Monday, 31 March 2014

#Husnuzon

Assalamualaikum


Before this selalu tertanya-tanya, apalah yang dimaksudkan dengan #Husnuzon. Istilah Arab. Uish. Jahil nau aku ni tak tahu.. then mulalah merujuk sana dan sini. Lani, baru tahu. #Husnuzon (bersangka baik). Maksud yang sangat baik. Patotlah hati seakan-akan memberontak inginkan jawapan. ;)


Now, nak istiqamah. nak Husnuzon selalu. xmau berprasangka, syak wasangka tak tentu pasal. Let's berubah. untuk kebaikan dan kesejahteraan diri. mihmihmihmih.


Firman Allah ;
"wahai orang2 yang beriman! Jauhilah kebanyakan dan prasangka (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagiaan dari sangkaan itu satu dosa... "
                                                                                                      (surah al-Hujuraat 9ayat 12)


Petikan kata-kata;
"bersangka baik dengan Allah. Jika manis, Allah mengajar aku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar aku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakkal. Bila cemas, Allah mengajarku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar aku erti qanaah (berpada-pada)."



Kesimpulannya, jangan hanya melihat keburukan orang, kerana seburuk-buruk dia, ada 1001 kebaikan dia yang kamu tak pernah melihat ;(


Alasan Untuk Bahagia #LirikLagu

#LirikLagu
Mempersembahkan. one of my fev songs! Layanzz lirik saja doe. hukhukhuk
mendalam sangat! makna tersirat. untuk bahagia memerlukan alasan? oh nooo T_T. 
tapi itulah reality sekarang. nothing. yang tinggal.. hanya alasan untuk bahagia.. <3

Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia


Saturday, 29 March 2014

I'm fall in LOVE

;)


Serious wei? Yup. serious. I'm fall in love. but with who? no.no.no. setakat itu saja rahsia yang boleh dikongsi. tak boleh lebih. aku serahkan pada yang sepatutnya. andai benar dia untuk aku, in shaa Allah. andai tidak, takpe. aku akan usaha lagi.


wah. gil pasrah ayat ko. yup memang. aku dah malas nak berharap lebih2. nothing. pengalaman mendewasakan manusia. and aku rasa aku cukup dewasa untuk semua itu. love?heart?soul? wahahaha. aku berserah pada-Nya. semua.. dari A sampai Z. ;)


Here are 10 Signs You’re Falling in Love, whether you like it or not!

1. You forget to eat.
Super telltale. Forgetting to eat means you’re not only distracted, but that you also want that person more than you want food, so you forget all about it.

2. You catch yourself smiling.
A little love in your system can surprise you so much, you can’t help but smile. It’s half because you feel so good, and half because you’re laughing at yourself.

3. You can’t look at the person.
Suddenly, it’s impossible to hold a decent conversation with the object of your affection, because you’re afraid if you look them in the eye, they’ll be able to tell you’re melting for them inside. A good trick: talk to their forehead.

4. You think about them when you’re getting dressed in the morning.
Don’t pretend you’ve never done it. You start analyzing whether he or she would like the blue shirt better, and putting a little more effort into your hair. No harm done!


5. You realize you miss them when they’re not around.
If you’re used to seeing the object of your affection at work or class and then one day they’re not there, you’ll feel like your whole day was wasted.


6. You get jealous about odd things.
You find out they saw a movie last night and now you are enraged. Why didn’t they think to invite you? Who did they go with?? Your ears turn red as you try and mask your jealousy.

7. You’ve pictured what your children would look like.
Oops.

8. People say you’re glowing.
The feeling of being in love is physical, and like laughter, it can have healing, rejuvenating benefits. This is one of the reasons it’s okay to revel in your feelings, even if they’re for the wrong person — just don’t make any stupid mistakes.

9. You’ve suddenly become Donna Reed.
Male or female, you start bringing cookies and brownies to share with the office or class, and you glance to see that the object of your obsession has noticed. And, you keep your apartment neat and tidy in case they might come over — these are definitely signs you’re falling.

10. You can’t concentrate on work.
Maybe even as you read this article, you’ll glance and realize that half an hour has gone by. That’s because you’re daydreaming. And you are in looo-oooove.


Review : My dear, MR. DIMPLE

wow.wow.wow! review time again. olla readers. ;)

let's rock with another novel. fuyooo ! cuti sekolah seminggu, 3 buah novel aku khatam. burrrpp! puas hati... then, bila dah balik ke Bertam everything akan kembali seperti sedia kala. boring day. with same activities. pergi sekolah, balek sekolah, buat RP, sediakan ABM, no more weekend. argh ! boringsss day.

hokay, hokay hokay. lupakan kesah yang suram dan duka itu, lets start party.

My dear, Mr. Dimple karya Aifa Batrisya terbitan Penulisan2U. Novel setebal 612 pages ini berjaya aku habiskan dalam masa 1 hari. Kisahnya berkisar tentang ceritera cinta antara Zarin Sofea dan Umar Faliq.

