak macam tak okay. Awak tak selesa kat sini?” Zarif menelah lagi. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Lea.

“Eh tak la. Saya okay saja. Saya selesa kat sini.” Lea menjawab untuk sedapkan hati Zarif. Lea cuba mengelak untuk bertentang mata dengan Zarif, dia tahu Zarif sedang memerhatikan dia. 

“Lea, saya tahu saya tak berhak pun untuk campur masalah awak. Tapi, kalau ada sesuatu yang awak nak berkongsi dengan saya, saya sudi mendengarnya. Itu pun kalau awak sudi.” Zarif bertanya dengan suara yang perlahan. Dia bimbang pertanyaannya itu akan didengari oleh Puan Salima. 


“Tak ada apa-apalah Zarif. Saya okay saja. Awak tak payahlah nak risau sangat. Kalau saya ada masalah sekalipun, itu masalah saya, bukan masalah awak!” Lea menjawab laju sebelum dia bangun dan berjalan keluar ke halaman rumah. Sebelum dia masuk ke rumah mertuanya tadi, dia ada melihat satu taman kecil di sudut halaman rumah itu. Dia ingin menenangkan dirinya di situ. Dia rimas dengan soalan Zarif. Dia tidak ada jawapan untuk semua soalan Zarif itu. 

Bercampur baur perasaannya ketika itu. Lea memikirkan kenapa semua  orang melayannya dengan baik. Mama Salima melayannya dengan baik. Kenapa? Mama Salima boleh menerima aku sebagai menantunya? Betulkah? Aku kan seolah-olah dipaksa untuk berkahwin dengan Zarif. Itu pun kerana ditangkap khalwat. Tetapi takkan mama Salima boleh menerima dengan hati yang terbuka tanpa menyalahkan aku sedikit pun. Itulah pertanyaan-pertanyaan yang sedang bermain dalam fikiran Lea Fatehah. Mereka menerima aku dengan begitu mudah, tanpa perasaan marah. Kenapa? 
 

Zarif keluar mengintai Lea di taman. Dia sendiri tidak tahu apa yang Lea fikirkan. Dia buntu. Cuba ditanya, tapi tidak mahu bercerita. Dia risau, andai dia mendesak, Lea akan memberontak. Akhirnya, dia biarkan sahaja. 

Lea terlalu sangat memikirkan penerimaan keluarga mertuanya. Dia risau andai dia menjadi penyebab kepada keruntuhan kebahagiaan keluarga mereka. Siapa perempuan di dalam telefon Zarif yang aku tengok pagi tadi? Semacam akrab hubungan mereka? Isterinya kah? Ya Allah, kenapa terlalu banyak persoalan yang belum terjawab. Lea Fatehah masih berteka-teki dengan hatinya. Hendak ditanya kepada Zarif dia malu, akhirnya dipendamkan begitu sahaja.
 

“Hah, yang kamu ni Zarif duk mengintai bini sendiri tu kenapa? Dah tak ada kerja lain?” Puan Salima menyergah Zarif Haikal dari belakang. 

“Along tengok Lea tu macam ada masalah je ma. Along dah tanya, tapi dia tak nak pula bercerita dengan along. Along pun buntu lah ma. Kadang-kadang along tengok dia macam boleh terima saja perkahwinan ni, tetapi kadang-kadang macam tak boleh pula. Mama tengoklah dia sekarang, asyik termenung saja.” Zarif mengadu pada Puan Salima. Dia bingung dengan sikap dan perangai isterinya.

“Kamu kena bagi masa dekat Lea. Mungkin dia tengah berserabut sekarang. Kalau mama pun mama tak boleh terima kenyataan itu dengan mudah. Bayangkanlah, bulan lepas dia masih lagi menjadi anak manja pada ibu bapa dia, tapi bulan ni dia dah jadi isteri kamu. Kamu kenalah cuba bercakap dengan dia perlahan-lahan. Mama yakin along boleh. Okay?” Puan Salima menepuk lembut bahu anak lelakinya.

