Assalamualaikum
Entry kali ini sudah lama tersimpan rapi, jadi eloklah diedit dan dipublishkan untuk menghiasi laman blog ini.
Tajuknya sudah diubah mengikut terma dan syarat penulis. ;)
3tahun.. 1tahun bermakna 365hari dan jika 365hari itu didarabkan dengan 3, bersamaan dgn 1095 hari. MashaaAllah. sungguh pantas masa itu berlalu. Selang beberapa hari lagi, aku akan menjejakkan kaki semula ke USM untuk meneruskan hari-hari terakhir aku di sana.
Jika dikenang dan direnung kembali, sekejap sahaja masa itu berjalan. Pejam celik pejam celik sudah 3 tahun, dan masih lagi berbaki satu tahun aku di bumi Penang.
Hari pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Penang adalah pada 3Julai2010 dan tarikh itu masih kukuh dalam ingatan ini. Pertama kali berpisah jauh dengan keluarga, dan pertama kali jugalah air mata ini menitis ketika mengiringi lambaian tangan ahli keluarga yg menghantar aku ke sana. Kesemua kenangan itu masih segar diingatan.
Hari pertama di kampus yg sangat melucukan. sesat dalam mencari dewan kuliah. walaupun sesat, namun dapat juga menghadirkan diri ke kelas. :) semuanya masih lagi bermain2 dalam fikiran ini. Pertama kali di negeri orang tanpa ditemani oleh keluarga tersayang, yang ada hanyalah sahabat baru yg datang dari seluruh pelosok negeri. Semua itu juga masih segar dalam ingatan.
Kadang2, apabila kami berkumpul ramai2, kami akan mengimbas kembali jalan cerita perkenalan kami. Macam mana kami boleh berkenalan, dan macam mana kami boleh membina sebuah ikatan persahabatan yg sangat kukuh itu?
Alhamdulillah dengan izin Allah, aku dikurniakan rakan2 yg sangat baik dan sangat mengambil berat. Susah senang dirasa bersama. Suka duka dikongsi bersama. Pahit manis diharung bersama. Terima kasih sahabat.
Setiap cerita dikongsikan bersama-sama. Kehidupan kami di sana umpama adik beradik. Sangat akrab. Terima kasih Allah kerana mempertemukan kami di USM dalam kursus yg sama dan inshaaAllah bakal menjadi pendidik suatu hari nanti.
Kehidupan di USM mengajarkan aku erti sebuah tanggungjawab. tanggungjawab kepada diri sendiri, rakan-rakan, teman sebilik, teman sekuliah, teman semeja makan, teman sepersatuan dan yg lain-lain. Banyak pengalaman yg expect the unexpected. Jatuh dan bangun aku adalah aku di sana. Mereka tetap sahaja mengiringi dan membantu.
terima kasih sahabat. sayang rasanya mahu meninggalkan USM. Jika kaki ini melangkah keluar daripada USM, maknanya jasad kita akan berpisah. Kenangan sahaja yg akan mengiringi kaki kita.
Sayang mahu tinggalkan kamu semua.
