“Lea
dah bersedia nak ke kampus esok?” Zarif menghampiri Lea yang sedang mencuci
pinggan mangkuk di singki.
“Macam
biasa saja. Tak rasa teruja sangat pun. Kampus dekat saja dengan rumah ini.
Hari-hari Lea nampak kampus tu. Hehehehe.” Lea Fatehah tergelak dengan
jawapannya sendiri.
“Saya
tahu apa maksud awak. Cita-cita awak nak belajar di oversea kan? University of
Harvard?” Zarif bertanya serius. Mendengar pertanyaan daripada Zarif,
tangannya yang ligat mencuci pinggan terhenti. Ahh, sudah! Mana dia tahu rahsia
aku ni?
“Mana
ada. Saya tak kisahlah dapat belajar kat mana-mana pun. Saya okay saja.
Keizinan daripada awak ini pun satu rahmat untuk saya.” Lea mengatur jawapan
seelok mungkin. Dia tidak mahu Zarif berkecil hati dengan jawapannya.
“Hmm,
takpelah kalau macam tu. Ingat pesanan saya. Belajar itu memang penting, tetapi
yang paling penting jaga tingkah laku, ingat status awak tu.” Zarif berlalu
pergi ke bilik kerjanya. Dia meninggalkan Lea terkial-kial di dapur dengan
kata-kata keramat itu. ‘Status’ ! Sudah berpuluh-puluh kali pesanan seperti itu
keluar daripada mulut Zarif.
“Awak,
saya nak tanya satu perkara boleh tak?” Lea memberanikan diri mendekati Zarif
di bilik kerjanya. Dia meletakkan secawan milo panas di hadapan Zarif. Itulah
kegemaran Zarif dan Lea sudah mula terbiasa menyediakan kesukaan Zarif itu.
“Tanya
apa?” Giliran Zarif pula untuk bertanya. Matanya yang tertancap pada skrin laptop dialih ke arah Lea di sisinya.
“Awak…
awak tak izinkan saya sambung belajar ke? Kalau awak tak izinkan, takpe. Saya
faham. Boleh sahaja saya tak daftarkan diri esok. Saya okay!”
Bersungguh-sungguh Lea meyakinkan Zarif. Dia ingat pada pesanan mama dan mama
Salima supaya jangan sesekali menyakitkan hati suami. Dia risau, andai dengan tawaran
melanjutkan pelajaran itu tidak mendapat restu daripada Zarif, maka pada malam
itu dia bertanya sekali lagi untuk kepastian.
Zarif
tergelak kecil mendengar pertanyaan Lea Fatehah. Apalah dungu sangat bini aku
ni?
“Lea…
Lea… Lea! Apa yang awak merepek ni? Bila pula saya cakap awak tak boleh nak
sambung belajar. Saya izinkan awak sambung belajar, malah saya galakkan awak
belajar lagi.” Zarif menjawab jujur. Dia memusingkan badannya ke arah pintu
bilik kerjanya dan melangkahkan kaki keluar. Lea pantas sahaja membuntuti
langkah Zarif. Dia mahu bertanya lagi.
“Habistu
awak asyik cakap tentang ‘status’ saja? Macam tak nak bagi saya belajar lagi.”
Lea berkata perlahan. Zarif di depannya memberhentikan langkah serta-merta. Lea
yang membuntuti langkah Zarif juga terpaksa memberhentikan langkahnya dengan
mengejut. Sikit sahaja lagi mahu terpeluk badan sasa Zarif di depannya. Lea
membetulkan kedudukan dirinya dan berundur sedikit agar wujud jarak dan ruang
antara mereka.
“Tak
salahkan kalau saya nak ingatkan awak tentang status itu. Awak kan di bawah
tanggungjawab saya sekarang ini. Keluarnya awak dari rumah ini akan membawa
status awak sebagai seorang isteri iaitu isteri saya.” Zarif menjawab tenang.
Matanya dihalakan tepat ke arah Lea Fatehah. Lea kaget. Apasal pula dengan
mamat ni?
“Ye,
memang tak salah. Tapi keizinan yang awak beri itu macam tak ikhlas saja.” Lea
menjawab perlahan.
