“Lea,
cepatlah sikit. Kita dah lambat ni.” Zarif melaung nama Lea Fatehah. Lea
terkocoh-kocoh keluar dengan menjinjit kasut sukan di tangannya.
“Awak
ni tak boleh nak sabar sikit ke? Sekarang ni baru saja pukul lima suku. Tasik
itu bukannya jauh dari rumah kita.”Lea mendengus kasar. Dia rimas dengan
laungan Zarif.
“Awak
buat apa kat dalam tu lama-lama sangat. Kita bukannya nak keluar pergi membeli
belah, tak payahlah nak pakai lawa-lawa, wangi-wangi sangat. Habis tidak,
biawak saja yang ada kat tasik itu.”
“Amboi,
melampau sangat tu wak.” Lea segera menampar lembut lengan Zarif. Dia segera
menyarungkan kasut sukan ke kaki, tidak mahu mendengar bebelan Zarif lagi.
“Awak
ni muda lagi, kenalah aktif sikit. Jangan asyik terperap kat rumah saja.
Kenalah juga jengah-jengah dunia luar.” Zarif memberikan tazkirah petang kepada
Lea.
Setelah
kasut sukan tersarung kemas di kaki, segera Lea Fatehah memanjangkan
langkahnya. Dia meninggalkan Zarif di belakang, dia tidak rela mahu mendengar
bebelan terhormat Zarif lagi. Lelaki itu sudah banyak berubah daripada Encik
Skema kepada Encik Bebel.
“Mana
ada saya terperap saja kat rumah. Hari-hari saya keluar, pergi kampus, buat
aktiviti itulah, inilah. Cukuplah tu. Peluh saya ni dah banyak sangat yang
keluar.”Lea membalas. Dia tidak rela diperkotak-katikkan oleh Zarif.
“Maksud
saya keluar melakukan riadah. Hujung minggu macam nilah waktu yang terbaik untuk
awak lakukan aktiviti riadah, terutamanya dengan Encik Suami awak ni.”
“Yelah
Encik Zarif Haikal. Saya tahu. Ish, awak ni mengalahkan guru Pendidikan Jasmani
Tingkatan Satu tahu? Pot-pet-pot-pet.”
Setelah
berlari-lari anak sebanyak dua pusingan mengelilingi tasik, Lea memberhentikan
langkahnya. Dia penat dan mengah. Zarif Haikal turut sama memberhentikan
langkahnya apabila melihat Lea sudah terduduk di atas rumput di tepi tasik.
“Lea,
jangan terus duduk. Awak kena stretching
dulu. Bangun.” Zarif memegang lengan Lea dan Lea bangun berdiri betul-betul
berhadapan dengan Zarif. Nafasnya tidak teratur kerana mengah.
Zarif
mendepangkan tangannya lalu menghantar isyarat mata kepada Lea supaya mengikut
gerak lakunya.
Setelah
melakukan stretching dan meregangkan
badan, mereka sama-sama melabuhkan duduk di atas rumput sambil menghirup udara
segar.
“How’s your life at campus? Everything is
okay?” Zarif bertanya.
“As usual, sibuk sikit sekarang ni.
Banyak assignment yang nak kena
hantar. Then dengan discussion lagi, agak tak teratur
jugaklah jadual saya minggu ni.” Lea menjawab.
“Lea
kenalah susun jadual elok-elok. Kerja yang patut didahulukan, dahulukanlah.
Jangan amalkan sikap bertangguh. Sikit-sikit postpone. Itu bukan cara belajar yang betul.” Zarif menambah lagi.
“And one more thing, kalau ada masalah
jangan nak simpan sorang-sorang. Share
with me, okay my little girl?”
“Yes my big boy!” Masing-masing tergelak.
Lea dapat merasakan tentang perubahan dalam hubungan mereka. Jauh berbeza
dengan awal perkahwinan mereka. Lea mengaku yang dia sudah mula jatuh hati
dengan keprihatinan Zarif terhadap dirinya. Tetapi, dia sedar bahawa dia bukan
pilihan Zarif dan dia selalu mengingatkan dirinya tentang “wujudnya” hubungan
antara mereka. Bukan kerana saling mencintai, tetapi kerana terpaksa dek
keadaan yang memaksa.
“Lea,
may I ask you something? I’m just curious about it.”
“Yup!
Tanyalah.”
“Don’t you want to know who am I before this?
Means, about masa lalu saya? Awak tak nak tahu?” Zarif memandang Lea
disebelahnya yang sedang membetulkan tudung bawalnya yang hiruk pikuk ditiup
angin.
“Bohonglah
kalau saya cakap saya tak nak tahu or
tak nak ambil tahu. Tapi, saya segan. Saya tak tahu macam mana nak mulakan
pertanyaan saya tu. And I know yang
kita kahwin sebab keadaan yang memaksa kita. Bukan di atas kehendak
masing-masing. Am I right, Zarif?”
Lea berterus terang. Sikap matang Zarif membuatkan dia merasa selesa untuk
berterus terang.