Kenangan outing sesama, kenangan ke SEOUL GARDEN, kenangan ke Padang Kota Lama, kenangan hasilkan coklat buatan tangan di rumah CikHuda untuk kutipan dana rumah anak-anak yatim, kenangan kita keluar berjimba di Batu Feringgi, kenangan kita lepak2 di Queensbay, kenangan kita makan pecal sama-sama, kenangan kita berhorey-horey dalam 'bilik stor' kita, kenangan kita ke dewan kuliah sama-sama, kenangan kita keluar outing dengan menaiki bas rapid, kenangan kita shopping di Komtar, kenangan kita ke rumah Cikhuda, kenangan kita ke rumah CikPija, kenangan Cikhuda masakkan spageti untuk kita, kenangan Cikpija bawakkan char keaw tiau untuk kita, kenangan Cikwin bawakkan laksa untuk kita, kenangan Cikda masakkan kerabu megi untuk kita, kenangan kita masak Sambal Petai, kenangan ikan sardin dan suhun Cikwin, kenangan kita pergi Mydin cari shampo dan barang2 keperluan lain, kenangan kita melayan pesta dan karnival di Padang Kawad, kenangan kira open table di Ivory, kenangan bercerita masalah jiwa dan hati, kenangan kita ke rumah Fiqa di KL, kenangan kita berko-k, kenangan kita bercamping sama-sama,kenangan kita sewa kereta kancil yg tidak memuaskan hati dan membimbangkan, kenangan kita berkeluarga angkat di Pahang, kenangan kita menguruskan projek-projek persatuan, kenangan kita bergelak tawa dalam 'bilik stor', kenangan kita 'mengumpat'kan orang, kenangan kita pergi makan Laksa Janggus di Balik Pulau, kenangan kita ke dewan exam, kenangan kita bertegang lidah dalam study group, kenangan kita berebutkan buku2 untuk esemen, kenangan kita main fone dalam dewan kuliah, kenangan kita tidak berpuas hati dengan pensyarah, kenangan kita mengajuk gaya cakap pensyarah, kenangan kita terlewat ke kelas dan tutorial, kenangan kita ke kelas Mandarin, kenangan kita ponteng kelas, kenangan kita kawad sama-sama, kenangan kita berduty BSM sama-sama, kenangan kita berdinner persatuan dan badan uniform, kenangan kita dimarahi pensyarah kerana tak cukup persediaan semasa perbentangan, kenangan kita present sama-sama, kenangan kita lakukan esemen berkumpulan, kenangan kita berteater sama-sama, kenangan kita kehulu dan kehilir uruskan projek persatuan dan kursus, kenangan kita drop buku sama-sama di library, kenangan beli baju dan kasut di Bukit Jambul, kenangan makan bihun sup dengan CikWin di QB, kenangan kita masuk library cari air-cond, kenangan kita makan waffle di kiosk CikBib, kenangan dapat jagung manis di kiosk Cikbib, kenangan kita singgah makan di Kafe IK selepas balik kelas, kenangan kita makan Ikan Keli Sambal di kafe IK, kenangan aku mendapat jolokan Cikra 'telur masin', kenangan berpanas berhujan sama-sama, kenangan berkongsi payung, kenangan hiking di Kerachut, kenangan main duit 'kut', kenangan pakai baju baru setiap kali bukak semestar baru, kenangan beli tudung di depan library, kenangan merempit sama dengan CikWin dan CikHuda, kenangan curi-curi makan kuih dalam dewan kuliah, kenangan makan di KafeSiswa, kenangan keluar makan KFC di Sg Dua, kenangan makan laksa sama-sama, kenangan makan Megi pada hujung semestar, kenangan surpirse birthday Cikbib yg tidak menjadi, kenangan surprisekan brithday Cikhuda yg sangat menjadi, kenangan surprisekan birthday Cikwin di Ivory, kenangan kereta batteri kong di Sunway Carnival....
Aku pasti ... aku akan rindukan semua itu. Aku pasti aku akan tercari2 pengalaman seperti itu lagi.
Aku pasti aku akan rindukan sikap caring CikHuda bagaikan seorang kakak dan kawan yg sangat mengambil berat
Aku pasti aku akan rindukan sikap CikBib yang lawak, brutal dan tegas itu
Aku pasti aku akan rindukan untuk berkongsi cerita dengan Cikda
Aku pasti aku akan rindukan untuk ke pasar malam dengan CikWin dan naik motor ego CikHuda
dan aku pasti aku akan rindukan untuk sama2 bersaing dengan Cikpija dalam study week dan exam week.
Aku pasti dan pasti, aku akan rindukan semua itu. :(
Semoga persahabatan yg terjalin ini akan terus diberkati.
Buat Cikpija, selamat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri di sisi suamimu and gud luck in everything you do..
Dan untuk yg lain, all the best in your life..
Kalau nak kahwin, jangan lupa jemput oii.. :)
Aku sayang ampa sangat2 !