Zarif
memandu seorang diri ke Lumut. Dia akan menaiki feri di sana dan akan ke Pulau
Pangkor. Inspektor Zamri ada menelefonnya lagi dan dikhabarkan bahawa dalang di
sebalik penculikan Lea ialah seorang perempuan. Zarif berteka-teki seorang
diri. Perempuan? Siapa agaknya? Lea ada musuh ke? Atau ada yang cemburu dengan
Lea? Tetapi, siapa? Ahh, susah untuk merungkaikan semua persoalan tersebut.
“Hai.
Sorang je.” Tiba-tiba ada satu suara menegur Zarif dari belakang. Aku kenal
suara itu. Aku kenal. Lambat-lambat dia berpaling ke arah suara tersebut.
“You… apa you buat kat sini?” Soalan pertama yang terpacul keluar dari mulut
Zarif.
“Saja
I nak tenangkan diri dari kesibukan
kerja. Lama I tak jumpa you. You sihat? Lea sihat? Anyway, congratulations. Dah kahwin
rupanya you sekarang.” Alia Najihah
melabuhkan duduknya di sebelah Zarif. Ketika itu mereka masih berada di dalam feri.
Soalan-soalan
Alia, Zarif biarkan sahaja. Dia merenung Alia dari sebalik cermin mata
hitamnya. Masih seperti dulu. Cantik. Menawan. Malah makin cantik. Ya Allah,
apa yang aku buat ni? Cepat-cepat Zarif tersedar.
“Zarif.
I’m sorry.”
“For what?”
“Everything. Untuk masa lalu antara I dan you. Everything. I knew.
Semuanya berpunca daripada I. Kalau
tak, mesti sekarang ni kita dah kahwin kan? And
maybe kita dah ada anak.” Alia tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.
“Tak
ada apa yang nak dimaafkan lagi. Benda dah lama berlalu. I dah maafkan you,
setahun lepas.” Zarif menjawab laju. Pandangannya masih terhala ke hadapan.
“Kalau
macam tu, tak ada salahnya kita mulakan balik hubungan kita. We build
our new love story. Sama macam dulu. You
and I, ibarat merpati dua sejoli.”
Zarif
ketawa kuat tapi masih terkawal. Dia bimbang menggangu penumpang yang lain.
“Alia
stop bermimpi di siang hari. Kalau you nak buat semua tu, you dah buat a years ago. Not now. For
your information, I bahagia
dengan isteri I. At least she’s know how to appreciate me, bukan macam you.” Begitu sinis kata-kata Zarif. Dia
bukan mahu menjadi pendendam, tapi dia terpaksa. Dia ingin menolak
sekeras-kerasnya perasaan sayang yang ada dalam dirinya terhadap Alia.
“Okay.
Takpe. I telan kata-kata you tu Zarif. Tapi, ingat. I takkan berhenti setakat ni ja.” Alia
berdiri dan berlalu ke tempat duduknya di bahagian belakang. Zarif dibiarkan
termangu-mangu. Ah! Awak dah banyak berubah Alia. totally change!
------
“Inspektor,
macam mana dengan perkembangan kes isteri saya?” Zarif bertanya kepada
Inspektor Zamri. Usai saja kakinya berpijak di bumi Pangkor, segera dia meminta
pemandu teksi membawanya ke balai polis.
“Pihak
kami masih lagi menjalankan siasatan ke atas Tommy, dan beberapa hari lepas dia
ada terlepas cakap yang “bos” itu ialah seorang perempuan.”
“Maksud
Inspektor?” Zarif bertanya laju.
“Besar
kemungkinan, orang yang mengupah dia itu ialah seorang perempuan. Tapi,
malangnya dia tak nak bukak mulut bagitahu siapa nama bosnya tu. Lagi satu,
Tommy jugak bagitahu yang dia tak pernah bersua muka dengan “bos”. Hanya
berhubung melalui telefon sahaja. Pihak kami ada menghubungi nombor telefon
“bos”, namun dah tak aktif. Jangkaan kami, itu nombor sementara dia untuk
berhubung dengan Tommy sahaja.” Terang Inspektor Zamri panjang lebar.
“Berapa
lama lagi Tommy akan berada dalam tahanan pihak polis?” Zarif bertanya lagi.
“Untuk
masa beberapa bulan lagi. Lagipun, dia pernah ada rekod jenayah. Encik Zarif
jangan risau, pihak kami akan mencuba sedaya upaya untuk menjejaki “bos” itu.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya nanti akan jatuh ke tanah jua.”
“Terima
kasih Inspektor.”
“Hmm..
isteri encik tak datang ke?”
“Tak
datang tuan. Dia masih lagi trauma.”