Permulaannya, Zarin Sofea hangat memadu asmara bersama Naim, si kekasih hati. Hubungan jarak jauh antara mereka tidak membataskan untuk mengenal erti cinta. Namun, kepulangan Naim ke Malaysia dan membawa perkhabaran untuk meminang langsung tidak meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati Sofea. Umpama angin lalu sahaja.Entah. Dia keliru. Sofea keliru dengan perasaannya sendiri terhadapa Naim. Namun, Naim tetapkan juga. Hubungannya dengan Sofea harus dihalalkan.

Puan Zahlia a.k.a Angry Bird bos di tempat kerja Sofea merupakan ibu kepada Naim. Rahsia lama yang disimpan oleh Puan Zahlia menyebabkan hubungan cinta anaknya tidak direstui. Dia tidak menyukai Zarin Sofea di atas suatu kisah silam yang menghantui hingga sekarang.

Puan Zahlia menjemput Sofea dan keluarga ke sebuah hotel yang kononnya untuk berbincang mengenai masa depan antara Sofea dan Naim. Namun, rancangan liciknya itu telah menghancurkan hati Sofea. Naim ditunangkan dengan orang lain, iaitu Mayra. Sofea kecewa. dia menyalahkan Naim. Umpama lembu dicucuk hidung, hanya menurut sahaja permintaan Angry Bird. Demi menyelamatkan maruah diri dan dari memalukan keluarga, diheretnya Mr. Lesung Batu dalam kancah drama sebabaknya. Umar Faliq, lelaki yang lain dari yang lain. berimej ustaz, malu-malu, bercakap dengan perempuan gaya menunduk dengan rela hatinya menghulurkan pertolongan kepada Sofea demi untuk menyelamatkan air muka Sofea sebagai seorang perempuan. Akhirnya, mereka bergelar tunangan.

Apa kesudahan cerita cinta mereka? Dapatkah Zarin Sofea bahagia bersama Umar Faliq yang seakan-akan melarikan diri darinya. Umpama mengejar bayang-bayang sendiri. Umar Faliq terlalu misteri. Sehinggakan pekerjaannya sendiri dirahsiakan dari pengetahuan si isteri. Naim umpama gila talak. Dikejar, dan dihambat Sofea walau ke mana mereka pergi. Umar kaget. Lama-kelamaan, dia sedar bahawa Sofea itu memang jodoh yang ditakdirkan untuknya.

Sinopsis belakang novel ;

Umar Faliq. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejuatan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.

"Awak sendiri pun masih lagi belum boleh menerima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi .... alang2 saya dah tolong awak tadi... apa kata, awak bagi saya teruskan?" -UMAR FALIQ

"Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main2, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu2 masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ini dan lepas kita tunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?" - ZARIN SOFEA

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea.

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Atau Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara?

Kesimpulan yang boleh aku buat ialah, aku sendiri tertarik dengan perwatakan mr. dimple. namun, dia terlalu banyak rahsia. sungguh misteri. itu yang aku tak suka dan ia mampu membuatkan tahap kesabaran aku berada pada puncaknya. terlalu banyak rahsia. Tetapi, sifat tenangnya yang sentiasa meredakan kekalutan Zarin Sofea sungguh menenangkan. Ahhh, mimpikan Mr Dimple pulaklah lepas ni.. peaceeeee. ^v^


fuyoo ! jambu ngat aih muka Mr. Dimple.. ;)

or maybe this one...


yeahhh ! ni baru betol. Mr. Dimple ;)

Friday, 28 March 2014

[BAB 14]- DIA ISTERIKU

Zarif membawa Lea ke tempat barbeque. Perut mereka yang sama-sama menyanyi lagu keroncong itu harus diisi.

“Kita duduk situ ye Lea?” Tanya Zarif sambil menunjukkan ke arah sebuah meja di penjuru kedai itu. Lea mengangguk dan mengikut jejak Zarif dari belakang.

Sedang Lea berjalan, tiba-tiba bahunya dilanggar oleh seseorang dan menyebabkan badannya terdorong ke belakang dan hampir terjatuh. Nasib baik dia sempat berpaut pada lengan Zarif. Zarif yang sedar dengan situasi itu cepat-cepat menguatkan pegangan tangannya untuk mengimbangi badan Lea.
“Maaf.” Ucap lelaki yang melanggar bahu Lea. Anak mata lelaki itu galak merenung Lea dari atas dan bawah dan ia menimbulkan perasaan kurang enak pada pandangan Zarif.

It’s okay bro!” Jawab Zarif dan cepat-cepat dia menarik tangan Lea untuk ke meja di penjuru kedai.

“Lea tunggu kat sini kejap. Abang pergi tengok makanan laut apa yang ada kat sana.”

