Wednesday, 27 November 2013

LIKU ITU BUKAN PILIHAN SESIAPA



Tiada siapa mahukan "LIKU" hadir sebagai salah satu pilihan di dalam hidup. Namun, apa daya kita ? Setiap manusia takkan pernah sunyi daripada masalah dan halangan dalam meneruskan kehidupan. Nak atau tak nak kita kena jua menghadapinya dengan ikhlas.

IKHLAS ? Teringat aku akan satu cerita : KIAMAT SUDAH DEKAT. Ceritanya ;
Fandy benar-benarkan inginkan anak Pak Kiyai (aku dah lupa namanya), namun nak dibandingkan Fandy dengan anak Pak Kiyai amatlah jauh berbeza. Bagai langit dengan bumi. Fandy hanyalah lelaki biasa yg hidupnya penuh dengan aktiviti "sosial", manakala anak Pak Kiyai ini digambarkan wataknya sebagai seorang muslimah. Namun, hati Fandy tetap inginkannya. Macam-macam usaha dilakukan olehnya, sehinggakan Pak Kiyai menyatakan kepadanya "kamu haruslah memiliki ilmu IKHLAS". Fandy daripada "kosong" tentang ilmu agama, lama kelamaan dia memperoleh ilmu itu sedikit demi sedikit.

Fandy berusaha bersungguh-sungguh ingin memiliki IKHLAS. Tapi bagaimana? IKHLAS itu bukan manusia yang boleh mendengar ajakan kita. IKHLAS itu juga bukan HAIWAN belaan seperti kucing yang akan menganggap kita sebagai tuannya. Tidak ! Macam-macam cara dilakukan oleh Fandy. Kalau cikra ditempat beliau akan sama macam beliau, blur .. xtahu apa nak buat. Macam mana nak boleh IKHLAS tu? Boleh dibeli di kedai kah ? atau boleh didapati di mana-mana ceruk. Digambarkan dalam salah satu babak cerita itu, Fandy ketemu sama satu signboard masjid yang tertulis "IKHLAS" dan dia mengambil signboard itu untuk dibawa pulang dan ditunjukkan kepada Pak Kiyai sebagai tanda dia beroleh IKHLAS itu, namun Pak Kiyai menggeleng.

Terbukti kan dear? IKHLAS itu bukan mudah. Perlu lahir dari lubuk hati yg paling dalam.
Sehinggakan satu tahap, dia berserah segala-galanya pada Pak Kiyai untuk memutuskan siapa pilihan jodoh Pak Kiyai untuk anak solehahnya. Dan, di situlah hadirnya IKHLAS itu. Tanpa dipaksa. Fandy tetap berusaha walaupun di mata kita dia tidak mungkin diterima sebagai menantu oleh Pak Kiyai.

Iktibar : Cikra melihat ia sebagai satu pengajaran hidup yg amat bermakna.
1- Takkan ada jalan yg senang untuk kita senang, dan kita PASTI akan menempuhi jalan yg susah dan berliku dahulu untuk senang
2- Walaupun penuh dengan liku, USAHA dan TAWAKAL sehinggalah kita memiliki IKHLAS itu amat penting
3- Jodoh pertemuan di tangan ALLAH. Jika A jodoh kita, maka A lah ;)


p/s : susah cikra nak meng"ikhlas" kan diri terhadap sesuatu keputusan. masih perlu banyak belajar untuk menguasai IKHLAS itu ;)

Monday, 25 November 2013

JALAN HIDUP


Sejak akhir-akhir ini, sering saja kawan cikra inbox minta pendapat dan nasihat mengenai "perjalanan" cinta mereka. Kadang-kadang cikra berfikir sejenak, layakkah aku untuk menasihati mereka? sedangkan diri cikra sendiri pun belum tahu kesudahannya bagaimana. Tapi, takpe, selaku kawan, walaupun tidak boleh menyelesaikan masalah kawan2, cukuplah menjadi pendengar yg terbaek. :)

Cikra faham dan mengerti apa yang mereka sedang alami ketika ini. Mungkin mereka merasa selesa untuk berkongsi dengan cikra. Jadi, tak ada salahnya cikra meminjam telinga sekejap untuk mendengar luahan mereka.