“Bukan
apa, kami ingat nak jalankan soal siasat ke atas isteri encik. Mungkin “bos”
itu bermusuh dengan isteri encik. Itu hanyalah andaian kami.” Terang Inspektor
Zamri lagi.
“Saya
ada juga bertanya pada Lea, dia beritahu yang dia tak bermusuh dengan sesiapa.
Ataupun menyakitkan hati sesiapa. Saya pun bingung tuan bila memikirkan hal ni.
Bukan apa, dengan bebasnya “bos” tu saya rasa keselamatan Lea masih terancam.
Saya risau, satu hari nanti akan ada komplot lain pula dari “bos” tu..”
“Encik
Zarif jangan risau. Nanti apa-apa hal, saya akan berhubung terus dengan encik.
Dan kalau encik berkelapangan, mungkin boleh bawa isteri bersama ke sini. Kerjasama
dari isteri encik amat kami harapkan. In shaa Allah, kes ini akan selesai tak
lama lagi. Nasihat saya, jangan biarkan Puan Lea tinggal seorang diri. Selalu
berteman. Apa-apa kemungkinan boleh berlaku.”
“Baiklah
Tuan. Terima kasih banyak-banyak.” Zarif bersalaman dengan Inspektor Zamri
sebelum melangkah keluar dari bilik Inspektor Zamri.
Zarif
berfikir sendirian. Siapakah “bos” itu? Apa motif dia upah orang untuk culik
Lea. Tak mungkin dia tersilap orang. Hmmm. Siapa Lea yang sebenarnya pula?
Takkan sampai ada yang bermusuh? Ahh.. bingung… bingung.
-------
“Assalamualaikum,
sayang.” Zarif memberikan salam apabila panggilannya dijawab oleh Lea.
“Waalaikummussalam.
Ya bang. Apa dah sampai ke Pangkor ke?”
“Dah.
Abang baru balik dari balai polis ni. Lea, abang nak tanya satu perkara boleh?”
“Nak
tanya apa bang? Tanyalah…”
“Betul
Lea tak ada bergaduh atau menyakitkan hati sesiapa?”
“Kenapa
bang?” Lea Fatehah bertanya pelik.
“Tak.
Abang musykil. Apa tujuan orang tu nak culik Lea.”
“Mana
ada bang. Lea tak da bermusuh dengan sesiapa pun. Hmmm, apa kata tuan inspektor
tu?” Lea bertanya lebih lanjut.
Zarif
menceritakan semuanya kepada Lea. Masing-masing bingung dengan kejadian
tersebut.
“Lea
kat sana okay tak?”
“Okay
je. Lea ada kat rumah mama sekarang ni. Abang balik malam ni terus ke?”
“Hmmm,
tak kot. Abang penat sangat ni. Awal pagi esok abang balik. Lea okay kan duduk
rumah mama untuk malam ni.”
“Okay
bang. Jangan risau. Abang kat sana jaga diri elok-elok.”
“Yelah.
Kita jumpa esok ya sayang. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Lea mematikan panggilan telefon.
“Bahagia
you sekarang ni. Are you sure you sayangkan dia?”
Zarif
dikejutkan dengan satu suara dari hadapannya. Alia Najihah.
“Hmmm..”
Zarif malas mahu meneruskan berbicara dengan Alia. Dia segera bingkas dari
kerusi dan meneruskan langkahnya ke arah resort. Alia mengekorinya dari
belakang.
“Zarif…!”
Alia memegang lengan Zarif. Langkahan Zarif terhenti. Dia menarik lengannya
dari pengangan Alia.
“Wow.
You dah banyak berubah. Mengelak dari
skinship. Such a great hubby. Beruntung Lea dapat you.”
“Apa
yang you nak sebenarnya Alia. Stop disturbing me!” Zarif mencerlung ke
arah Alia di hadapannya.
“I nak you.” Alia tersenyum sinis. Dia cuba meraih tangan Zarif sekali
lagi. Zarif mengelak.
“You jangan jadi gila. Antara kita dah
tak ada apa-apa. Tolonglah Alia. Berhenti kacau I, berhenti kacau Lea. I
tahu perangai you macam mana, Alia.”
“No. I takkan berhenti ganggu hidup you dan Lea. I akan buat lebih lagi dari ni. Bini you tu bodoh. Percayakan I
bulat-bulat. Lurus bendul budak tu. You
better watch out.” Alia berlalu pergi meninggalkan Zarif. Zarif mengeluh.
Berubahlah Alia. Buanglah sifat dendam kesumat you tu.
3 comments:
teruskan follow citer ni, tau. huhuhu. thanks you dear.
suka baca cite ni. mohon buat bab-bab yg lain . hiks ^^
tq chayayaa. teruskan follow eh. :)
Post a Comment