“Okay bang.” Lea menjawab.
Zarif melangkah ke kaunter depan kedai untuk melihat variasi makanan laut yang ada. Dia dan Lea sama-sama teringin untuk makan makanan laut yang segar. Jadi tidak silap pilihan mereka untuk makan di kedai itu. Memang terdapat pelbagai jenis makanan laut yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

“Maaf cik, kat sini ada orang duduk ke?” Tanya seorang lelaki kepada Lea. Lea yang asyik melihat koleksi gambar yang ditangkap di pantai petang tadi bersama Zarif segera memandang ke arah suara yang bertanya.

Lea cam lelaki itu. Lelaki yang melanggar bahunya tadi.

“Maaf encik. Ini meja saya dan suami saya. Dia pergi ke kaunter untuk ambil makanan.” Jawab Lea dengan jujur sambil melemparkan senyuman kepada lelaki tersebut sebagai tanda hormat.

“Oh, kalau macam tu, maafkan saya.” Jawab lelaki itu lalu beralih ke meja sebelah. Zarif dari jauh melihat Lea bercakap dengan lelaki yang melanggar bahu Lea tadi. Timbul satu perasaan kurang enak dalam diri Zarif. Dari jauh dia memantau gerak geri lelaki itu. Pandangan mata lelaki itu masih pada Lea, namun Lea terus melayan koleksi gambar di dalam telefon bimbitnya.

“Lea, jom kita tukar meja. Kita duduk sebelah sana. Dekat sikit dengan makanan.” Ajak Zarif apabila menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki tersebut. Lea hanya menurut tanpa membantah dan mengesyaki sesuatu yang tidak baik.

“Lelaki tu tanya apa dengan Lea tadi?” Tanya Zarif sambil meletakkan isi udang yang telah dikopek ke dalam pinggan Lea.

“Dia tanya meja kosong. Lea cakaplah dah ada orang. Kenapa bang?” Tanya Lea kehairanan.

“Tak ada apa-apalah. Saja abang tanya. Macam pelik je abang tengok lelaki tu.”
“Apa yang peliknya bang? Macam biasa ja, manusia normal. Macam kita.” Seloroh Lea.
“Nakallah isteri abang ni.” Hidung Lea dicuit Zarif.

Dari kejauhan, ada yang memerhati gerak geri pasangan bahagia itu.
“Abang, lepas makan kejap lagi, jom kita jalan-jalan dekat tepi pantai. Nak?” Tanya Lea sambil mengunyah nasi goreng.

Anything for you! Tapi sebelum tu, habiskan makanan ni dulu. Kalau tak,membazir saja.”

-----
“Lea, abang nak ke bilik air kejap. Lea tunggu kat sini ye. Jangan pergi mana-mana.” Pesan Zarif kepada Lea. Dia bergegas ke bilik air di hujung deretan kedai itu. Lea yang ditinggalkan bersendirian oleh Zarif melilau seketika ke dalam kedai yang menjual beraneka jenis cenderamata. Dia teringatkan Imani, dan keluarga di Kuala Lumpur. Dia mencapai beberapa barang yang menarik di matanya dan membayar di kaunter.

Dari jauh, ada mata yang memerhati akan Lea. Namun, Lea tidak sedar dan tidak tahu niat disebalik pandangan dan pengawasan mata itu.

Lea terus berjalan dan berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Langkah kakinya makin lama makin menjauh dari tempat yang dijanjikan oleh Zarif. Dia ralit dan leka dengan kecantikan ukiran cenderamata yang dipamerkan di setiap kedai.

Orang ramai yang lalu lalang tidak langsung memberi kesan kepada Lea. Dia terus leka dengan dunianya. Menjelajah daripada satu kedai ke satu kedai. Pesanan suaminya seakan-akan dilupakan.

“Ikut aku kalau kau tak nak aku apa-apakan kau!” Tiba-tiba Lea merasa tangannya direntap dan merasa seperti objek tajam di pinggangnya. Pisau, mungkin. Ya Allah, apa pulak ni? Takkan rompakan di tempat orang ramai macam ni?

“Jalan! Jangan kau berani nak buat apa-apa. Kalau kau menjerit, pisau ini akan aku tusuk ke pinggang kau!” Amaran keras dikeluarkan oleh lelaki yang memegang kuat lengan Lea. Lea takut, Lea gugup. Zarif, mana awak ? Tolong saya ! Raung Lea dalam hati.

Dia takut, dan hanya menurut sahaja langkah lelaki yang mengheret dan memaksanya berjalan itu. Lea takut untuk melawan. Dia takut dia akan dicederakan. Plastik cenderamta di tangannya terlepas dan jatuh ke tanah.  
Zarif yang keluar daripada bilik air melilau mencari Lea. Keadaan sesak dengan kedatangan pengunjung ke deretan kedai yang menjual cenderamata itu menyukarkan pencarian Zarif.

