Zarif
membatalkan hasrat untuk bermalam di Pulau Pangkor. Dia sempat menaiki feri
terakhir dari Pulau Pangkor ke Lumut. Dia risaukan Lea di rumah. Malam itu juga
dia memandu pulang ke rumah.
Pukul
3 pagi Zarif tiba di depan rumah mentuanya. Dia segera mencapai telefon
bimbitnya dalam kocek jeans dan terus mendail nombor Lea Fatehah.
“Hmmmm…”
terdengar suara mamai Lea di hujung talian. Zarif tergelak kecil.
“Sayang,
buka pintu. Abang ada depan rumah sayang ni.”
“What?” Lea yang masih mamai segera
bangun dan menyelak langsir biliknya. Betul. Zarif berada di depan rumahnya. Ya
Allah, apa kenalah dengan laki aku ni? Bukan tadi dia kata nak bermalam kat
Pulau Pangkor ke?
“Haa…
kejap. Lea.. Lea turun sekarang.” Lea segera mencampakkan telefon atas katil
dan terkocoh-kocoh lari keluar dari bilik. Rambutnya yang kusut masai itu
diikat tinggi dengan getah rambut.
“Apa
abang buat kat sini?” Lea menyalami Zarif. Dia menguap tahan ngantuk. Zarif
cepat-cepat menutup mulut Lea. Menyedari tangan Zarif di mulutnya, Lea menolak
lembut.
“Abang
tak jadi bermalam kat sana. Sorry,
kacau Lea tidur.”
“Hmmm,
jomlah masuk. Kalau mama dengan abah tahu ni, mesti dia ingat ada orang nak
pecah masuk rumah dorang. Pagi-pagi macam ni datang rumah.”
“Alah,
kalau orang nak mencuri, tak ada maknanya dia telefon dulu. Redah macam tu ja.”
Zarif menjawab balik.
“Loyar buruk pula dia.” Lea sempat lagi
membalas balik. Kaki mereka dihayun ke bilik Lea.
“Abang
nak mandi dulu ke? Lea ambilkan tuala dan baju.” Zarif mengangguk mendengar
pertanyaan Lea. Pantas Lea menghalakan kakinya ke arah almari dan mengeluarkan
sehelai tuala beserta sehelai t-shirt pagoda dan sarung pelikat. Itu sahaja
yang ada. Pakai jelah Encik Zarif oi. Siapa suruh buat lawatan mengejut?
Sementara
menunggu Zarif mandi, Lea baring semula di atas katil. Jam kecil di meja
sebelah katil ditenung, "ahhh pukul 4 pagi. Nekad betul dia ni nak balik ke
sini. Memang tak boleh dijangka perangai si Zarif".
Selesai
mandi, Zarif mendapati Lea sudah kembali nyenyak. Pantang jumpa bantal betul si
Lea ni. Zarif memanjat perlahan ke atas katil dan membaringkan tubuhnya di sebelah
Lea. Kedudukan mereka hanya dipisahkan oleh bantal peluk ditengah-tengah
sahaja. Dia meneliti wajah isterinya di sebelah. Ubun-ubun Lea dicium lembut.
Abang sayang Lea. Tolong abang untuk hapuskan perasaan sayang pada Alia
Najihah. Tolong ya sayang. Zarif berkata-kata dalam hati. Wajah polos Lea
dipandang lagi. Mata Zarif lama kelamaan layu dan akhirnya tertutup.
----
“Lea!”
Terdengar suara Puan Mazni dari luar. Pintu bilik diketuk.
“Lea!
Bangun sayang. Waktu subuh dah nak habis ni.” Puan Mazni mengetuk pintu bilik
lagi. Dia tahu benar dengan perangai puteri bongsunya yang liat untuk bangun
tidur.
“Ye
maa..” Lea melaung dari dalam bilik. Perlahan-lahan matanya dibuka. Dia melihat
Zarif masih nyenyak di sebelah. Letih benar suaminya. Lea bingkas bangun
perlahan. Jam kecil di sebelah dikerling. 6.30 pagi.
Dia
berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai berpakaian lengkap, Lea
keluar ke bilik. Dia melihat Zarif masih lagi nyenyak. Biar betul mamat ni? Lea
bergerak ke sisi Zarif dan melabuhkan punggungnya di sisi. Dia melihat Zarif
menghela nafas lambat-lambat.
Kenapa
awak terlampau baik melayan saya? Apa alasan yang boleh saya berikan nanti
untuk melepaskan awak? Zarif, you make me
crazy.
“Bang..”
Lea menggongcang lembut lengan suaminya. Panas. Demam ke? Tangannya cepat
meraba dahi dan leher suaminya. Ya Allah. Panas sangat ni. Zarif demam.
