Jam kecil di sebelah berbunyi bingit.
Lambat-lambat tangan Zarif mencapainya. Dia pegang dan merenung jam tersebut.
6.45 pagi? Alamak! Subuh. Cepat-cepat dia bingkas dan bergegas ke bilik air
untuk membersihkan diri dan berwuduk.
Usai menunaikan solat subuh dua rakaat,
Zarif masih berteleku di tikar sembahyang. Fikirannya melayang pada peristiwa
semalam. Betulkah apa yang aku dengar? Lea cintakan aku? Sayangkan aku? Lea?
Ah. Lea? Dah bangun ke belum dia? Nak kejutkan ke tak?
Zarif bangun dari tikar sembahyang dan
menyidai sejadah pada penyidai yang disediakan. Kakinya laju dihala ke bilik
sebelah. Dia cuba memulas tombol pintu, tapi berkunci. Sah! Lea tak bangun
lagi. Pintu bilik diketuk perlahan. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Ish, kenapa
dia tak buka? Tak terjaga lagi ke? Jam di dinding di kerling. 7 tepat.
“Lea.” Zarif memanggil sambil tangannya
mengetuk pintu. Masih diam. Tiada sebarang sahutan.
“Lea.” Zarif memanggil lagi.
“Hmmm..” terdengar sahutan Lea dari
dalam.
“Dah bangun ke belum? Pukul 7 dah ni.”
“Hah. Pukul 7?” Terdengar suara kalut
Lea dari dalam bilik. Kurang dari sepuluh saat pintu bilik di buka dari dalam.
“Pukul berapa?” Tanya Lea dengan muka
cemas. Matanya yang dikerdip-kerdip memandang jam di dinding.
“Ya Allah! Subuh! Kenapa abang tak
kejutkan Lea. Ahhh. Dah lewat sangat ni.” Lea terkocoh-kocoh masuk ke bilik
air. Dari jauh Zarif mendengar bebelan Lea. Hmmm.. tak berubah. Zarif ketawa
sendiri.
Usai solat subuh, Lea cepat-cepat ke
bilik air untuk mandi. Dia sempat berus gigi dan cuci muka sahaja tadi. Selesai
mandi, dia menjengah ke dalam bilik. Tak ada siapa. Ke mana Zarif? Kat bawah
kot. Lea berteka-teki sendiri. Cepat-cepat dia menyarungkan t-shirt dan track-suit sambil bernyanyi girang.
Lihat awan di sana
Berarak mengikutiku
Pasti dia pun tahu.
Ingin aku lewati
Lembah hidup yang terindah…
“Lea..” Tiba-tiba suara Zarif datang
dari arah belakang.
“Maaaaaa!!” Lea mengurut dadanya cemas.
“Apa awak ni? Pagi-pagi dah buat orang
terkejut.” Lea memintal rambutnya yang masih basah dengan tuala.
“Laaaa, abang panggil punyalah
perlahan, terkejut lagi.” Zarif menjawab dengan mukanya yang tidak bersalah.
“Hmmm, abang nak ke Pangkor pukul
berapa? Pakaian dah kemas belum ni?” Tanya Lea. Dia menyapu losyen ke lengan
dan lehernya. Zarif memerhati sahaja perbuatan Lea. Dia menelan liur perlahan.
Lea nak goda aku ke??
“Encik Zarif Haikal! Mengelamun pulak
dia.” Lea menepuk kuat bahu Zarif.
“Haaa.. tengah hari ni.” Zarif
menjawab. Dia melabuhkan duduknya di birai katil. Lea mencapai penyapu dan
menyapu di sekitar bilik itu. Zarif hanya memerhati sahaja segala perbuatan
Lea.
“Baju dah kemas belum?” Lea bertanya
lagi. Tangannya ligat menyapu sekitar bilik.
“Belum.” Jawab Zarif pendek.
“Laa.. bila nak kemasnya? Abang nak
pergi berapa hari?” Lea meletakkan penyapu di depan bilik air dan menghalakan
langkah ke almari. Beg pakaian di keluarkan.
“Satu hari ja. Pergi tengah hari ni.
Malam nanti abang balik sini.”
“Nak bawa baju ke tak ni?” Lea bertanya
inginkan kepastian.
“Taklah kot. Kalau abang tak sempat
balik, abang beli jelah pakaian kat sana nanti.” Zarif menjawab. Lea kembali
memasukkan beg pakaian dalam almari.
“Kalau macam tu, Lea turun bawahlah
siapkan breakfast. Kalau abang nak
sambung tidur, abang tidurlah dulu. Pukul 9 nanti Lea kejutkan abang.” Lea
berlalu depan Zarif. Zarif memegang lengan Lea. Lea kaget. Alah. Janganlah dia
mulakan balik.. aku baru nak lupa pasal semalam.
“Lea… I need to talk. Right now. No tomorrow. No the day after tomorrow or
next week. No.” Tegas bunyinya. Lea mahu melawan namun dia biarkan sahaja.
“Hmmm, apa dia?” Lea melabuhkan duduk
di sisi Zarif.
“Betul apa yang abang dengar semalam?”
Haaa, aku dah agak dah. Confirm. Hal
tu jugak yang akan dia tanya. Aduiii. Macam mana ni? Lea menggerutu. Bibirnya
digigit. Apa yang aku nak jawab ni?
“Apa yang abang dengar?” Lea bertanya
pura-pura tidak mengerti akan soalan Zarif.