“Adik, ada nampak seorang perempuan yang bertubuh kecil, pakai baju warna merah dan skirt hitam dan pakai tudung warna hitam.” Zarif bertanya pada seorang jurujual di situ.

“Oh, kakak yang kecil molek tu ke? Ada bang, tadi saya nampak dia berjalan-jalan kat sini, lepastu ada seorang lelaki yang berjalan sama dengan dia. Saya ingat abang. Kenapa ya bang?”

Mendengar jawapan daripada jurujual itu membuatkan Zarif tidak senang duduk. “Oh, terima kasih ya dik!” Dia segera memanjangkan langkahnya mencari Lea. Siapa lelaki yang dimaksudkan oleh jurujual tadi?

Lea sudah jauh terpisah daripada orang ramai. Dia diheret dan dipaksa oleh lelaki itu untuk berjalan menuju ke sebuah bot. Lea sempat memalingkan mukanya ke arah lelaki yang mengheretnya. Dia kenal lelaki itu. Lelaki yang melanggar bahunya. Ya Allah, apa semua ni?

“Kau nak bawa aku ke mana ni?” Lea meronta untuk lepas daripada pegangan lelaki berkulit gelap itu.

“Diam! Aku kata diam ! Kalau kau sayang nyawa kau, baik kau diam!” Lelaki berkulit gelap itu terus menarik dan memaksa Lea naik ke atas sebuah bot. Di dalam bot itu, ada seorang lelaki yang sudah bersedia dengan enjin bot sudah dihidupkan. Apa semua ni ya Allah? Adakah aku diculik? Kenapa aku? Aku bukan anak orang kaya. Siapa mereka ni??

“Abang !!!! Tolong Lea !!!” Lea meraung sekuat mungkin. Dia takut. Lelaki yang berkulit hitam itu terkejut dengan raungan Lea Fatehah, lalu disumbat mulut Lea dengan sehelai tuala. Lea Fatehah meronta-ronta, namun kudratnya tidak mampu untuk melawan kudrat lelaki tersebut.

Enjin bot yang sedia dihidupkan segera dihalakan merentasi laut, dan Lea ditutup mata dan dimulut. Dia menangis kerana takut memikirkan tentang nasibnya. Kenapa dia yang diculik? Kenapa? Dia juga bingung, apa motif lelaki berkulit gelap itu menculiknya?

Zarif berlari ke pantai dengan harapan akan berjumpa dengan Lea di sana. Zarif mendengar laungan orang meminta tolong, tetapi hanya sekali dan selepas itu dia mendengar deruan enjin bot sahaja.

Zarif berlari ke sana dan ke sini bagaikan orang gila. Puas dia bertanya dengan setiap orang, namun tiada siapa pun yang tahu Lea di mana.
“Lea !!!! Sayang !!! Jangan buat abang takut. Please.” Zarif terduduk di tepi pantai. Tiba-tiba air matanya menitik tanpa dipinta, tanpa dipaksa. Nalurinya merasakan Lea dalam bahaya.

“Bang, kenapa ni bang?” Ada seorang lelaki muda menepuk bahu Zarif.
“Adik, adik ada nampak isteri abang tak? Tinggi dia paras bahu abang ni je, pakai baju warna merah dan berskrit hitam.” Terang Zarif.

“Ada bang. Ada! Tadi saya nampak dia lalu kat sini. Dengan seorang lelaki berkulit gelap. Muka lelaki tu macam ada parut dekat pipi sebelah kiri. Saya tengok dia bawa perempuan tu naik bot. Kat sanalah bang. Ye kat sana.” Jawab lelaki muda itu sambil menuding jari ke arah laut.

“Terima kasih dik. Terima kasih.” Zarif bergegas ke tempat yang ditunjukkan oleh lelaki muda tersebut. Dalam kepalanya berkira-kira, lelaki berkulit gelap, ada parut dekat pipi sebelah kiri. Ya, lelaki tu. Aku ingat. Lelaki yang langgar Lea masa makan malam tadi.

Ya Allah, kau selamatkan isteri aku ya Allah! Zarif meraung kuat di tepi pantai apabila puas mencari bot yang dimaksudkan. Dia yakin yang isterinya telah diculik. Apa tindakan yang harus dilakukan ketika tu?
Ya, aku perlu buat laporan polis. Zarif segera memanjangkan langkah ke kereta sewanya untuk ke balai polis berdekatan. Dia perlu buat laporan polis secepat mungkin.
                                  
----
“Hoi, tolonglah lepaskan aku ! Apa salah aku pada kau?” Lea meraung dengan tuala di dalam mulutnya. Dia sudah letih dan tidak bermaya. Badannya dirasakan semakin longlai. Dia dikurung di dalam sebuah pondok yang gelap dengan tangan terikat, mata dan mulut ditutup. Tudungnya entah ke mana. Ini semua gara-gara lelaki jahanam itu.

Ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Aku tak berdaya untuk melindungi aurat aku ya Allah. Kau kuatkanlah aku Ya Allah. Lea berdoa di dalam hati. Air matanya mengalir laju apabila membayangkan perkara buruk yang akan berlaku ke atas dirinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia dibawa ke pulau itu dan dikurung di dalam pondok itu. Tiada siapa di situ. Dia takut.

“Abang. Tolong Lea bang. Tolong !!! Lea takut.”  Lea meraung memanggil Zarif sekuat hati, namun sayang, tiada siapa yang dengar. Akhirnya dia longlai dan badannya jatuh ke lantai buluh pondok itu. Dia kehabisan tenaga. Tenaga dibazirkan dengan melawan lelaki berkulit gelap itu, namun tidak membawa apa-apa erti. Kudratnya tidak mampu untuk melawan lelaki berkulit gelap itu.

----
Setelah membuat laporan polis, Zarif pulang ke resort semula dengan harapan Lea akan balik ke resort. Namun, hampa. Puas dia menunggu, bayang Lea tidak kelihatan. Hatinya semakin dipagut kerisauan. Berita kehilangan Lea sudah dimaklumkan kepada kedua-dua orang tua mereka. Masing-masing risau dengan keselamatan Lea.

“Hello abang. Zarif tak tahu lah bang nak buat apa. Pihak polis suruh tunggu dulu. Kalau Lea tak balik juga hingga pagi esok, barulah gerakan mencari akan dilakukan.” Zarif menerangkan kepada Najmi Imran, iaitu abang iparnya.
“Esok pagi kami bertolak ke sana dengan abah dan mama. Nanti apa-apa hal kau inform abang ya.” Kata Najmi.


“Ya Allah, kau selamatkan isteri aku, tolong aku ya Allah. Aku sayang dia. Kau lindungi dia Ya Allah. Tolong aku Allah!” Tidak putus-putus Zarif berdoa. Akhirnya Zarif terduduk di lantai resort. Dia risaukan keadaan Lea. Andai Lea diculik, apa motif lelaki itu menculik Lea? Dan kenapa dia menculik Lea?

[BAB 13]- DIA ISTERIKU

“Assalamualaikum Lea. Kemaskan baju abang dan baju Lea sekali ya?” Zarif memberitahu melalui telefon.

“Waalaikummussalalm. Hah, apa bang?” Lea bertanya inginkan kepastian.
“Kemaskan baju abang dengan baju Lea. Now. Dalam masa sejam lagi abang balik ke rumah, then kita bertolak ke Pulau Pangkor.”

“Kenapa tiba-tiba? Bukan abang cakap abang busy ke minggu ni?” Lea bertanya lagi, inginkan kepastian.

“Lea siapkan ya. Sejam lagi abang sampai rumah.” Tut-tut, panggilan ditamatkan. Lea menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Ish, pelik. Semalam kata busy, ini tiba-tiba suruh packing barang pula nak pergi Pangkor. Nak pergi berapa hari pun aku tak tahu. Nak packing baju macam mana? Kan aku packing banyak-banyak, nak perginya satu hari saja. Ishh. Peninglah ada suami yang penuh dengan kejutan ni.” Lea membebel seorang diri.

--------
“Abang, kenapa tiba-tiba?”
“Semalam kata nak pergi Pangkor kan? Tapi abang takkan benarkan Lea pergi sorang-sorang. Abang temankan Lea. Dah siap ke belum packing baju?” Zarif menyarung t-shirt polo kelabu ke badannya.

“Dah, yang Lea punya. Abang punya masih ada sikit lagi ni. Kita nak pergi untuk berapa hari?” Lea bertanya lagi. Tangannya ligat melipat baju Zarif dan dimasukkan ke dalam bagasi.

“3 hari 2 malam. Abang dapat cuti 3 hari je. Okay lah kan?” Zarif menjawab soalan Lea sambil bergerak ke cermin untuk menyikat rambutnya.
“Abang ni selalu je buat keputusan saat-saat akhir macam ni. Kerja abang macam mana? Tak payahlah sampai nak kena ambil cuti semua tu. Lea rasa bersalah pulak.”

“Nak rasa bersalah apanya? Memang abang nak bawa Lea bercuti kat sana pun. Dah, stop talking, siap cepat. Pergi mandi. Biar abang habiskan packing baju tu.” Lea berlalu ke bilik air dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.

Zarif membawa dua bagasi turun ke bawah dan dimasukkan ke dalam kereta. Dia menuju ke dapur lalu menutup semua suis peralatan elektrik serta memastikan semua pintu berkunci rapi.

“Lea, dah siap belum? Cepat sikit sayang oi.” Zarif melaung memanggil Lea dari tingkat bawah. Terkocoh-kocoh Lea menyarungkan tudung ke kepala. Dia hanya menyarungkan sehelai blouse labuh berwarna kelabu dipadankan dengan jeans hitam dan tudung bawal bercorak Pasley.

