Suasana
di rumah Farhani sungguh meriah. Dua buah khemah besar berdiri megah di
perkarangan rumah. Sepasang raja sehari pula sedang bersanding cantik di atas
pelamin. Ramai saudara mara dan sahabat handai yang memuji kecantikan dan
ketampanan pasangan mempelai itu.
Zarif
juga turut tidak ketinggalan untuk menghadirkan diri ke majlis berbahagia Farhani.
Seperti yang dijanjikan, dia pergi ke majlis perkahwinan Farhani dan Ryzal
dengan membawa Lea Fatehah.
“Zarif
! My friend ! Dah lama sangat tak
jumpa kau.” Seorang lelaki menepuk kuat bahu Zarif.
“Bard.
Tak sangka dapat jumpa kau kat sini. Kau sihat?” Zarif menghulurkan salam pada
rakan lamanya Badri. Lea di sisi Zarif hanya menyepi.
“Kau
sorang saja ke?” Zarif bertanya setelah melihat Badri memandang Lea dengan
pandangan yang sukar di tafsirkan.
“Eh
takla, aku ke sini dengan anak bini aku. Entah ke mana dorang menghilang. Kat
dalam rumah agaknya.” Badri menjawab dan matanya memandang Zarif dan Lea
bersilih ganti.
“Hmm,
by the way, ini isteri aku. Lea
Fatehah. Dan Lea, ini Bard. Kawan sekolah saya dulu.” Zarif yang seakan-akan
memahami pandangan Badri segera memperkenalkan Lea kepada Badri.
Badri
hanya mengangguk dan Zarif tahu apabila dia perlu menjawab berbagai-bagai soalan
daripada Badri selepas ini. Dia faham dan arif dengan pandangan mata Badri.
Lea
di sisi Zarif hanya melemparkan senyuman paling manis sebagai tanda perkenalan.
Matanya melilau ke sekeliling rumah. Dia ingin mencari orang yang dia kenali,
namun hampa. Dia terasa agak kekok berada pada majlis itu.
“Hmm,
awak. Saya nak ambil minuman kat hujung sana ya.” Lea berbisik kepada Zarif dan
Zarif menganggukkan kepala tanda memberikan ruang kepada Lea. Zarif sedar yang
Lea agak kekok pada majlis itu.
“Rif,
kau tak cerita pun dengan aku yang kau dah kahwin!” Badri segera melancarkan
soalan cepu emas yang disimpannya beberapa minit sebelum ini. Zarif tersenyum
lebar. Dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai soalan cepu emas daripada Badri.
“Aku
nak berceritalah ni. Dan aku tahu kau ada banyak sangat soalan yang nak tanya
dengan aku.”
“Tapi
kan Rif, seingat aku, kau dengan orang lain kan? Lia juga namanya? Apasal pulak
kali ini dengan orang lain? Aisy, peninglah kepala aku ni.” Zarif yang
mendengar soalan bertubi-tubi daripada Badri hanya mampu mengukir senyuman.
Akhirnya
Zarif menceritakan semuanya kepada Badri. Dia percayakan Badri, dan di atas
nama persahabatan yang telah di bina selama ini dia menceritakan segala-galanya
kepada Badri dari peristiwa hitam yang menghantui Lea dan dirinya sehinggalah
kepada perkahwinan yang dibina olehnya kini.
“Ya
Allah, aku tak tahu pun Rif. Serius aku tak tahu. Kau pun tak ada cerita sepatah
pun dengan aku. Mati-mati aku ingat kau kahwin dengan Alia. Aku terserempak
dengan mama kau bulan lepas, dan mama kau bagitahu yang kau dah kahwin. Aku tak
bertanya lanjutlah kau kahwin dengan siapa. Tak sangka perkahwinan kau di bina
dengan cara sedemikian.”
“Aku
tak salahkan sesiapa Bard. Walaupun usia perkahwinan aku dengan Lea baru sahaja
mencecah tiga bulan, tapi aku bahagia dengan dia. Jodoh boleh datang dengan
bermacam-macam cara kan? Dan aku terima seadanya.” Zarif menjawab tenang. Dia
lega apabila dapat bercerita pada seorang kawan yang dipercayai. Sebelum ini,
rahsia perkahwinannya disimpan kemas dalam lipatan hati. Hanya keluarga
terdekat sahaja yang mengetahui.
