Sebulan berlalu peristiwa di Pulau
Pangkor. Lea dan Zarif meneruskan kehidupannya seperti biasa. Namun sesekali,
Zarif menelefon Inspektor Zamri untuk mengetahui perkembangan terbaru kes
perculikan Lea. Sehingga saat itu, lelaki berkulit hitam itu masih dalam
tahanan polis. Dia dilihat sangat sukar untuk bekerjasama.
“Lea… abang nak pergi Pangkor hujung
minggu ni. Nak jumpa dengan Inspektor Zamri. Lea nak ikut?” Tanya Zarif ketika
mereka sedang menjamu selera. Lea didepannya hanya mendiamkan diri. Jauh di
sudut hati Zarif, dia tahu bahawa isterinya masih lagi trauma.
“Hmmm, kalau Lea tak ikut boleh kan
bang? Lea tak nak jejakkan kaki Lea ke situ lagi.”
“Yaa, abang faham. Kalau macam tu,
abang pergi sorang dan syaratnya Lea
kena tinggal dengan mama dan abah sepanjang abang ke sana. Boleh?” Zarif
bertanya lagi.
Lea mengangguk perlahan. Mereka kembali
meneruskan suapan. Hidangan yang disediakan oleh Lea Fatehah begitu
menyelerakan. Zarif sudah dua kali tambah nasi. Ikan keli masak cili, sayur
campur dan telur masin menjadi juadah makan malam mereka malam itu.
Selesai makan, Zarif membantu Lea
mengemas di dapur. “Lea okay?” Tanya Zarif apabila mendapati tangan Lea
berhenti daripada mencuci pinggan.
“Lea okay. Cuma Lea tertanya-tanya,
kenapa lelaki tu susah sangat nak bagitahu “bos” dia tu? Lea hairanlah. Seingat
Lea, Lea tak bermusuh atau menyakitkan hati sesiapa pun.” Lea menjawab laju sambil
menyambung mencuci pinggan lagi.
“Kita serahkan perkara tersebut pada
polis ya sayang. Abang percaya, lambat laun penjahat itu dapat juga ditangkap.”
Zarif menjawab untuk sedapkan hati Lea.
“Hmm, bang. Nanti kalau Lea nak jumpa
kak Alia, boleh? Banyak kali dah dia ajak Lea jumpa, tapi asyik tak sempat ja.”
Lea mengubah topik perbualan secara tiba-tiba.
“Kenapa pula dia nak jumpa Lea?” Zarif
bertanya pelik. Motif Alia mahu berjumpa isterinya?
“Abang … Lea tahu apa yang abang fikir.
Kak Alia baik bang. Dia layan Lea macam adik dia.” Lea Fatehah seakan memahami
apa yang ada dalam fikiran Zarif pada ketika itu. Cepat-cepat dia mahu membuang
anggapan salah terhadap Alia Najihah.
“Lea, habis cuci pinggan jumpa abang
kat taman ya.” Zarif tidak menjawab soalan Lea Fatehah tetapi memberi arahan
kepadanya. Lea faham. Zarif tidak menyukai persahabatan yang terjalin antara
Alia dan Lea. Zarif berlalu pergi ke taman kecil di hadapan rumahnya. Lea masih
di dapur meneruskan kerja-kerjanya.
Zarif risau. Zarif bingung. Apa
muslihat Alia? Kenapa dia mahu berkawan dengan Lea? Bukan Zarif tidak kenal
dengan perangai Alia Najihah yang kuat cemburu, suka berdendam dan takkan mudah
mengalah. Namun, rasa sayang dan cintanya pada Alia Najihah suatu ketika dahulu
membutakan matanya dengan keburukan Alia. Bagi Zarif, nobody in this earth are perfectionist. Dia menerima kekurangan
Alia Najihah seadanya.
“Abang…” Lea menghampiri Zarif di
buaian. Dia membawa dua mug nescafe panas. Satu dihulurkan kepada Zarif. Zarif
menyambut huluran Lea dan memberikan ruang kepada Lea untuk melabuhkan duduk di
sebelahnya.
Zarif menghirup nescafe panas. Dia
merenung ke dada langit. Kerlipan bintang yang bersinar menarik matanya. Lea
memandang Zarif dengan penuh tanda tanya. Wajah Zarif tidak seceria tadi.
Kenapa dengan Zarif? Dia marahkan aku ke?
“Abang … anything want to share with me?” Lea bertanya lembut. Tatapan mata
Zarif dialihkan kepada Lea di sebelahnya. Dia ukirkan senyuman. Ahh. Senyuman
Zarif membunuh aku. Lea mengaku dia sukakan senyuman Zarif.