Menyentuh soal perjalanan hidup, especially soal jodoh dan kahwin ini. Ia mampu membuatkan cikra merasa gelisah yg amat sangat. kenapa? Mungkin kerana dihambat usia. Ye, mungkin. Walhal baru awal 20-an. Masih terasa muda sebenarnya, namun disebabkan semakin banyak bisik-bisik di telinga bertanya itu dan ini, maka hati ini seolah-olah meronta dalam diam. Tapi, meronta untuk siapa dan bagaimana ? Usaha, sudah ! Cikra sudah berusaha. Namun, cikra mengerti aturan Allah itu adalah sebaik-baik aturan ;)


Kita tidak tahu aturan Allah itu bagaimana. Apa yang berada dalam fikiran kita ini adalah aturan kita tentang perjalanan hidup kita sendiri. Mungkin disebabkan desakan hidup. Maka akan lahirlah satu "buah fikiran" yang menyatakan dia adalah terbaik untuk kita. Namun, kita lupa itu adalah aturan kita. Hanya mampu tercapai dek akal kita. Hanya dia yang kita nampak. Mungkin juga jodoh kita yang ditetapkan oleh Allah adalah seseorang yang akan kita kenali minggu depan, bulan depan atau hari-hari selepas ini. Itu semua tidak berada dalam capaian akal kita kan ?

Oleh itu, cikra hanya mampu tersenyum sahaja andai bisik-bisik itu kedengaran lagi. Nak saja cikra laungkan pada seluruh dunia bahawa mencari seorang bakal imam itu bukanlah mudah seperti memilih baju di kedai. Walhal, nak memilih sehelai baju pun kita perlu memilih secara berhati-hati. Jahitannya, jenamanya dan macam-macam lagi. Itu baju, yang mana akan bertukar untuk sehari ke sehari, inikan pula soal bakal imam yang akan membimbing kita di jalan yang diredhai Allah. Maka, tentulah memerlukan masa yang lebih lama kan ?

#peace ! :)



Friday, 15 November 2013

Keburukan Tidur selepas Asar












credit to karikatur.. lukisan yg memberi seribu makna ;)



Keburukan tidur lewat petang/selepas asar :

1- gangguan emosi/mingung/gangguan jiwa
badan jadi lemah,malas, rasa lenguh-lenguh, bangun dengan mamai-mamai, emosi pun terganggu. CONTOHnya seperti karikatur di atas. hahaha ! Pengalaman sewaktu zaman sekolah beberapa tahun lepas. Balik sekolah kan penat, tak sempat tukar baju sekolah dah terus tidur. Bila bangun saja jadi macam gambar di atas la.. bhahaha ! Mulalah meronta-ronta, meraung-raung cakap dengan mak yang kita dah lewat ke sekolah. Walhal, kita yang tidur petang .

2- Muka akan sembab
Kalau anda perasan, memang muka akan sembab, hilang cahaya pada wajah dan juga boleh mendatangkan lemah syahwat. ;)Kalau tak percaya, esok cuba tidur selepas waktu asar. kahkah.

p/s : xnak dah tidur lepas asar. memang mamai tahap terok nih. nak mulakan esemen balik pun susah. help me !!!

Wednesday, 13 November 2013

MOVIE - CINTA SUCI ZAHRANA


Hye dear ! Movie time. Kali ini cikra nak review satu lagi cerita. Berbeda dengan yg sebelomnya. ecewah ! Ngomong indon pulak. hehehehe. Cinta Suci Zahrana itulah tajuk ceritanya ;) Salah satu karya indonesia dan bagi cikra it's one of the superb islamic movie. Jika sebelum ini kita semua memang terpaku dek cerita Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dll and now jomlah kita sama2 nonton cerita ini pula. ;)

Cerita ini telah ditayangkan pada 15 Ogos 2012. Oh, dah lama rupanya. boo cikra, booo ! lambat betol. hahaha! tapi nak buat macam mana, baru tahu and baru berkesempatan nak nonton. Ini adalah salah sebuah karya yang diarahkan oleh Chaerul Umam dan diadaptasi dari best seller Habiburrahman El Shirazy. Actually, sejak cikra menonton Ketika Cinta Bertasbih I&II, cikra mula kagum dengan karya2 Habiburrahman El Shirazy ini. Mantap ;) thumbs up !

Cerita ini di barisi dengan barisan pelakon2 yg hebat bagi cikra, one of them is Meyda Sefira.  Cikra suka dia. Even dia mempunyai pendidikan tinggi, and she's engineer okay, but tetap memilih jalan untuk menjadi anak seni and berlakon dalam filem2 islamik. ;) tabik arh dekat dia. Sejuk mata memandang kan ?

Okay, now kita beralih pada latar belakang ceritanya ;
Mengisahkan seorang wanita yang berpendidikan dan bekerja serta dianugerahi dengan macam2 anugerah di atas kejayaannya, namun satu sahaja yang tidak ada dan menjadikan hidupnya tidak lengkap, iaitu suami di sisi. Wanita itu diberi nama Dewi Zahrana (Meyda Sefira). Menghadapi banyak dugaan sepanjang bergelar anak dara, malah beliau ditomah dan dikeji oleh masyarakat sekeliling kerana lewat berkahwin. 