“Bang….”
Sekali lagi Lea menggoncang lembut lengan suaminya. Lambat-lambat Zarif membuka
mata.
“Hmmmm…”
“Bangun
bang. Solat dulu.”
“Kepala
abang sakit sangat ni.” Zarif memicit-micit kepalanya kuat. Lea menolak tangan
Zarif di kepala dan digantikan dengan tangannya memicit kepala Zarif. Zarif
menutup matanya lagi.
“Awak
tak sihat ni. Demam.” Lea memberitahu. “Awak bangun mandi, solat subuh dulu.
Lepastu sambung tidur balik. Okay?” Lea berkata lagi. Tangannya masih memicit
kepala Zarif. Zarif yang merasa enak diperlakukan sebegitu membiarkan sahaja.
“Abang…”
Lea memanggil lagi apabila dilihat Zarif kembali menutup matanya. Mendengar
panggilan Lea, Zarif membuka matanya kembali.
“Jom..
Lea pimpin ke bilik air.” Lea menarik lengan Zarif supaya mengikutnya berdiri.
Selimut tebal yang menyelimuti tubuh Zarif dirungkai. Lambat-lambat kaki Zarif
berdiri dan mengikut Lea ke bilik air.
“Abang
mandi dulu. Nanti ada apa-apa bagitahu Lea. Okay?” Zarif mengangguk sahaja
mendengar arahan Lea.
Sementara
menunggu Zarif mandi. Lea keluar dari bilik dan menuju ke bilik abangnya,
Najmi.
“Abang.
Abang kat dalam ke? Boleh Lea masuk?” Lea mengetuk pintu bilik abangnya.
“Kenapa
Lea?” Puan Mazni yang kebetulan sedang memanjat tangga untuk ke tingkat atas
menegur Lea.
“Abang
ada dalam bilik tak ma? Lea nak pinjam baju dia. Zarif ada kat sini. Awal pagi
tadi dia sampai.”
“Zarif
ada kat sini? Patutlah mama tengok ada kereta dia kat luar tu. Hmmm, abang
keluar jogging. Lea masuk jelah.” Puan Mazni memberitahu lalu meninggalkan Lea.
Lea melangkah masuk ke dalam bilik abangnya. Kaki dihalakan ke arah almari.
Sehelai t-shirt tanpa kolar dan seluar Bermuda di capai. Kemudian, dia melangkah
keluar semula ke biliknya.
“Abang
dah siap mandi?” Lea bertanya setelah melihat Zarif duduk di birai katil. “Dah
solat?” Lea bertanya lagi tanpa menunggu jawapan dari Zarif. Dilihat Zarif
masih memakai baju semalam bersama kain pelikat.
“Dah.
Lea dah solat?” Zarif tanya berbasi. Matanya yang seakan mahu tertutup itu
ditahan.
“Lea
cuti. Nah, ambil baju ni. Lea pinjam baju abang Naj.” Lea menghulurkan baju dan
seluar kepada Zarif. Zarif menyambut malas. Dia segera menyarungkan seluar dan
menanggalkan baju pagoda yang dipakai serta menyarungkan t-shirt tanpa kolar ke
tubuhnya. Sepantas kilat.
“Abang
okay tak ni?” Lea bertanya lagi.
Zarif
menggelengkan kepala. Lea tahu, Zarif tak okay. Melihatkan keadaannya yang lesu
dan matanya yang sedikit merah itu.
“Abang
baringlah. Kejap lagi Lea bawa naik bubur.” Lea menepuk-nepuk bantal dan
menyuruh Zarif berbaring di situ. Setelah menyelimutkan Zarif hingga ke paras
dada, Lea berkira-kira menghalakan kakinya keluar dari bilik.
“Lea…”
Zarif menarik tangan Lea perlahan dan membuatkan langkah Lea terhenti.
“Hmmm..
kenapa?” Tanya Lea setelah mengadap Zarif.
“Picit
kepala abang, boleh tak?” Pinta Zarif. Lea tersenyum kecil. Gampang saja
permintaan itu. Tanpa menunggu lama, dia melabuhkan duduknya di sisi Zarif. Dan
jari jemarinya memicit kepala Zarif lembut.
“Thanks, sayang.” Zarif berkata lagi
dengan mata yang sudah tertutup. Lea hanya mengangguk.
Setelah Zarif terlena
dan kedengaran dengkuran halus, Lea bangun dan turun ke bawah.
“Kereta
Zarif kan kat luar tu?” Najmi bertanyakan kepada Lea.
“Ha’a
bang. Dia datang sini awal pagi tadi.