“Habis
tu, makwe lama kau macam mana? Kau
tinggalkan dia sebab terpaksa kahwin dengan Lea?” Badri bertanya lagi apabila
terfikirkan tentang teman wanita Zarif sebelum ini. Dia kenal dengan Zarif, dan
Zarif tak akan sanggup untuk lukakan hati orang yang disayangi.
“Jodoh
aku dengan dia tak kesampaian Bard. Aku dengan Alia putus setahun lepas. Dia
tinggalkan aku, pergi macam tu saja. Sehingga sekarang aku tak tahu dia ada kat
mana.”
“Rif,
aku baru saja jumpa dengan dia tadi kat sini. Dia ada kat sini Rif!” Badri
menjawab laju.
“Maknanya
dia masih ada di Malaysia lagilah. Sudahlah, aku tak nak kenang kisah yang
lama. Yang berlalu biarlah berlalu. Aku dah ada kehidupan aku sendiri Bard, dan
yang penting aku dah ada isteri.” Zarif menjawab jujur.
------
“Maaf
cik. Cik kawan Farhani juga ke?” Seorang wanita cantik menegur Lea yang sedang
tunggu giliran untuk mengambil minuman.
“Eh,
takla. Saya datang sini dengan suami saya. Suami saya tu kawan Farhani.” Lea
menjawab jujur dan menghadiahkan senyuman pada wanita yang bertanya padanya.
“Oh,
maafkan saya puan…”
“Ish,
tak payah lah ber puan-puan dengan saya. Panggil saja Lea. Nama saya Lea
Fatehah.” Lea menghulurkan tangan kepada wanita cantik di depannya. Wanita itu
menyambut huluran tangannya.
“Kebetulan.
Nama saya pun Lia. Alia Najihah. You can
call me Lia.” Masing-masing tersenyum.
-----
“Beb! Baik kau tengok kat bawah khemah tu
sekarang.” Badri segera menudingkan telunjuknya ke arah khemah yang dimaksudkan
olehnya. Mata Zarif mengikut arah telunjuk Badri.
“Alia
dengan Lea!” Badri menambah lagi. Mata Zarif terkaku apabila memandang dua
wanita yang dimaksudkan oleh Badri. Mereka sedang berbual mesra.
“Biarkan
mereka. Lambat laun Alia akan tahu juga yang Lea itu isteri aku, dan Lea juga
akan tahu bahawa Alia itu pernah menghuni hati aku ini suatu ketika dahulu.”
Zarif menjawab dengan matanya masih lagi memandang ke arah Lea dan Alia.
“Senangnya
kau cakap beb! Kau dah bersedia ke
nak bersoal jawab dengan Lea? Aku kenal lah perangai perempuan ini macam mana
apabila dorang cemburu.” Badri menambah lagi. Dia pula yang tumpang risau
dengan perangai Zarif yang bersahaja.
“Lea
nak cemburu dengan aku? Tak mungkinlah Bard. Dia pandang aku pun macam tak ada
perasaan.” Zarif menjawab lirih. Badri di sebelahnya memandang pelik dengan
jawapan Zarif.
“Kau
dengan Lea belum …. ?”
“Ya,
aku tak sentuh dia langsung. Dia masih lagi suci, mungkin. Entahlah wei, peristiwa hitam itu menghantui aku.
Aku rasa bersalah dengan Lea. Dia budak lagi, sembilan belas tahun. Kau
bayangkan, budak perempuan yang berumur sembilan belas tahun dah kena kahwin,
jaga rumah tangga, jaga makan minum aku. Life
dia as a teenager dah tak ada. Tapi,
dia tak pernah merungut. Dia ada cita-cita besar beb, dia nak belajar kat luar negara, tapi kerana aku dia sanggup
lupakan semua cita-cita dia. Hidup dia sekarang ni hanya di ceruk dapur kat
rumah tu. Kadang-kadang aku kesian tengok dia. Takkan aku nak ceraikan dia…”
Terdengar lirih pada suara Zarif. Badri menepuk bahu Zarif lembut, memberikan
sedikit ketenangan pada Zarif. Dia tahu, kawannya itu berada dalam keadaan
tertekan.
Zarif memang pandai
menyimpan rahsia, hanya pada Badri sahaja yang dikongsi segala-galanya. Namun,
apabila Badri sudah berumah tangga dan mempunyai anak, Zarif sudah kehilangan
tempat mengadu. Dia malu untuk mengajak Badri keluar ke warung mamak untuk
bercerita masalahnya. Akhirnya, dia memendam sendiri.
No comments:
Post a Comment