Dan disebabkan dihimpit oleh kehendak dan permintaan ayahnya untuk melihat beliau bersuami, maka diusahakan dengan meminta tolong daripada pak kiyai di satu pesantren untuk membantu. Lalu, dikenalkanlah beliau kepada seorang pemuda iaitu Rahmat (Kholidi Asadil Alam). Rahmat merupakan bekasan ahli pesantren dan walaupun tidak berpendidikan tinggi namun ilmu agamanya diyakini oleh Zahrana. Bila mengikuti sesi taaruf dan perkenalan, maka ditetapkanlah keputusan untuk berkahwin apabila hati masing2 boleh menerima antara satu sama lain.

Namun, satu peristiwa yang tidak dijangka berlaku. Bagaimanakah dengan nasib Zahrana? Dapatkah dia berkahwin dengan Rahmat? Atau ada sesuatu yang menyebabkan jodoh mereka terhalang? Dan siapa pula Hassan (Miller) dalam hidup Zahrana? 

Jom sahabat. Kita sama2 menonton cerita ini. Banyak saat input2 berguna yang dapat kita perolehi.Cikra suka tengok cerita ini dan boleh dikatakan bahawa sedikit sebanyak perjalanan Cinta Suci Zahrana ada kaitan dengan diri ku ini. hehehehe ;)

And memperkenalkan Miller anak kelahiran Malaysia. Asal Johor kalau tak silap Cikra. dah rezeki dia ada di Indonesia kan? Alhamdulillah. banyak giloss muka2 dia terpampang pada sinetron2 Indon and salah satunya adalah Cinta dan Anugerah. Cikra baru perasan. hahaha ;)

Btw. selamat menonton eh. Nanti ada cerita yg menarik, cikra akan kongsikan lagi. Bai2 ~,~

Friday, 8 November 2013

MOVIE- MIRACLE IN CELL NO.7


Now, time untuk review movie! Actually cerita ini dah lama ditayangkan, namun semalam baru cikra berkesempatan untuk menonton. One of an awesome movie  ! cikra bagi five star. ;) Kalau you all tak percaya, boleh tengoknya sendiri then baru boleh judge cerita ni best or tak? ;)

Miracle in cell no.7 ni salah sebuah cerita Hangul a.k.a Korea. Ramai yg salah paham, katakan yang apalah korang ni, dah nak jadi k-popers sangat ke? takkk ! ini adalah sebuah cerita yg terbaik bagi cikra. tak bias gara-gara cikra is one of the k-pop lover. tapi, silaplah kalau orang judge the book by its cover. kena selidik dululah kan, apa kandungan cerita ni.
And peringatan untuk orang2 yang berhati lembut and agak sensitif, sila sediakan tisu dalam kuantiti yg banyak. hihihi. sebab akan ada banyak scene yg akan menyentuh hati kamu semua. ;))


Latar belakang cerita ;

Ini cerita komedi and berlatar belakang nilai kekeluargaan and lebih lanjut lagi, kasih seorang ayah pada anak, and kasih seorang anak pada ayah. Ayahnya menghadapi masalah mental dan dituduh membunuh seorang kanak-kanak tanpa usul periksa. Akhirnya dia dipenjarakan. Tapi, dia bernasib baik kerana kawan2 dalam cell means cell no.7 tu baik and sanggup tolong dia untuk pertemukan dengan anaknya.

Yesung, anak cerdik yang berumur 6 tahun dan sangat2 menyayangi ayahnya sanggup melakukan apa saja untuk berjumapa dengan ayahnya. Saksikan telatah lucu mereka semasa kalut"menyembunyikan" Yesung dari pengetahuan warden penjara. Dan saksikan lebih lanjut juga untuk mengetahui nasib si ayah.. dan bagaimana pula dengan Yesung? Adakah dia akan terus berada di rumah anak yatim? atau ada pemilik hati yang murni dan sanggup menjaga anak cerdik ini ? dan bagaimanakah kebenaran di sebalik pertuduhan itu? adakah si ayah benar2 membunuh dan merogol kanak-kanak perempuan itu ? saksikan kesudahannya okay? Cikra tak nak bercerita lebih lanjut.. hehehehe

Sehingga ketemu lagi ;)


Monday, 4 November 2013

Pengalaman satu hari di sekolah versi gambar












walaupun pahit terasa, namun tanpa permulaan takkan ada pengakhiran.

#Rindu adik2 SMK .... :)