Lea memisat-misat matanya. Berkali-kali
dia pejam celikkan matanya. “Zarif tidur sekatil dengan aku?” Soalnya di dalam
hati.
Dia mencapai handphone di meja sebelahnya, dilihat jam menunjukkan 6.30 pagi.
Dia cepat-cepat ingin bangkit daripada pembaringan, namun pergerakannya
terhalang dek pelukan kemas Zarif.
Akhirnya Lea menjatuhkan semula
kepalanya ke bantal. Dia memandang Zarif di sebelah. “Nyenyak pula dia tidur.”
Lama Lea berkira-kira, akhirnya dia
nekad. “Bang! Oo bang.” Lea menepuk lembut lengan Zarif yang melingkari
pinggangnya. Zarif tersedar apabila mendengar satu suara dekat dengan telinganya.
Automatik lengan yang melingkari pinggang Lea dilepaskan. “Mampus aku!” Reaksi
spontan Zarif. Dia bangun membetulkan duduk dan bersandar di kepala katil.
“Are
you okay Lea?” Zarif bertanya setelah melihat Lea masih kaku di sebelahnya.
Hanya matanya sahaja yang berkelip memandang siling.
“Haaa, Lea okay. Tapi, kepala ni pening
sikit. Lea nak solat, boleh abang hantarkan Lea ke bilik air. Lea nak wuduk.”
“Ma shaa Allah! Macam mana abang boleh
lupa ni?” Zarif menepuk kuat dahinya. Cepat-cepat dia turun dari katil dan
menghampiri Lea.
“Lea nak suruh abang kendong ke macam
mana ni?” Zarif siap sedia mahu mengendong Lea.
“Ish, apalah abang ni. Lea boleh jalan,
cuma pening sikit ja. Abang pimpin Lea ke bilik air, lepastu Lea ambil wuduk, then Lea jalan balik sendiri ke sini.”
Zarif mengangguk faham.
“Ish, apesal aku kalut sangat pagi ni?”
Zarif menyumpah geram dalam hati.
Kemudiannya, Zarif pimpin Lea ke bilik
air. Selesai Lea menggosok gigi dan mengambil wuduk, dia memanggil Zarif.
“Bang, telekung Lea kat mana ye?”
“Haa, kejap! Abang ambilkan. Tunggu kat
bilik air tu. Kejap. Abang cari telekung dulu ni.” Kalut Zarif mencari telekung
Lea yang disimpin di dalam almari. Selesai menghamparkan sejadah dan
menyediakan telekung untuk Lea, Zarif menghalakan kakinya ke bilik air.
“Ha, jom!” Zarif menghulurkan tangannya
kepada Lea.
“Apa abang ni? Kan batal air sembahyang
Lea ni.” Cepat-cepat Lea mengelak huluran tangan Zarif.
“Ya Allah, sorry Lea! Abang lupa.” Cepat-cepat Zarif menepuk dahinya kuat
apabila menyedari kesalahannya. Lea menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
Selepas itu, dia berjalan perlahan ke tempat solat yang telah disediakan oleh
Zarif.
“Abang tak solat sekali ke?” Lea
bertanya apabila melihat Zarif berdiri tegak di depan bilik air. Dia
menyarungkan telekung dan membetulkan kedudukan sejadah.
“Haaa, nak solat sekali lah ni. Kejap. Tunggu abang. Nak ambil wuduk.” Pesan Zarif
sebelum masuk ke dalam bilik air. Sekali lagi Lea menggelengkan kepalanya.
“Kenapa dengan Zarif hari ni? Semacam saja. Clumsy
sangat-sangat.”
Usai menunaikan solat subuh dua rakaat,
Zarif mengangkat tangan berdoa ke hadrat Allah Taala kerana masih memberikan
peluang kepada mereka untuk melayari bahtera alam rumah tangga. Selesai berdoa,
Zarif berpaling ke arah Lea di saf
belakang. Dia menghulurkan tangannya dan disambut oleh Lea. Zarif mendekatkan
badannya ke arah Lea lalu mengucup lembut dahi Lea.
“Terima kasih abang, for everything! Terima kasih
sangat-sangat. Lea terhutang budi, terhutang nyawa dengan abang.”