Puan Salima dan keluarga tidak pernah menyalahkan Zarif mahupun Lea kerana peristiwa ditangkap khalwat itu. Mereka masing-masing kenal anak masing-masing. Hanya Allah sajalah yang tahu segala apa yang tersurat dan tersirat. Mungkin jodoh mereka ditemukan dengan cara yang sedemikian.
“Lea, jom masuk ke dalam. Mama dah siap buatkan air tu.” Zarif menepuk lembut bahu Lea. Lea melepaskan keluhan berat. Dia terlalu berserabut. Dia bingung. Kenapa Zarif boleh menerima dia tanpa apa-apa curiga dan pertanyaan? Begitu juga dengan mama Salima. Kenapa dengan mereka semua? Adakah mereka sudah melupakan peristiwa sebulan lepas? Begitu cepat? Ahhh, aku bingung! 

“Lea, kan saya dah pesan kalau awak ada masalah awak boleh berkongsi dengan saya. Saya sudi mendengarnya. Kalau awak tak nak ataupun malu untuk bercerita dengan saya sebagai suami awak, awak boleh menganggap saya sebagai kawan awak. Please Lea. Saya risau tengok awak macam ni.” Zarif berterusan memujuk Lea Fatehah. Zarif sendiri buntu apabila memikirkan perangai Lea yang cepat sejuk dan cepat panas ini.


“Tak ada apa-apa. Jomlah masuk.” Lea cuba mengelak soalan Zarif. Dia belum bersedia untuk berkongsi dengan Zarif.

-----
 
“Awak tak kisahkan kalau malam ni, kita bermalam kat sini. Bukan apa, mama itu yang beria-ia sangat nak awak tidur kat sini.” Zarif bertanya kepada Lea semasa mereka sama-sama sedang melepak di taman mini di halaman rumah. Mamanya ke pasar untuk membeli barang dapur. 

“Tapi, saya tak bawak sehelai baju pun ke sini. Saya datang sehelai sepinggang saja ni.” Lea menjawab.
 

“Takpe, baju Imani tu banyak. Awak boleh saja pakai baju dia.” Zarif memberi cadangan. Lea hanya menganggukkan kepala perlahan. Ingin membantah, takut Zarif makan hati. Dia mengiakan sahaja pertanyaan Zarif. 

“Along! Bila datang sini?” Seorang gadis sebaya dengan Lea merapati mereka. 

“Mekni busuk. Dah bangun pun. Ingatkan tak nak bangun dah.” Gadis itu merapati mereka dan menyalami Zarif, Zarif menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Memeluk rapat. Mungkin ini Imani, adik kepada Zarif. Lea keliru dan ingat-ingat lupa akan wajah Imani. Apa yang pasti, dia pernah melihat wajah gadis cantik ini pada masjlis akad nikahnya semalam. 



“Kak Lea, dah lama sampai?” Imani menyalami Lea pula. Lea memerhati Imani di hadapannya. Sungguh cantik, mewarisi kecantikan mama Salima. 

“Baru saja.” Lea menjawab pendek. Imani mengambil tempat di sebelahnya.

“Awak dah kenalkan, inilah adik saya. Satu-satunya adik yang saya ada, dan satu-satunya musuh saya. Zara Imani.” Zarif memperkenalkan Imani secara rasminya kepada Lea. Lea mengukir senyuman. Oh, adik Zarif rupanya. Patutlah aku pernah melihat paras rupa gadis cantik ini. Di majlis perkahwinanku, mungkin… atau di dalam telefon bimbit Zarif yang lebih tepat lagi. Ma shaa Allah, aku dah tersalah sangka. Aku ingatkan gambar perempuan di dalam telefon Zarif itu adalah isterinya. Aku silap! Nasib baik aku tidak bertanya kepada Zarif, kalau tidak pasti akan menanggung malu untuk kali kedua. 

Imani dan Zarif terlalu rapat dan mesra. Tidak sama seperti dia dan Najmi Imran. Akhirnya Lea tersenyum sendiri. 

“Ni kenapa pula senyum sorang-sorang?” Terdengar suara Zarif menyapa gegendang telinga Lea.

Lea menggelengkan kepala. Imani di sebelahnya sudah menghilang. Sudah masuk ke dalam rumah barangkali. 

“Lea Fatehah. Tindakan awak terlalu banyak meninggalkan tanda tanya dalam kepala saya ni.” Zarif tersenyum pahit. Dia seakan-akan tidak boleh mengikut rentak Lea yang terlalu banyak berahsia.



:to be continue:

Tengs for reading my luvie ! :)