“Abang ni, kalau bab mendesak nombor satu. Penatlah Lea kalau macam ni.”
“Mulut tu asyik membebel saja. Berjangkit dengan mama lah ni. Dah, cepat.” Zarif sudah menyarung sandal dan menghampiri kereta.

“Abang drive sampai sana ke?” Lea bertanya sambil meloloskan dirinya ke dalam kereta.

“Sampai Lumut saja. Dekat pulau nanti, kita sewa kereta kat sanalah. Senang.” Zarif menjawab selepas selesai membaca doa.
“Abang, kalau abang penat bagitahu Lea ye? Lea tahu abang tidur lewat semalam. Nanti Lea boleh drive.” Kata Lea sambil mengupas sebiji limau mandarin yang dibeli di tepi jalan seketika tadi. Selesai mengupas, dia menyuapkan seulas kepada Zarif.

“Takpe, I’m okay. Janji Lea jangan tidur. Teman abang berborak.” Jawap Zarif sambil mengunyah limau di dalam mulutnya.

“Abang tak payahlah nak susah-susah macam ni hanya kerana wishlist Lea yang entah apa-apa tu. Wishlist tu Lea buat masa Lea form five lagi bang, memanglah nak yang bukan-bukan.” Kata Lea dengan penuh sesalan. “Lupakanlah pasal semua wishlist tu. Mengarut je.” Sambung Lea lagi.

“Kalau wishlist tu tak ada sekalipun, abang tetap juga nak bawa Lea ke sana. Sebagai hadiah daripada abang untuk pengorbanan Lea terhadap abang sebelum ni.”

“Berkorban apanya bang? Lea ikhlas. Apa yang Lea buat sepanjang perkahwinan kita ni dengan ikhlas, tak minta balasan apa-apa pun.” Jawab Lea.

“Takpelah. Anggap saja percutian kita kali ini sebagai hadiah daripada abang untuk Lea, okay ? Stop talking about that. Bosanlah, asyik cakap benda yang sama je.” Zarif cepat-cepat mahu tamatkan topik perbincangan itu. Dia tidak mahu Lea merasa bersalah.

----
Welcome to the Pangkor Island, sayang.” Zarif mendepangkan tangannya setelah tiba di jeti Pulau Pangkor. Lea hanya tersenyum manis melihat gelagat Zarif.

“Jom kita check-in dekat resort dulu, lepastu baru kita keluar jalan-jalan dekat pantai.” Lea mengangguk dan mengikut langkah Zarif ke resort.
“Ini sajalah yang abang mampu sediakan untuk Lea. Book last minute kan ?”

“Ini pun dah okay bang.”
Lea melihat Zarif menguap. Berkali-kali. Dia tahu Zarif penat.

“Abang penat kan?” Lea memandang ke arah Zarif yang mula merebahkan badannya ke katil. Zarif hanya menjawab soalan Lea dengan senyuman.

“Abang rehatlah. Jangan seksa diri bang. Kesihatan kena jaga juga. Nanti kalau sakit, siapa yang susah? Abang juga kan? Abang rehat okay ? Nanti kalau nak apa-apa, Lea ada kat luar ye. Lea nak keluar ambil angin kejap. Abang tidur ye.”

Lea melihat Zarif hanya menjawab dengan anggukan dan matanya sudah hampir tertutup. Dia tahu suaminya penat, tetapi sengaja digagahkan diri untuk ke sini. Lea membuka selimut dan menyelimut Zarif hingga ke paras dada. Terdengar dengkuran halus, penat agaknya. Itulah, gigih sangatkan nak datang ke sini. Zarif Haikal, awak semakin membuatkan saya jatuh cinta dengan awak!

Selepas memastikan Zarif tidur dengan nyenyaknya, Lea memanjangkan langkahnya ke pantai yang sememangnya hampir dengan resort yang disewa oleh mereka. Lea begitu teruja melihat keindahan laut Pulau Pangkor. Sememangnya Lea Fatehah dan laut tidak dapat dipisahkan.

Lea melabuhkan duduknya di pasir putih halus yang menghampar di sepanjang pantai. Dia melayan matanya dengan sketsa anak-anak kecil yang berkejaran di gigi air. Udara di situ amat segar dan nyaman, ditambah dengan angin pantai yang sepoi-sepoi itu menjadikannya seolah-olah sebuah irama yang tiada penghujung.

Zarif di bilik membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling dan diapati Lea tiada dalam bilik. Dia mencapai handphonenya di sisi. Jam menunjukkan 6 petang. Dia segera bangkit dan berlalu ke bilik air, membersihkan diri dan berwuduk untuk menunaikan solat asar.

Selepas menunaikan solat asar, Zarif menjengah ke luar resort dan matanya meninjau kelibat Lea. Dia tahu Lea pasti berada di pantai. Dia arif benar dengan kesukaan isterinya itu.