“Yang Lea sayangkan abang. Cintakan
abang.” Zarif menjawab laju. Dia inginkan kepastian.
“Abang dengar dari mana ni? Abang silap
dengar kot.” Lea mengelat. Dia malu untuk mengaku dan yang paling penting dia
ada misi untuk disempurnakan.
“Lea… talk to my eyes.” Zarif menarik Lea mengadapnya.
Haaaa, sudah! Aduh. Tolonglah, aku tak
nak cakap dalam masa yang terdekat ni. Aku tak bersedia.
“Betul. Tak ada. Abang silap dengar tu.
Okaylah. Lea turun dulu. Pukul 9 nanti, Lea kejutkan abang.” Lea cepat-cepat
bangun dan menghayunkan langkah turun ke bawah. Dia mengurut dada. Lega. Zarif
mengeluh. Abang tahu apa yang Lea rasa. Tapi, takpe. Abang akan sabar. Abang
nak dengar dari mulut Lea sendiri.
Lea menuju ke dapur. Hmm, nak sediakan
sarapan apa ya? Dia buka peti sejuk, dilihat masih ada ayam, ikan bilis dan
sayur kangkung. Hmm, buat nasi goreng kampung sajalah. Perencah ada lagi ni.
Lea berkira-kira seorang diri.
Usai menyediakan sarapan, Lea memandang
jam di dinding. Pukul 8.45 pagi. Hmmm, apa aku nak buat ni? Basuh bajulah. Dia
cepat menghayunkan langkah ke bilik untuk mengutip baju-baju kotor.
Perlahan-lahan dia membuka pintu dengan niat tidak mahu menganggu tidur Zarif.
Pintu bilik di buka, dilihat Zarif tiada di atas katil. Mana pulak dia pergi?
Bilik air kot? Lea berteka-teki seorang diri.
Tangannya laju mengangkat bakul pakaian
kotor untuk di bawa turun.
“Makkkkk!” Lea terjerit kuat apabila
dirasakan pinggangnya dipeluk.
Meledak ketawa Zarif Haikal. Pinggang
Lea dilepaskan. Terbahak-bahak dia ketawa di depan Lea.
“Oh, dua kali abang kenakan Lea hari
ni.” Lea mencerlung ke arah Zarif. Dia sudah siap berpakaian. Kemas. Hensem. Dengan t-shirt polo berwarna
kuning air dan jeans hitam.
“Alah, nak bergurau sikit pun tak
boleh.” Zarif berlalu ke meja solek dan menyembur perfume ke badannya. Wangi.
“Dah siap masak?” Tanya Zarif lagi. Lea
mengangguk. “Dah.”
“Abang turunlah makan. Lea dah hidang
kat atas meja tu. Nanti Lea turun. Nak kutip baju kejap.”
“Yelah.” Zarif menjawab dan menghalakan
langkahnya turun ke bawah. Lea pandang ke meja kecil di sebelah katil. Ish,
asyik lupa saja dia ni. Dompet kat sini. Kunci kereta pun kat sini. Lantas, dia
mengambil dompet dan kunci kereta untuk di bawa turun ke bawah.
Tiba-tiba dompet Zarif terjatuh di
kakinya. Lea menunduk dan mencapai dompet tersebut. Tidak semena-mena matanya
terpandangkan sekeping gambar di dalam dompet Zarif. Gambar mereka berdua di
Pangkor sebulan lepas. Terpancar kebahagiaan pada gambar tersebut. Tapi, bahagiakah
aku dengan dia? Ya, aku bahagia. Bahagia sangat… dan tidak lama lagi aku akan
melepaskan kebahagiaan itu untuk membahagiakan si dia.
Selesai memasukkan pakaian kotor ke
dalam mesin basuh, Lea berlalu ke dapur. Di lihat Zarif sedang menjamu selera
dengan ralitnya.
“Jadi ke nak keluar dengan Alia hari
ni?” Zarif bertanya pada Lea. Lea mengambil tempat duduk di hadapan Zarif. Nasi
disendukkan ke dalam pinggan.
“Hmmm. Tak. Kak Alia kata dia ada hal
lain.” Lea menjawab lalu menyuapkan nasi ke dalam mulut.
“Oh.” Zarif menjawab pendek. “
Sepanjang abang tak ada ni, Lea balik rumah mama ya. Nanti abang hantar ke
sana.” Zarif menyambung lagi.
“Eh, takpe bang… Lea ingat nak kemas
rumah dulu. Kemudian, siapkan apa yang patut barulah nak balik rumah mama. Lea
pergi sendiri. Abang tak payah hantarlah. Kejap lagi lewat pulak abang sampai
sana. Dahla abang drive
sorang-sorang.” Lea menjawab sambil tangannya menuangkan teh ke dalam cawan dan
dihulurkan kepada Zarif.
“Abang ajak Lea, Lea tak nak ikut.”
Zarif buat muka kesian di hadapan Lea.
“Huh. Tak payah buat muka macam tulah
bang. Bukan Lea tak nak ikut, tapi Lea tak bersedia lagi nak jejakkan kaki ke
pulau tu. I’m sorry. Maybe, next time.” Lea
menambah
“Yelah. Abang faham. Lea tu jaga diri
elok-elok. Kalau nak keluar, ajak Imani. Abang izinkan.”
“Aye-aye
Mister Zarif Haikal!” Lea menjawab. Zarif tersenyum mendengar jawapan Lea.
Ada-ada saja. Aku tak pernah kering gusi dengan dia.
No comments:
Post a Comment