Sunday, 29 November 2015

Kipidap

menaip entry sambil ditemani lagu "butakah cinta-spring"

"kau hilang bila ku tiba
kau datang bila ku kecewa
terasa diri dipersenda..."

lagu yang tak ada kaitan dengan kisah hidup. langsung! yeke ? hahahahaha. entah.

dua hari lepas, ada rezeki bertemu dua mata bersama seorang kawan baik.
biasalah bila dah jumpa, berlaga pipi peluk cium dulu.. lepastu macam-macam soalan yang keluar. antaranya, "awak berdua ni bila nak kahwin? ke dah planning ni? nak pergi Sogo ni sebab nak survey barang kahwin ke?" and bla bla bla. banyak pulak kan soalan aku. 
dear kawan, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu berdua. doakan aku juga.


and tibalah turn dia bertanya padaku. "Amra dengan budak laut tu lagi ke?"
"Eh tak laaa.. dia dah tunang dah. Tahun depan kahwin lah kot." Jawab sambil senyum. and that kawan terkejut ... 
"like seriously? but why?"

kadang-kadang tak semua persoalan akan ada jawapannya. 
"saya pun tak tahu wak. macam biasa. saya ditinggalkan terkapai-kapai. without any solid reasons." 

dia menepuk bahuku. "awak kuat. kalau saya, tak tahulah macam mana."

sebut pasal kuat. pasal sabar. hari ini jugak, my bff dedahkan yang aku ni seorang yang penyabar. i feel like, "errr.. aku? penyabar? tak kot."

"yup, betul. kalau aku in your shoes, aku tak rasa aku boleh handle everythings. beb. aku salute kau. sabar, sangat sabar sebenarnya. ada secret resepi tak nak jadi begitu penyabar?"

indulgence cake kat secret resepi aku tahulah. bhahahahahaha. *ok lawak hambar.

tak tahulah nak cuba terangkan macam mana. kadang-kadang untuk jadi sabar itu bukan mudah. redha. aku rasa itulah kuncinya. kita kena redha dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup. yelah. hidup ini boleh diibaratkan macam expect the unexpected. benda yang tak dijangka akan selalu berlaku.

dulu-dulu, aku ni jenis yang susah nak menerima setiap perbuatan buruk orang terhadap aku. 
paling aku tak suka, ditinggalkan without any reasons. sangat tak suka.
so, bila dah semakin dewasa and boleh dikatakan matanglah kot, day by day.. aku boleh menerima. yang penting positifkan diri. kalau kita jatuh, kita juga yang kena bangunkan diri kita sendiri. orang lain tak boleh. 
biarlah masa yang menentukan segala-galanya.
fikir, kalau dia boleh bahagia, takkan kita akan sentiasa meratap, menangis sebab kehilangan dia. its not fair. hidup ini bukan untuk perkara sebegitu. tak adil. dia boleh bahagia.. boleh senyum and yang paling penting boleh selfie tersenyum lebar dengan pasangan dia, tapi kita... every night, sebelum tidur menangis sebab dia. useless. karut semua tu.


ayuh. bangkitlah. 
positif. cara nak positifkan diri ini ada banyak jenis.
kalau aku, aku fikir.. dia nak tinggalkan aku.. ok fine. boleh. go on. tapi ingat one day, jangan terhegeh-hegeh datang pada aku lagi. 
merayu melutut memujuk, tak jalan dah. 
aku ni bukan pilihan. 

so, kipidap. dongibab.


Friday, 20 November 2015

BAHAGIA

Bukan senang
tapi tidak susah.

pertama, tolong.. tolong jaga hati sendiri.
jangan remukkan hati dengan harapan
yang kita sendiri tidak tahu penghujungnya.

jangan kerana hati dia rabak, hati kita turut rabak.
berkorban. boleh, tapi untuk mereka yang berkorban untukmu.
bukan mu seorang diri yang terkorban
rasanya sakit. pedih.

cari bahagia. 
cari.
bukan takde, bukan menghilang.
ada. cari dan selongkar.

beri ruang. untuk hati bernafas
untuk jiwa pulih.
last. move on. step forward, don't look back.

hargai hati. sayangi hati sendiri
jangan kerana sayangkan hati pemilik hati lain
hati sendiri terabai. jangan. rasanya sakit.
ubatnya susah.

jangan usik hati ini 
jika dirimu pengecut.
aku mahukan bahagia.
bahagia aku bukan bersamamu.

Sunday, 15 November 2015

HATI RABAK

kau suka teka-teki?
aku. tak suka! sangat!
teka-teki buatkan aku rasa macam useless sangat.

mungkin akan ada yang melabel aku ini bukan jenis yang sabar
atau kurang sabar. 
tapi bergantung pada situasi
5 bulan, tak cukup lagi kot untuk aku menjadi seorang yang penyabar.

berserah? menyerah? give up? 
tak lagi kot.. sebab aku ada Allah. aku berserah. aku berdoa. itu senjata terakhir aku.

kalau ikutkan hati yang rabak, 
banyak peristiwa yang merabakkan.

satu. pakwe aku dating dengan perempuan lain. 
saksinya, sepasang mata aku sendiri.
aku melatah, tak! 
aku tarik nafas, aku istighfar. aku hayunkan langkah aku pergi jauh.
bisik hati, "dia bukan yang terbaik untukku."

dua. benua memisahkan kami. cara perhubungan hanyalah e-mel.
rindu. jangan kata. sukar untuk diungkap.
sukar untuk diucap.
tiba waktu berlabuh, pulang ke tanah air. mendiamkan diri.
aku rindu. rindu sangat. tapi siapa yang tahu, dia? tak mungkin. sebab dia menghilangkan diri. 
dua bulan, aku tahu dan mata aku menjadi saksi sekali lagi.
dia bahagia dan selamat menjadi tunangan orang. 
aku menghayun langkah lagi. pergi.. jauh
jauh
dan jauh. 
bisik hati, "dia bukan jodohku."

tiga. hampir rabak sekali lagi.
bermain perasaan seorang diri.
salah faham dengan layanan.
hampir rabak. tapi aku bangkit. aku sedar.
tak guna aku berteka-teki. 
jawapannya semakin jauh dari aku.

lalu, aku ingin hayunkan langkah aku sekali lagi.
doakan aku.
doakan aku supaya hatiku tidak rabak lagi.

hati. maaf.
aku terlalu banyak membiarkan kau sakit.
tanpa perlindungan.
hati, maafkan aku.