“Lea… pernah jatuh cinta?” Terpacul
juga soalan itu dari bibir Zarif. Sudah lama dia ingin bertanya tetapi malu dan
lebih kepada takut untuk mendengar
jawapan Lea.
Lea menggeleng.
“Tak pernah? Even for once?” Tanya Zarif lagi. Dia berminat untuk mendengar
jawapan daripada mulut Lea.
“Tak.” Jawab Lea lembut.
“Waktu sekolah dulu?” Zarif bertanya
lagi.
“Hmmmm, pernah. Tapi itu bukan cinta
monyet ke?” Lea hairan dengan soalan Zarif. Perkahwinannya dengan Zarif yang
hampir mencecah lima bulan. Namun tidak banyak cerita lampau Zarif yang dia
tahu. Andai perasaan ingin tahu itu menebal, dia lebih suka bertanya dengan
Imani.
“Biar betul Lea ni.” Zarif bertanya
tidak percaya. Dia memandang Lea di sebelahnya. Zarif lupa barangkali, Lea
berkahwin dengannya di usia sembilan belas tahun.
“Betullah. Buat apa saya nak tipu.
Wahai encik Zarif Haikal yang bijaksana, tetapi pelupa…”
“Kenapa pulak pelupa?” Tanya Zarif
laju.
“Awak lupa, yang kita baru kahwin lima
bulan lepas, dan umur saya sem..”
“Sembilan belas tahun.” Zarif memintas
kata-kata Lea. Dia tidak lupa semua itu. Peristiwa lima bulan lepas masih segar
dalam ingatan dia. Masih segar dan masih baru walaupun sudah lima bulan
berlalu. Dia masih ingat wajah Lea Fatehah yang lencun dengan air mata. Matanya
yang membengkak akibat menangis. Dia yang sedaya upaya menolak perkahwinan ini
dan menegakkan dirinya yang tidak bersalah. Zarif ingat, dia tidak lupa walaupun
untuk sesaat.
“Lea… awak menyesal kahwin dengan
saya?” Zarif bertanya lambat-lambat. Lea di sebelahnya dikerling. Reaksi Lea
bersahaja.
Lea menarik nafas sedalam-dalamnya
untuk menjawab soalan Zarif. Dia sendiri tidak pasti sama ada dia menyesal atau
tidak. Sepanjang lima bulan usia perkahwinannya, Zarif tidak pernah mengabaikan
tanggungjawab terhadap dirinya. Malah, Lea merasa bersalah kerana sepanjang
lima bulan itu juga, mereka hidup bukan dalam erti kata hubungan suami isteri
yang sebenar. Tetapi, Zarif masih boleh bersabar. Semua keperluan Lea dipenuhi.
Dan jauh di sudut hati kecil Lea, dia mula menyenangi dan menyayangi Zarif.
Cuma, dia takut untuk mengaku. Takut cinta dan sayangnya tidak bersambut.
“Abang rasa macam mana? Abang nampak
Lea macam menyesal ke?” Soalan Zarif dijawab dengan soalan.
“Hmmm, entah. I can’t jugde you. Semua jawapan itu ada dalam hati Lea.” Zarif
menjawab jujur. Sememangnya dia tidak mampu untuk menilai sama ada Lea bahagia
atau tidak.
“Apa yang Lea tahu, Lea tak menyesal.
Dulu, di awal perkahwinan kita memang Lea sangat bencikan abang. Lea rasa macam
masa depan Lea gelap. Tak nampak apa-apa. Tapi, dengan layanan abang yang tip-top ini, sedikit demi sedikit
kekurangan yang Lea rasakan dulu semakin menghilang. Abang nak tahu...?” Lea
berpaling ke arah Zarif di sebelahnya. Zarif mengangkat kening sebagai respond menginginkan jawapan.
“Lea tertanya-tanya, macam ni ke
pengakhiran kehidupan kita? Abang pernah terfikir tak?”
“Maksud Lea?” Zarif inginkan kepastian.
“Yelah, sebelum abang kahwin dengan
Lea, abang dah ada jalan cerita hidup abang sendiri kan? Kak Alia.” Lea
tersenyum manis memandang Zarif.
Zarif pelik dengan penyataan Lea.
Posisinya berubah. Dia mengangkat punggung dan duduk berhadapan dengan Lea.
Lebih selesa begitu. Face to face.
“Cerita abang dengan Alia dah lama
berakhir.” Jawab Zarif pendek. Dia menantikan reaksi Lea. Lea tenang sahaja.
