Cuti
semester Lea sudah bermula. Di dalam kepalanya sudah merancang pelbagai
aktiviti untuk dibuat dan yang paling penting adalah untuk melepaskan segala
kekusutannya yang sedang dialami. Dia ingin bebas, namun satu sahaja yang
merisaukan, adakah Zarif bersetuju dengan idea dan cadangannya.
“Are you busy bang? Lea nak bincang something dengan abang.” Lea menghampiri
Zarif di meja kerjanya. Panggilan “Zarif” dan “awak” sudah boleh dikikis
daripada lidah Lea dan telah diubah kepada “abang”. Kata Zarif, itulah langkah
permulaan yang harus dilakukan untuk rumah tangga mereka.
“Sure. Come here. Abang akan sentiasa ada
masa untuk Lea.” Lea mampir ke meja kerja Zarif dan menarik kerusi lalu
melabuhkan duduknya berhadapan Zarif.
Lea
cuba menyusun patah kata yang sesuai untuk meminta izin daripada Zarif. Lea
sedar bahawa idea gilanya itu pasti takkan dapat diterima oleh akal Zarif.
“Hah,
termenung pula. Cerita jelah. Abang tak sabar nak dengar ni.” Zarif memandang
tepat ke arah Lea. Lea menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Abang,
Lea nak minta izin, nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Boleh tak?” Lea
memandang tepat ke arah Zarif dan menunggu jawapan daripada Zarif.
“Abang
terlalu sibuklah dalam seminggu dua ni. Kalau postpone dulu rancangan nak pergi bercuti tu boleh tak? Kita pergi next two weeks, or maybe next month.
Boleh?”
“Lea
nak travel alone abang. Without you, without anyone. Boleh?” Lea
mengerdipkan matanya berkali-kali, bimbang dengan reaksi Zarif.
“What? Sorang-sorang. No ! Abang tak izinkan. Bahayalah Lea. No, no,
tak boleh.”
“Tapi
bang …”
“No, I said no. Muktamad Lea Fatehah!”
Zarif menggelengkan kepalanya. Lea mengeluh. Hancur musnah impian aku. Aku dah
agak dah, confirm Zarif takkan bagi
aku pergi travel sorang-sorang.
“Hmmm,
takpelah kalau macam tu.” Lea bangun dan melangkah longlai keluar dari bilik
kerja Zarif. Musnah impian aku nak travel
sorang-sorang. Tak boleh travel ke
Pulau Nami, Pulau Pangkor pun jadilah, tapi … impian hanya tinggal impian
sajalah. Lea mencebik sendiri. ‘Siapa suruh kau kahwin awal Lea? Everything gonna be change. You are now a wife. Zarif Haikal’s wife. Remember
that!’ Lea Fatehah menyumpah dirinya sendiri.
“Lea,
come here. Kita tak habis bincang
lagi.” Zarif memanggil Lea setelah melihat reaksi muka muram Lea. Lea Fatehah
melangkah masuk kembali ke ruang bilik tersebut.
“Abang
tahu Lea nak travel sorang-sorang ke
Pulau Nami kan? One of your wishlist.
Abang tahu dan abang ingat, tapi abang tak boleh nak biarkan Lea pergi ke sana,
even ke Pulau Pangkor sekalipun. It’s too dangerous sayang. Kalau nak
pergi juga, Lea kena pergi dengan abang. Dengan Imani pun tak boleh, b’coz you are my everything.”
“Takpelah
bang. Abang sambung jelah buat kerja tu. Anggap je Lea tak pernah tanya abang.
Okay?” Lea berlalu ke tingkat bawah. Dia ke ruang tamu dan menekan punat “ON” pada remote controller televisyen dan ASTRO dan dia menekan siaran 391.
Kebetulan terdapat dokumentari yang menyiarkan tentang Pulau Nami.
“Nasib
kaulah Pulau Nami, sebab tak dapat nak menerima kedatangan aku ke sana. Bukan
setakat ke Pulau Nami, nak pergi Pulau Pangkor pun tak boleh.” Lea membebel
sorang diri. Pandangannya dijatuhkan pada skrin televisyen.
“Abang
dengar apa yang Lea bebelkan tu.” Zarif menyergah dari belakang. Lea segera
memalingkan mukanya ke arah Zarif di belakangnya. Dia memberikan pandangan
kosong pada suaminya.
Zarif
mengambil tempat di sebelah Lea. “ Abang bukan tak nak bagi izin, tapi terlalu
bahaya. Lea isteri abang, dan Lea itu tanggungjawab abang. Keselamatan Lea itupun
di bawah tanggungjawab abang.”