Dari jauh Zarif melihat Lea di bawah sebatang pohon yang rendang, sedang bersila selesa. Dia menghampiri isterinya.

“Kenapa tak kejutkan abang?” Zarif bertanya lalu melabuhkan duduknya di sebelah Lea. Lea yang sedikit terperanjat dengan sergahan itu mengurut perlahan dadanya.

“Nyenyak sangat abang tidur. Tak sampai hati pula Lea nak kacau abang tidur.” Lea menjawab sambilkan membetulkan kedudukannya. Dia mengunjurkan kakinya ke depan.

“Lea dah solat ke?” Tanya Zarif.

“Lea cutilah bang. Abang lapar tak? Kalau lapar, jom kita pergi makan.”
“Kita lepak-lepak kat sinilah dulu. Lepas maghrib nanti kita pergi makan. Okay ?” Tanya Zarif inginkan kepastian.

                                                                      

[BAB12]- DIA ISTERIKU

Cuti semester Lea sudah bermula. Di dalam kepalanya sudah merancang pelbagai aktiviti untuk dibuat dan yang paling penting adalah untuk melepaskan segala kekusutannya yang sedang dialami. Dia ingin bebas, namun satu sahaja yang merisaukan, adakah Zarif bersetuju dengan idea dan cadangannya.

Are you busy bang? Lea nak bincang something dengan abang.” Lea menghampiri Zarif di meja kerjanya. Panggilan “Zarif” dan “awak” sudah boleh dikikis daripada lidah Lea dan telah diubah kepada “abang”. Kata Zarif, itulah langkah permulaan yang harus dilakukan untuk rumah tangga mereka.

Sure. Come here. Abang akan sentiasa ada masa untuk Lea.” Lea mampir ke meja kerja Zarif dan menarik kerusi lalu melabuhkan duduknya berhadapan Zarif.

Lea cuba menyusun patah kata yang sesuai untuk meminta izin daripada Zarif. Lea sedar bahawa idea gilanya itu pasti takkan dapat diterima oleh akal Zarif.
“Hah, termenung pula. Cerita jelah. Abang tak sabar nak dengar ni.” Zarif memandang tepat ke arah Lea. Lea menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Abang, Lea nak minta izin, nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Boleh tak?” Lea memandang tepat ke arah Zarif dan menunggu jawapan daripada Zarif.
“Abang terlalu sibuklah dalam seminggu dua ni. Kalau postpone dulu rancangan nak pergi bercuti tu boleh tak? Kita pergi next two weeks, or maybe next month. Boleh?”

“Lea nak travel alone abang. Without you, without anyone. Boleh?” Lea mengerdipkan matanya berkali-kali, bimbang dengan reaksi Zarif.
What? Sorang-sorang. No ! Abang tak izinkan. Bahayalah Lea. No, no, tak boleh.”

“Tapi bang …”
No, I said no. Muktamad Lea Fatehah!” Zarif menggelengkan kepalanya. Lea mengeluh. Hancur musnah impian aku. Aku dah agak dah, confirm Zarif takkan bagi aku pergi travel sorang-sorang.

“Hmmm, takpelah kalau macam tu.” Lea bangun dan melangkah longlai keluar dari bilik kerja Zarif. Musnah impian aku nak travel sorang-sorang. Tak boleh travel ke Pulau Nami, Pulau Pangkor pun jadilah, tapi … impian hanya tinggal impian sajalah. Lea mencebik sendiri. ‘Siapa suruh kau kahwin awal Lea? Everything gonna be change. You are now a wife. Zarif Haikal’s wife. Remember that!’ Lea Fatehah menyumpah dirinya sendiri.

“Lea, come here. Kita tak habis bincang lagi.” Zarif memanggil Lea setelah melihat reaksi muka muram Lea. Lea Fatehah melangkah masuk kembali ke ruang bilik tersebut.

“Abang tahu Lea nak travel sorang-sorang ke Pulau Nami kan? One of your wishlist. Abang tahu dan abang ingat, tapi abang tak boleh nak biarkan Lea pergi ke sana, even ke Pulau Pangkor sekalipun. It’s too dangerous sayang. Kalau nak pergi juga, Lea kena pergi dengan abang. Dengan Imani pun tak boleh, b’coz you are my everything.”

“Takpelah bang. Abang sambung jelah buat kerja tu. Anggap je Lea tak pernah tanya abang. Okay?” Lea berlalu ke tingkat bawah. Dia ke ruang tamu dan menekan punat “ON” pada remote controller televisyen dan ASTRO dan dia menekan siaran 391. Kebetulan terdapat dokumentari yang menyiarkan tentang Pulau Nami.