Zarif sedikit kecewa. Dia mengharapkan Lea cemburu. Marah-marahkan dia. Ya, dia
mahukan reaksi sebegitu.
“Kenapa abang dengan kak Alia boleh
berpisah. Sebab… abang kena tangkap khalwat dengan Lea ke?” Lea Fatehah
bertanya lagi. Sedikit demi sedikit cerita masa lampau mereka dirungkai.
“Tak. Bukan sebab peristiwa malam tu. Abang
dengan Alia dah lama putus. Dia dah ada pilihan dia sendiri. Dan abang ada Lea.
Dan… abang putus dengan dia bukan sebab Lea. Bukan.” Zarif menjawab tenang. Dia
selesa berbicara dengan Lea Fatehah. Isterinya tidak mudah melatah. Matang!
“Tapi kak Alia masih single sampai sekarang.” Lea menjawab
lagi dengan intonasi lembut.
“Siapa yang bagitahu? Alia?” Zarif
bertanya sinis. Lea menyedari perubahan air muka Zarif. Dia takut persoalannya
itu di salah ertikan oleh Zarif.
“Abang marahkan Lea sebab tanya soalan
macam tu?” Lea mencari anak mata Zarif. Tidak tahu kenapa, malam itu dia berani
untuk bertentang mata dengan Zarif.
“Lea, abang mohon satu benda saja
dengan Lea, tolong.. tolong jarakkan diri Lea dengan Alia. Abang tak nak Lea
terpengaruh dengan cakap Alia. Tolong Lea..…”
“Tak baik abang tuduh kak Alia macam tu. She’s okay. Dia layan Lea baik sangat, macam adik dia sendiri. Dia tak bermusuh dengan abang pun. Malah, dia nak minta maaf dengan abang di atas perbuatan dia yang lalu.” Lea Fatehah memujuk Zarif. Zarif mengeluh berat.
“Lea dah tahu semuanya cerita abang dan
Alia dulu?” Zarif bertanya kepada Lea dan Lea mengangguk.
“Setakat mana yang Lea tahu?” Tanya
Zarif lagi.
“Everything bang. Everything. Dari awal abang berkawan dengan kak Alia hinggalah saat perpisahan abang dengan dia. Kak Alia tinggalkan abang sebab Khairy kan? Tapi, Khairy pulak tinggalkan kak Alia sebab perempuan lain.” Lea menjawab jujur.
“Huh, padan muka dia. Tuhan dah beri
dia balasan.” Zarif menjawab sinis.
“Ish, tak baik abang cakap macam tu.”
“Habistu, Lea nak abang buat apa
sekarang ni? Balik dengan dia? Kahwin dengan dia? Nope! Takkan sesekali. Cukuplah apa yang dia lakukan pada abang
dulu. Abang bukannya nak jadi pendendam. Tapi, abang bahagia dengan hidup abang
sekarang ni. Abang bahagia dengan Lea, abang bahagia dengan rumah tangga kita. Stop talking about her, please.”
“Tapi, tak salah kalau abang nak balik
dengan kak Alia. Lea izinkan. Because I
knew it, lima tahun percintaan abang dengan dia menggambarkan bahawa abang
benar-benar sayangkan kak Alia. Mungkin kak Alia silap buat pilihan. Kalau tak,
pasti abang dengan dia dah kahwin sekarang ni kan?”
“Stop!
Apa yang Lea mengarut ni? Lea tahu tak apa yang Lea cakapkan sekarang ni?
Memberi izin untuk abang kahwin satu lagi?” Zarif bertanya laju dengan intonasi
yang meninggi. Jelas riak terkejut pada raut wajahnya.
“Ya, Lea sedar apa yang Lea tengah
bicarakan sekarang ni. Lea sedar. Semua ini untuk abang dan kak Alia. Kalau
abang tak dipaksa berkahwin dengan Lea, mungkin sekarang ni abang dah boleh
kahwin dengan kak Alia kan? Cinta hati abang.”
“Enough
Lea. Abang tak nak dengar lagi. Makin lama abang biarkan, makin jauh Lea
mengarut. Abang tak nak khianati amanah yang abah dan mama berikan pada abang.”
Zarif menjawab tegas.
“Tepuk dada, tanya hati abang.
Segala-galanya ada dalam ni.” Jari telunjuk Lea hinggap di dada Zarif sebelum
dia bangun meninggalkan Zarif di buaian. Zarif terkedu.