“Kenapa cakap macam tu?” Zarif
membetulkan duduknya berhadapan dengan Lea. Dia menatap raut wajah Lea di
depannya. Luka-luka kecil di wajah Lea masih kelihatan. Hatinya hiba. Wajah Lea
yang cantik sudah dicemari dengan cela akibat perbuatan durjana manusia yang
tidak bertanggungjawab itu.
“Kalau bukan kerana abang, Lea mungkin
dah mat…”
“Tak baik Lea cakap macam tu.”
Cepat-cepat Zarif memotong kata-kata Lea. “Semua yang berlaku ini ada hikmatnya
dan dengan izin Allah, abang diberi kekuatan untuk mencari Lea di situ.
Sepatutnya, abang yang kena minta maaf dengan Lea sebab abang tak mampu nak
lindungi Lea.” Zarif menyambung kata-katanya. Lea tersenyum memandang Zarif.
“Bukan salah abang. Abang dah cukup protective, cuma nasib tak menyebelahi
Lea.” Lea menjawab perlahan, cuba untuk mengurangkan perasaan bersalah dalam
diri Zarif. Dia membuka telekung solat dan melipat rapi.
“And
one more, abang minta maaf sangat-sangat, sebab abang terpaksa tukarkan
pakaian Lea semalam. Abang tak sanggup nak tengok Lea tidur dengan pakaian yang
koyak rabak dan kotor tu.” Zarif berterus terang dengan kerut di wajah. Dia
risau Lea marahkannya. Itu kali pertama dia melihat tubuh Lea semenjak mereka
bergelar suami isteri.
“What?!”
Lea terkejut. Dia ingatkan mamanya yang tukarkan pakaian. Rupa-rupanya, Zarif yang
lakukan semua itu. Oh, tidak ! Ini bermakna Zarif dah tengok semuanya. Oh,
tidakkk !!
“I’m
sorry, so sorry Lea. Abang bersumpah yang abang tukar baju je. Tak lebih
dari tu.” Zarif cepat-cepat mempertahankan dirinya, dia risau dengan telahan
Lea.
Lea membuang pandang ke arah Zarif
dengan pandangan kurang percaya. “Betul ni?”
“Ye, sumpah! Abang tak buat apa-apa
pun. And kalau abang buat pun, it’s
halal right?”
“Eee ! Apa abang ni?” Lea menarik muka
masam. Telekung yang dilipatnya tadi di baling ke arah Zarif.
Zarif ketawa mendengar suara manja Lea
Fatehah.
“Abang gurau sajalah.” Hidung kecil Lea
dicuit lembut oleh Zarif.
“Abang… lelaki yang culik Lea tu kena
tahan polis kan?” Lea bertanya kepada Zarif sambil membetulkan duduknya. Zarif
di depannya mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Lea.
“Lea rasa macam ada orang nak buat
khianat dengan Lea. You know what
bang, masa Lea kena kurung dalam pondok tu, Lea ada dengar yang lelaki tu cakap
Lea ni bernilai bagi seseorang.”
“Maksud Lea?” Cepat-cepat Zarif bertanya
inginkan kepastian. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada Lea. Semalam,
selepas membawa pulang Lea ke resort, mereka sama-sama tertidur keletihan.
Tidak sempat untuk bercerita.
“Dan dia juga cakap yang pada hari
abang dengan abang Naj datang selamatkan Lea, bos dia akan datang ke pulau tu.
Tapi, abang sempat datang dulu. Jadi, sampai sekaranglah Lea tak tahu siapa bos
yang dimaksudkan oleh lelaki tu. Pihak polis tak ada beritahu apa-apa ke bang?”
“Tak ada, tetapi Inspektor Zamri ada
berpesan pada abang untuk bawa Lea ke balai polis hari ini. Nak buat report and mereka nak jalankan soal
siasat pasal kes culik tu. Lea okay tak? Boleh pergi ke balai polis?” Zarif
bertanya sambil telapak tangan kirinya melekap di dahi Lea. Sejuk tidak panas
seperti semalam.
