“Assalamualaikum
Lea. Kemaskan baju abang dan baju Lea sekali ya?” Zarif memberitahu melalui
telefon.
“Waalaikummussalalm.
Hah, apa bang?” Lea bertanya inginkan kepastian.
“Kemaskan
baju abang dengan baju Lea. Now.
Dalam masa sejam lagi abang balik ke rumah, then
kita bertolak ke Pulau Pangkor.”
“Kenapa
tiba-tiba? Bukan abang cakap abang busy
ke minggu ni?” Lea bertanya lagi, inginkan kepastian.
“Lea
siapkan ya. Sejam lagi abang sampai rumah.” Tut-tut, panggilan ditamatkan. Lea
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Ish,
pelik. Semalam kata busy, ini
tiba-tiba suruh packing barang pula
nak pergi Pangkor. Nak pergi berapa hari pun aku tak tahu. Nak packing baju macam mana? Kan aku packing banyak-banyak, nak perginya satu
hari saja. Ishh. Peninglah ada suami yang penuh dengan kejutan ni.” Lea
membebel seorang diri.
--------
“Abang,
kenapa tiba-tiba?”
“Semalam
kata nak pergi Pangkor kan? Tapi abang takkan benarkan Lea pergi sorang-sorang.
Abang temankan Lea. Dah siap ke belum packing
baju?” Zarif menyarung t-shirt polo kelabu ke badannya.
“Dah,
yang Lea punya. Abang punya masih ada sikit lagi ni. Kita nak pergi untuk
berapa hari?” Lea bertanya lagi. Tangannya ligat melipat baju Zarif dan
dimasukkan ke dalam bagasi.
“3
hari 2 malam. Abang dapat cuti 3 hari je. Okay lah kan?” Zarif menjawab soalan
Lea sambil bergerak ke cermin untuk menyikat rambutnya.
“Abang
ni selalu je buat keputusan saat-saat akhir macam ni. Kerja abang macam mana?
Tak payahlah sampai nak kena ambil cuti semua tu. Lea rasa bersalah pulak.”
“Nak
rasa bersalah apanya? Memang abang nak bawa Lea bercuti kat sana pun. Dah, stop talking,
siap cepat. Pergi mandi. Biar abang habiskan packing baju tu.” Lea berlalu ke bilik air dengan muka yang penuh
dengan tanda tanya.
Zarif
membawa dua bagasi turun ke bawah dan dimasukkan ke dalam kereta. Dia menuju ke
dapur lalu menutup semua suis peralatan elektrik serta memastikan semua pintu
berkunci rapi.
“Lea,
dah siap belum? Cepat sikit sayang oi.” Zarif melaung memanggil Lea dari
tingkat bawah. Terkocoh-kocoh Lea menyarungkan tudung ke kepala. Dia hanya
menyarungkan sehelai blouse labuh
berwarna kelabu dipadankan dengan jeans hitam dan tudung bawal bercorak Pasley.
“Abang
ni, kalau bab mendesak nombor satu. Penatlah Lea kalau macam ni.”
“Mulut
tu asyik membebel saja. Berjangkit dengan mama lah ni. Dah, cepat.” Zarif sudah
menyarung sandal dan menghampiri kereta.
“Abang
drive sampai sana ke?” Lea bertanya
sambil meloloskan dirinya ke dalam kereta.
“Sampai
Lumut saja. Dekat pulau nanti, kita sewa kereta kat sanalah. Senang.” Zarif
menjawab selepas selesai membaca doa.
“Abang,
kalau abang penat bagitahu Lea ye? Lea tahu abang tidur lewat semalam. Nanti
Lea boleh drive.” Kata Lea sambil
mengupas sebiji limau mandarin yang dibeli di tepi jalan seketika tadi. Selesai
mengupas, dia menyuapkan seulas kepada Zarif.
“Takpe,
I’m okay. Janji Lea jangan tidur.
Teman abang berborak.” Jawap Zarif sambil mengunyah limau di dalam mulutnya.
“Abang
tak payahlah nak susah-susah macam ni hanya kerana wishlist Lea yang entah apa-apa tu. Wishlist tu Lea buat masa Lea form
five lagi bang, memanglah nak yang bukan-bukan.” Kata Lea dengan penuh
sesalan. “Lupakanlah pasal semua wishlist
tu. Mengarut je.” Sambung Lea lagi.