Lea menghalakan langkahnya ke dalam
rumah. Air matanya yang ditahan sedari tadi menitik. Dia tidak sangka bahawa
bait-bait seperti tadi mampu keluar dari mulutnya. Abang, Lea minta maaf. Lea
sayangkan abang. Tapi, kak Alia lagi sayangkan abang. Begitu juga dengan abang
kan? Lea tak nak jadi penghalang cinta abang dengan kak Alia.
Lama Zarif termenung sendiri di buaian.
Dia terpukul dengan kata-kata Lea sebentar tadi. Tanya hati? Ya, memang hati
aku masih sayangkan Alia. Susah aku nak lupakan Alia. Tapi, Lea sekarang
menjadi tanggungjawab aku. Ya Allah, bantulah hambamu ini.
Lambat-lambat Zarif turun dari buaian
dan melangkah ke dalam rumah. Kakinya dihalakan ke tingkat atas. Pintu bilik di
buka perlahan. Dia melihat Lea berteleku di atas tikar sembahyang. Kakinya
tidak jadi melangkah.
“Ya Allah, kau kuatkanlah hati aku. Aku
terpaksa Ya Allah melakukan semua itu. Aku tak nak menjadi penghalang cinta
mereka berdua. Sememangnya mereka berhak bersatu. Bantu aku Ya Allah, kuatkan
aku. Berikan aku kekuatan untuk menerima apa jua keputusan suami aku selepas
ini. Sesungguhnya, aku sayangkan dia Ya Allah. Aku cintakan dia. Namun, andai
sudah tertulis jodoh aku dan dia setakat ini, kau kuatkan aku Ya Allah.
Sesungguhnya, engkaulah yang Maha Mengetahui dan maha Mengasihani. Amin.. Amin
ya Rabbal Alamin.” Lea mengesat air mata yang mengalir laju. Dia kalah pada
malam itu. Hanya pada ya Rabbi sajalah tempat untuk dia mengadu.
Zarif di sebalik pintu terdiam kaku.
Dia keliru. Betul ke Lea sayangkan aku? Betul ke Lea cintakan aku? Jadi selama
ini, aku tak bertepuk sebelah tangan Ya Allah?
“Lea…” Zarif menghampiri Lea dan
cepat-cepat Lea menyapu air mata yang masih bersisa. Dia kaget.
“Lea…” Zarif memanggil Lea lagi. Dia
melabuhkan duduknya di hadapan Lea. Lea kaget. Tidak tahu untuk menunjukkan
reaksi yang macam mana. Zarif memegang tangan Lea lembut.
“Lea… abang tak salah dengar kan doa
Lea tadi?” Zarif bertanya lembut. Dia memaut dagu Lea lembut supaya Lea
mengadap mukanya. Lea membisu. Lidahnya terkelu. Dia tidak tahu untuk
memberikan jawapan yang bagaimana.
“Lea….” Zarif menarik Lea ke dalam
dakapannya. Lea kaget. Ah, sudah! Dakapan semakin dikemaskan oleh Zarif. Lea
tidak tahu untuk bereaksi. Lama Zarif memeluknya.
“Abang cintakan Lea.” Lea Fatehah yang
seolah-olah terbuai dengan perasaannya sendiri masih dapat menangkap kata-kata
yang diucapkan oleh Zarif. Zarif cintakan aku?
“Tak. Abang tak cintakan Lea. Abang
cintakan kak Alia.” Lea Fatehah cepat-cepat merungkaikan pelukan mereka.” Zarif
terkejut dengan reaksi Lea. Lea cepat-cepat berdiri dan menanggalkan telekung
solatnya. Dia cepat-cepat panjat katil dan merebahkan tubuhnya. Jangan Lea,
jangan! Zarif untuk Alia bukan kau!
Zarif yang terkejut dengan reaksi Lea
masih kaku di tikar sembahyang. Matanya memerhati segala perilaku Lea.
Kakinya cepat sahaja melangkah ke arah
katil. Dia baring di sebelah Lea. Lea sedar akan kehadiran Zarif cepat-cepat
bingkas dan bersila.
“Kenapa?” Zarif yang terkejut dengan
reaksi spontan Lea cepat-cepat bertanya.
“Lea nak tidur dekat bilik sebelah.
Malam ni saja.” Belum sempat Zarif memberikan jawapan, Lea menghayunkan
langkahnya ke bilik sebelah. Pintu dikunci. Ahhh! Kenapa dengan aku? Tak boleh.
Tak boleh! Zarif untuk Alia, bukan aku. Ya, untuk Alia Najihah bukan Lea
Fatehah!!
No comments:
Post a Comment