“Nasib kaulah Pulau Nami, sebab tak dapat nak menerima kedatangan aku ke sana. Bukan setakat ke Pulau Nami, nak pergi Pulau Pangkor pun tak boleh.” Lea membebel sorang diri. Pandangannya dijatuhkan pada skrin televisyen.
“Abang dengar apa yang Lea bebelkan tu.” Zarif menyergah dari belakang. Lea segera memalingkan mukanya ke arah Zarif di belakangnya. Dia memberikan pandangan kosong pada suaminya.

Zarif mengambil tempat di sebelah Lea. “ Abang bukan tak nak bagi izin, tapi terlalu bahaya. Lea isteri abang, dan Lea itu tanggungjawab abang. Keselamatan Lea itupun di bawah tanggungjawab abang.”

“Takpelah bang. Lea okay je.”
“Okay ke? Tadi duk membebel sorang-sorang tu apa?” Zarif sengaja mahu menduga Lea. Dia memandang Lea dengan pandangan nakal.

“Uh, menyampahlah tengok muka abang macam tu.” Lea membalas.

Hye, my little girl ni. Dah macam Imani pun ada abang tengok. Ops, lupa pula Lea dengan Imani sebaya. Memang patutlah perangai macam ni.” Kata Zarif sambil mengusap lembut kepala Lea. Zarif mengambil tempat di sebelah Lea.

“Haaa, nak kutuklah tu.” Lea cepat-cepat membalas. Zarif ketawa mendengar balasan Lea.

“Lea nak ke tempat ni ke?” Tanya Zarif sambil menunjukkan ke arah skrin televisyen yang memaparkan keindahan Pulau Nami.

“Taklah, tak pun.” Lea mengelak. Dia tak nak pasang angan-angan yang tinggi lagi. Nampak gayanya, dia kena lupakan semua wishlist yang disenaraikan sebelum ini.

“Lea, pandang abang.” Zarif menarik dagu Lea lembut supaya mengadap mukanya.
“Abang nak sangat penuhkan semua wishlist Lea macam dalam diari tu. Abang nak sangat, tapi tak boleh. Ada limitnya sayang. Keselamatan Lea di bawah tanggungjawab abang. Kalau jadi apa-apa dengan Lea, macam mana ? Apa abang nak jawab dengan mama dan abah? Lea faham kan?” Zarif menarik lembut hidung Lea Fatehah.

“Lea faham. Abang tak payahlah nak rasa bersalah ke apa. Lea okay je.” Lea menarik lembut jari Zarif yang menyentuh hidungnya. Tangan Zarif digenggam. Zarif membalas genggaman tangan Lea.

“Ish, first time Lea pegang tangan abang macam ni kan? Alahai bertuahnya badan malam ni.” Lea kaget. Cepat-cepat dia melepaskan pegangan tangannya. Dia malu sendiri.

“Apalah abang ni. Orang tak sengajalah.” Cepat-cepat Lea cover malu.
“Alah, sengaja ke tak sengaja ke, abang tahu Lea memang nak pegang tangan abang kan?” Zarif terus-terusan mengusik Lea. Dia suka melihat senyuman dan reaksi malu-malu Lea.

“Ish, mengarut je abang ni. Dahlah, Lea ngantuk. Nak tidur. Pergilah sambung kerja abang tu. Esok ada presentation kan?” Lea menekan punat “OFF” pada remote controller televisyen. Dia mahu bangun dari sofa namun tangannya ditarik lembut oleh Zarif dan membuatkannya terduduk semula.

“Abang sayang Lea.” Ucap Zarif sebelum mengucup lembut dahi Lea Fatehah dan dia berlalu ke tingkat atas untuk menyambung kerjanya. Tindakan pantas Zarif itu membuatkan Lea Fatehah sekali lagi terkedu. Acap kali dia mendengar Zarif mengucapkan kata “sayang” itu. Namun, Lea keliru dengan perasaannya sendiri. Dia takut untuk mengaku yang dia sudah mula jatuh cinta dengan Zarif Haikal.

Lea umpama berada di awan-awangan apabila mendengar ucapan “sayang “ daripada Zarif, dan kucupan di dahinya itu tadi dirasakan amat syahdu dan ikhlas. Entah, sukar untuk hatinya mentafsir.

Sebelum Lea melangkah ke bilik tidur, dia ke dapur dan membancuh secawan nescafe untuk Zarif. Lea melekatkan sticky note pada mug nescafe dengan kata- kata“Lea pun sayangkan abang. Thanks for everything, abang! ;)” Lea malu untuk mengungkapkan sendiri. Hanya dengan cara itu sahaja yang terlintas di fikirannya.

Lea menghantar minuman panas itu kepada Zarif.

“Abang jangan tidur lewat sangat. Tak elok untuk kesihatan.” Dia meletakkan mug nescafe di sisi meja kerja Zarif.


Thanks Lea. Have a sweet dream.” Ucap Zarif. Lea hanya membalasnya dengan senyuman. Lea cepat-cepat melangkah ke katil. Dia malu andai Zarif membaca sticky note itu.