“Takpelah
bang. Lea okay je.”
“Okay
ke? Tadi duk membebel sorang-sorang
tu apa?” Zarif sengaja mahu menduga Lea. Dia memandang Lea dengan pandangan
nakal.
“Uh,
menyampahlah tengok muka abang macam tu.” Lea membalas.
“Hye, my little girl ni. Dah macam Imani
pun ada abang tengok. Ops, lupa pula Lea dengan Imani sebaya. Memang patutlah
perangai macam ni.” Kata Zarif sambil mengusap lembut kepala Lea. Zarif
mengambil tempat di sebelah Lea.
“Haaa,
nak kutuklah tu.” Lea cepat-cepat membalas. Zarif ketawa mendengar balasan Lea.
“Lea
nak ke tempat ni ke?” Tanya Zarif sambil menunjukkan ke arah skrin televisyen
yang memaparkan keindahan Pulau Nami.
“Taklah,
tak pun.” Lea mengelak. Dia tak nak pasang angan-angan yang tinggi lagi. Nampak
gayanya, dia kena lupakan semua wishlist
yang disenaraikan sebelum ini.
“Lea,
pandang abang.” Zarif menarik dagu Lea lembut supaya mengadap mukanya.
“Abang
nak sangat penuhkan semua wishlist
Lea macam dalam diari tu. Abang nak sangat, tapi tak boleh. Ada limitnya sayang. Keselamatan Lea di
bawah tanggungjawab abang. Kalau jadi apa-apa dengan Lea, macam mana ? Apa
abang nak jawab dengan mama dan abah? Lea faham kan?” Zarif menarik lembut
hidung Lea Fatehah.
“Lea
faham. Abang tak payahlah nak rasa bersalah ke apa. Lea okay je.” Lea menarik
lembut jari Zarif yang menyentuh hidungnya. Tangan Zarif digenggam. Zarif
membalas genggaman tangan Lea.
“Ish,
first time Lea pegang tangan abang
macam ni kan? Alahai bertuahnya badan malam ni.” Lea kaget. Cepat-cepat dia
melepaskan pegangan tangannya. Dia malu sendiri.
“Apalah
abang ni. Orang tak sengajalah.” Cepat-cepat Lea cover malu.
“Alah,
sengaja ke tak sengaja ke, abang tahu Lea memang nak pegang tangan abang kan?”
Zarif terus-terusan mengusik Lea. Dia suka melihat senyuman dan reaksi malu-malu
Lea.
“Ish,
mengarut je abang ni. Dahlah, Lea ngantuk. Nak tidur. Pergilah sambung kerja
abang tu. Esok ada presentation kan?”
Lea menekan punat “OFF” pada remote controller televisyen. Dia mahu
bangun dari sofa namun tangannya ditarik lembut oleh Zarif dan membuatkannya
terduduk semula.
“Abang
sayang Lea.” Ucap Zarif sebelum mengucup lembut dahi Lea Fatehah dan dia
berlalu ke tingkat atas untuk menyambung kerjanya. Tindakan pantas Zarif itu
membuatkan Lea Fatehah sekali lagi terkedu. Acap kali dia mendengar Zarif
mengucapkan kata “sayang” itu. Namun, Lea keliru dengan perasaannya sendiri.
Dia takut untuk mengaku yang dia sudah mula jatuh cinta dengan Zarif Haikal.
Lea
umpama berada di awan-awangan apabila mendengar ucapan “sayang “ daripada
Zarif, dan kucupan di dahinya itu tadi dirasakan amat syahdu dan ikhlas. Entah,
sukar untuk hatinya mentafsir.
Sebelum
Lea melangkah ke bilik tidur, dia ke dapur dan membancuh secawan nescafe untuk
Zarif. Lea melekatkan sticky note
pada mug nescafe dengan kata- kata“Lea
pun sayangkan abang. Thanks for everything, abang! ;)” Lea malu untuk
mengungkapkan sendiri. Hanya dengan cara itu sahaja yang terlintas di
fikirannya.
Lea
menghantar minuman panas itu kepada Zarif.
“Abang
jangan tidur lewat sangat. Tak elok untuk kesihatan.” Dia meletakkan mug
nescafe di sisi meja kerja Zarif.
“Thanks Lea. Have a sweet dream.” Ucap
Zarif. Lea hanya membalasnya dengan senyuman. Lea cepat-cepat melangkah ke
katil. Dia malu andai Zarif membaca sticky
note itu.
No comments:
Post a Comment