“Kalau
wishlist tu tak ada sekalipun, abang
tetap juga nak bawa Lea ke sana. Sebagai hadiah daripada abang untuk
pengorbanan Lea terhadap abang sebelum ni.”
“Berkorban
apanya bang? Lea ikhlas. Apa yang Lea buat sepanjang perkahwinan kita ni dengan
ikhlas, tak minta balasan apa-apa pun.” Jawab Lea.
“Takpelah.
Anggap saja percutian kita kali ini sebagai hadiah daripada abang untuk Lea,
okay ? Stop talking about that.
Bosanlah, asyik cakap benda yang sama je.” Zarif cepat-cepat mahu tamatkan
topik perbincangan itu. Dia tidak mahu Lea merasa bersalah.
----
“Welcome to the Pangkor Island, sayang.”
Zarif mendepangkan tangannya setelah tiba di jeti Pulau Pangkor. Lea hanya
tersenyum manis melihat gelagat Zarif.
“Jom
kita check-in dekat resort dulu,
lepastu baru kita keluar jalan-jalan dekat pantai.” Lea mengangguk dan mengikut
langkah Zarif ke resort.
“Ini
sajalah yang abang mampu sediakan untuk Lea. Book last minute kan ?”
“Ini
pun dah okay bang.”
Lea
melihat Zarif menguap. Berkali-kali. Dia tahu Zarif penat.
“Abang
penat kan?” Lea memandang ke arah Zarif yang mula merebahkan badannya ke katil.
Zarif hanya menjawab soalan Lea dengan senyuman.
“Abang
rehatlah. Jangan seksa diri bang. Kesihatan kena jaga juga. Nanti kalau sakit,
siapa yang susah? Abang juga kan? Abang rehat okay ? Nanti kalau nak apa-apa,
Lea ada kat luar ye. Lea nak keluar ambil angin kejap. Abang tidur ye.”
Lea
melihat Zarif hanya menjawab dengan anggukan dan matanya sudah hampir tertutup.
Dia tahu suaminya penat, tetapi sengaja digagahkan diri untuk ke sini. Lea
membuka selimut dan menyelimut Zarif hingga ke paras dada. Terdengar dengkuran
halus, penat agaknya. Itulah, gigih sangatkan nak datang ke sini. Zarif Haikal,
awak semakin membuatkan saya jatuh cinta dengan awak!
Selepas
memastikan Zarif tidur dengan nyenyaknya, Lea memanjangkan langkahnya ke pantai
yang sememangnya hampir dengan resort yang disewa oleh mereka. Lea begitu
teruja melihat keindahan laut Pulau Pangkor. Sememangnya Lea Fatehah dan laut
tidak dapat dipisahkan.
Lea
melabuhkan duduknya di pasir putih halus yang menghampar di sepanjang pantai.
Dia melayan matanya dengan sketsa anak-anak kecil yang berkejaran di gigi air.
Udara di situ amat segar dan nyaman, ditambah dengan angin pantai yang
sepoi-sepoi itu menjadikannya seolah-olah sebuah irama yang tiada penghujung.
Zarif
di bilik membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling dan diapati
Lea tiada dalam bilik. Dia mencapai handphonenya
di sisi. Jam menunjukkan 6 petang. Dia segera bangkit dan berlalu ke bilik air,
membersihkan diri dan berwuduk untuk menunaikan solat asar.
Selepas
menunaikan solat asar, Zarif menjengah ke luar resort dan matanya meninjau
kelibat Lea. Dia tahu Lea pasti berada di pantai. Dia arif benar dengan
kesukaan isterinya itu.
Dari
jauh Zarif melihat Lea di bawah sebatang pohon yang rendang, sedang bersila
selesa. Dia menghampiri isterinya.
“Kenapa
tak kejutkan abang?” Zarif bertanya lalu melabuhkan duduknya di sebelah Lea.
Lea yang sedikit terperanjat dengan sergahan itu mengurut perlahan dadanya.
“Nyenyak
sangat abang tidur. Tak sampai hati pula Lea nak kacau abang tidur.” Lea
menjawab sambilkan membetulkan kedudukannya. Dia mengunjurkan kakinya ke depan.
“Lea
dah solat ke?” Tanya Zarif.
“Lea
cutilah bang. Abang lapar tak? Kalau lapar, jom kita pergi makan.”
“Kita
lepak-lepak kat sinilah dulu. Lepas maghrib nanti kita pergi makan. Okay ?”
Tanya Zarif inginkan kepastian.
No comments:
Post a Comment