Balik dari Pangkor, terus ke sini.” Lea menjawab sambil membantu mamanya
menyusun pinggan di meja makan.
“Mana
dia?” Najmi bertanya lagi.
“Ada
kat atas. Demam. Panas sangat tubuh dia. Nak buat apa ya ma?” Lea menjawab
soalan Najmi dan sempat juga bertanya kepada mamanya.
“Bawa
jelah dia pergi klinik.” Puan Mazni memberikan cadangan. Dia yang sedang
menyenduk nasi goreng ke dalam pinggang memandang Lea yang sedang menuang teh
panas dalam cawan.
“Risau
sangat suami dia tu ma..” Najmi menyampuk. Dia tersengih memandang Lea dan Puan
Mazni.
“Apa
abang ni. Zarif kan suami Lea. Masa Lea sakit hari tu dia jagakan, sekarang ni
Lea lah pulak yang kena jaga dia.” Lea membalas. Dia tidak mahu kalah dengan
Najmi Imran.
“Hmmm
yelah tuan puteri.” Najmi menjawab dan mengusap lembut kepala adiknya.
“Yang
abang tu, bila nak kahwin?” Tanya Lea pada abangnya. Dia tahu, Najmi masih
mengharapkan kak Sofea.
“Lea
tolonglah kenalkan kawan Lea dengan abang. Boleh?” Najmi tergelak dengan
kata-katanya sendiri.
“Entahlah
Lea. Puas dah mama kenalkan dengan anak kawan mama, tapi abang kamu ni buat derk je. Sakit hati mama. Biarlah dia
cari sendiri. Taste meninggi.” Puan
Mazni menyampuk.
“Sampai
masanya nanti Naj kahwin jugak ma. Biarlah Naj stabil dulu.” Najwi menjawab slumber. Bukan Puan Mazni tidak kenal
dengan anak terunanya itu.
“Nak
stabil apa lagi. Duit tu tak tahu nak salurkan ke mana dah. Kahwinlah
cepat-cepat Naj. Mama dengan abah teringin nak timang cucu.” Puan Mazni
menjawab lagi.
“Ish,
ma ni minta dengan orang yang salah. Mintalah dengan Lea. Naj kan tak kahwin
lagi. Bukan tak nak, tapi In shaa Allah, lepas ni.” Najmi menyambung.
“Apa
pulak Lea. Lea takde kena mengena dalam hal ni okay?” Lea mencebik. Dia menelan
liur lambat. Anak? Anak kepada Zarif? Oh tidakk! Aku tak boleh nak bayangkan.
“Anak
Lea pun mama nak timang, anak Naj pun mama nak timang. Okay. Fullstop. Asyik nak gaduh je dua orang
ni. Pantang jumpa.” Puan Mazni cepat-cepat menyampuk. Dia arif dengan perangai
putera dan puterinya. Pantang berjumpa. Ada sahaja hal yang tak kena.
“Abang
nilah. Cakap orang. Dia yang tak nak kahwin. Lea muda lagilah bang.”
“Alah,
muda pun dah jadi isteri orang. Lea tak teringin ke nak ada anak? Meriah sikit
rumah ni nanti. Kan mama?” Najmi menambah lagi.
“Dah.
Malaslah Lea nak cakap dengan abang. Lea nak naik atas.” Lea menghalakan
kakinya ke tingkat atas. Tidak sanggup lagi untuk berbicara perihal anak. Mereka
tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Luarannya nampak bahagia,
namun aku tahu Zarif terseksa. Sudah 5 bulan aku biarkannya tanpa menjalankan
tanggungjawab isteri yang sebenar-benarnya.
“Ma…
Lea dengan Zarif ada masalah ke?” Najmi bertanya kepada Puan Mazni setelah Lea
hilang dari pandangan mereka.
“Ish,
kenapa pulak tanya macam tu? Mama tengok okay ja.”
“Takdelah.
Lea macam nak mengelak je bila kita cakap soal anak.”
“Entahlah.
Mama tengok dorang okay ja. Tiap-tiap hujung bulan balik ke sini. Zarif layan
Lea pun okay. Lea layan Zarif pun okay. Mama tengok okay ja.”
“Maa,
itu luarannya. Dalaman? Ma faham kan apa yang Naj maksudkan?” Najmi menyambung
lagi.
“Mereka
merancanglah tu. Lagipun Lea masih belajar lagi kan?” Puan Mazni cepat-cepat
membuang syak wasangkanya. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Najmi. Dan
mungkin juga tidak benar.
“Maybe...” Najmi menjungkitkan bahunya.
Lea, apapun yang berlaku antara Lea dengan Zarif, abang doakan Lea bahagia di
samping Zarif. Abang tahu Zarif mampu jaga Lea.