Lea memegang tangan kiri Zarif dan
ditarik turun ke bawah. “Lea okay. Tapi, lepas pergi balai polis and settle kan semuanya dengan pihak polis,
Lea nak balik KL. Lea tak nak duduk kat sini lagi. Lea takut.”
“Okay, abang faham. Kita selesaikan report, lepastu kita balik KL. Lea tahu
kan yang abah dan mama ada kat sini jugak? Dorang risaukan Lea. Abang berasa
bersalah sangat, sebab terpaksa susahkan abah, mama dengan abang Najmi. Hmmm..”
“Takpelah bang. Lea yakin mama dan abah
tak ambil hati pun. Abang Naj lagilah. Dia pasti risaukan adik dia yang manja
ni.” Lea menjawab sambil ketawa. Dia cuba untuk membuang perasaan bersalah
dalam diri Zarif. Sedari tadi, Zarif asyik memohon maaf dari Lea.
“Mengada betullah my little girl ni. Lea faham kan kenapa abang tak benarkan Lea
melancong seorang diri. Abang takut perkara macam ni berlaku. Lea tanggungjawab
abang. Kalau jadi apa-apa dengan Lea, abang akan merasa bersalah seumur hidup
abang.”
“Lea minta maaf. Lain kali Lea tak buat
macam tu lagi bang. Lea minta maaf sangat-sangat.” Lea mencapai kedua-dua belah
tangan suaminya, lalu dikucup lembut.
------
Usai menyelesaikan segala perkara di
balai polis, Lea Fatehah dan Zarif Haikal berkemas di bilik resort untuk pulang
ke KL. Tiba-tiba pintu bilik resort mereka diketuk. Lea tersenyum mendengar
ketukan itu. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah pintu dan membukanya.
“Mama!” Segera tubuh Puan Mazni dipeluk
oleh Lea. Dua beranak itu berpelukan. Air mata Puan Mazni mengalir di pipi. Dia
risaukan puteri bongsunya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih
menjaga dan melindungi keluarganya.
“Lea dah okay?” Puan Mazni bertanya
setelah pelukan mereka dirungkai oleh Lea. Puan Mazni membelek luka kecil dan
lebam di muka Lea Fatehah. Sekali lagi air matanya jatuh di pipi. Dia cuba
untuk menahan sebak di dada, namun gagal. Dia terlalu risau dan sebak melihat
keadaan diri Lea Fatehah.
“Ma, janganlah nangis macam ni. Lea
okay. I’m okay ma. Lea dah sihat,
cuma luka-luka ni jelah yang belum baik. Tapi Lea okay. Alah, tak seronoklah
tengok mama nangis macam ni.” Lea mengelap air mata di pipi mamanya. Zarif di
dalam bilik hanya memasang telinga mendengar perbualan antara ibu dan anak itu.
“Lea suka buat mama risau kan? Dari
dalam jagaan mama sehinggalah dah jadi isteri orang sekarang ni.” Puan Mazni
menarik Lea ke dalam pelukannya sekali lagi. Lea memeluk erat Puan Mazni, dia
mengusap lembut belakang Puan Mazni. Sudah lama dirasakan dia tidak bermanja
dengan mamanya.
“Ma, jangalah cakap macam tu. Nampak
sangat macam Lea ni selalu menyusahkan mama dan abah kan?” Lea berseloroh
dengan mamanya. Pelukan mereka dirungkaikan sekali lagi. Lea menarik Puan Mazni
ke dalam bilik resortnya.
“Ma, duduklah. Kami tengah berkemas
ni.” Zarif mempelawa ibu mentuanya.
“Nak balik petang ni juga ke?” Tanya
Puan Mazni kepada anak dan menantunya.
“Ha’a ma. Jom kita balik sama-sama. Lea
dah tak nak tinggal kat sini.” Lea menjawab sambil mengambil tempat di sebelah
mamanya.
“Lea dengan Zarif balik dulu. Mama
ingat nak tinggal kat sini sehari lagi. Nak honeymoon
dengan abah.” Lea melirik ke arah mamanya dengan senyuman. Begitu juga
Zarif.
“Ingat orang-orang muda je tahu nak honeymoon. Mama pun boleh apa?” Jawab
Puan Mazni sambil merangkul Lea kemas.
No comments:
Post a Comment