“Yeah,
mungkin benar apa yang awak katakan tu. Okay, biar saya berterus terang dengan
awak. Awalnya memang saya tak boleh nak terima tentang perkahwinan kita ni, but I have to. Because you are my destiny. Awak jodoh saya yang Allah dah tetapkan
di Luh Mahfuz-Nya. Lama-kelamaan, saya semakin boleh menerima perkahwinan kita
ni. And saya mengaku yang saya bahagia
dengan awak, eventhough dengan
keadaan kita macam ni. You know what I
mean, right?”
“Yes I know! Tapi Zarif, saya juga tahu
yang saya bukan pilihan awak. Kak Alia pilihan awak kan?” Zarif terkejut
mendengar pertanyaan Lea. Ini bermakna, hubungan cinta antara Alia dengan Zarif
sudah sampai ke pengetahuan Lea.
“Maksud
awak?” Zarif cuba mengawal nada suaranya agar tidak nampak janggal di mata Lea.
Dia perlu bertenang.
“I know everything about you, about your relationship dengan kak Alia.
Everything Zarif. Kak Alia ada
bercerita dengan saya.”
“Tapi
kenapa awak tak pernah nak bertanya dengan saya sebelum ni?” Zarif bertanya
tenang.
“Saya
nak tunggu awak beritahu saya, dan biar saya dengar cerita tu daripada mulut
awak sendiri, bukan orang lain. Tetapi sayangnya, awak tak pernah nak bercerita
dengan saya. Okay, saya faham, sebab itu adalah masa lalu awak. Saya rasa
mungkin awak tak nak berkongsi cerita tentang masa lalu awak dengan saya. Dan
disebabkan itulah saya berdiam diri saja. Saya merasa saya tak layak untuk tahu
tentang masa lampau awak.”
“Tapi
awak ada hak Lea. Awak isteri saya, dan saya suami awak. Kalau awak curious tentang apa-apa saja, awak boleh
tanya.”
“Saya
tak nak digelar busybody. Itu cerita
masa lalu awak.” Lea membalas.
“Maknanya,
dalam perkahwinan kita ni ada batas dan hadnya lah? Awak tak boleh nak
berkongsi dengan saya, saya pula tak boleh nak berkongsi dengan awak? Macam
tu?” Zarif pula membalas.
“Zarif,
awak tak faham apa yang saya rasa. Saya boleh bayangkan macam mana perasaan
awak bila awak kena kahwin dengan saya. Sedangkan masa tu hati awak, fikiran
awak ada dengan kak Alia lagi. Saya tahu Zarif and pernah satu malam tu awak mimpikan kak Alia. Awak mengigau dan
awak sebut nama dia. Masa tu jugalah saya sedar yang saya dah rampas kebahagiaan
awak, kebahagiaan kak Alia. Saya rasa macam saya ni perampas kebahagiaan
orang.”
“Shhhh,
jangan cakap macam tu Lea. Okay, saya minta maaf dengan awak sebab saya tahu
sepatutnya saya berterus terang dengan awak terlebih dahulu. Saya patut
bercerita dengan awak tentang semua perkara yang berlaku dalam hidup saya. Tapi
saya tak punya kekuatan untuk bercerita. Saya nak jaga hati dan perasaan awak.
Saya merasa sangat bersalah dengan awak, kerana disebabkan saya, awak kena
lupakan cita-cita awak nak sambung belajar dekat oversea, nak ada firma sendiri, nak enjoy sepuas-puasnya dengan status single.”
Lea
kaget dengan pengakuan Zarif. Sah! Zarif baca diari Lea.
“Awak
baca diari saya?” Lea tanya dengan teragak-agak.
“Ya,
dan saya minta maaf sebab menjelajah harta peribadi awak. Tapi, kalau saya tak
baca diari tu, saya takkan tahu tentang impian dan cita-cita awak. Saya takkan
tahu bahawa isteri saya ini mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi.”
“Lea,
mulai sekarang boleh tak awak janji dengan saya yang awak akan beri peluang
kepada saya untuk sayang dan bahagiakan awak?” Zarif menarik bahu Lea supaya
mengadap ke arahnya. Terkebil-kebil mata Lea mengadap renungan mata Zarif yang
dirasakan amat menusuk jantung. Sayang ? bahagia ? Kenapa dengan Zarif ni?
“Boleh
Lea?” Zarif menyambung lagi apabila tidak mendapat reaksi daripada Lea. Lea
kaget. Ahh sudah ! Apa aku nak jawab ni?
“Beri
saya peluang untuk sayang awak. Beri sayang peluang untuk bahagiakan awak.”
Zarif menyambung lagi. Lea semakin kaget. Dirasakan seolah-olah mulutnya kejang
untuk mengiakan. Hanya kepalanya yang mengangguk. Sukar untuk ditafsirkan sama
ada anggukan itu ikhlas atau kerana terpaksa. Akhirnya, Zarif tersenyum lebar.
Langkah pertamanya berjaya !
No comments:
Post a Comment