“Okay,
sekarang ni saya pula nak tanya awak. Awak nak sambung belajar ke tidak?” Zarif
sengaja bertanya soalan memerangkap itu. Dia hanya mahu menguji Lea Fatehah.
“Nak
kalau awak izinkan. Dan kalau awak tak izinkan…”
“Dah-dah.
Jawapannya sudah ada kan? Saya izinkan awak belajar. Saya ikhlas. Jangan
sesekali persoalkan keizinan yang saya berikan itu.” Zarif mencantas jawapan
Lea. Dia tahu Lea akan cuba mengalah dan akan memendam rasa seorang diri. Zarif
tidak mahu menyekat cita-cita Lea Fatehah. Biarlah Lea memenuhi impiannya
walaupun tidak kesemua impian Lea dapat dia turuti.
“Baik
awak. Terima kasih banyak-banyak.” Lea berlalu dengan senyuman.
----
“Lea!
Tunggu lah kejap!” Izzaq berlari-lari anak mendekati Lea. Lea sengaja
mempercepatkan langkahnya. Dia rimas dengan Izzaq. Sebulan dia di kampus,
sepanjang tempoh itu jugalah Izzaq sering kali mengganggunya. Sudah
berkali-kali Lea menolak apabila diajak keluar oleh Izzaq.
“Lea!
Tunggulah kejap.” Izzaq terpaksa menarik lengan Lea untuk memberhentikan
langkah Lea yang semakin laju itu.
“Saya
kena balik cepat Izzaq!” Lea menarik lengannya daripada pegangan Izzaq. Dia
tidak selesa.
“Maaf,
saya tak sengaja.” Izzaq juga melepaskan pegangan tangannya.
“Kalau
tak ada apa-apa, saya balik dulu.” Lea memulakan langkahnya kembali. Dia kena
cepat. Zarif menunggunya di luar pagar. Keretanya rosak pagi tadi dan Zarif
menghantarnya ke kampus.
“Lea,
kenapa kebelakangan ini awak semacam mengelak daripada saya? Saya ada buat
salah dengan awak ke?” Izzaq bertanya apabila kakinya berjaya menyaingi langkah
Lea.
“Eh,
tak ada lah. Awak tak ada salah apa-apa pun dengan saya.” Lea menjawab laju.
Dia serba salah. Statusnya sebagai isteri orang dirahsiakan daripada teman
kampus. Tiada siapa pun yang mengetahui.
“Habistu,
kenapa awak asyik mengelak sahaja daripada saya?”
“Lea!”
Terdengar suara Zarif memanggil nama Lea Fatehah. Dia keluar dari kereta dan
tersenyum ke arah Lea. Sedari tadi Zarif memerhati Lea dan Izzaq. Dia hanya
mampu menahan hati dan dia sudah menjangka perkara seperti itu akan berlaku.
“Siapa
lelaki hensem ni Lea?” Izzaq bertanya
laju dan menghampiri Zarif Haikal.
“Haa,
dia su…”
“Saya
Zarif, abang Lea!” Zarif mencantas kata-kata Lea Fatetah. Lea terkejut
mendengar cara Zarif memperkenalkan dirinya pada Izzaq. Abang?
“Oh,
abang pada Lea, patutlah seiras! Hensem!”
Izzaq menghulurkan tangannya pada Zarif dan Zarif menyambut huluran tangan
Izzaq.
Seiras?
Lea bertanya sendirian? Aku dengan Zarif seiras ke? Kenapa aku tak pernah
perasan pun sebelum ni?
“Hmm,
okaylah Izzaq, I’ve to go. Abang saya
kena masuk pejabat pulak lepas ni.” Lea sengaja menekankan suaranya pada
perkataan ‘abang’ itu dan dia cepat-cepat meloloskan dirinya ke dalam kereta.
Dia sengaja mahu memendekkan perkenalan antara Izzaq dan Zarif.
“Siapa
nama budak tadi tu? Saya dah lupa…” Zarif bertanya setelah keretanya laju
membelah jalan raya.
“Siapa?”
Lea bertanya pendek. Dia tidak faham dengan maksud Zarif. Sejak masuk ke dalam
kereta tadi, dia dan Zarif masing-masing berdiam diri.
“Lelaki
yang follow awak sedari pintu depan
kampus tu.”
“Oh,
Izzaq! Kenapa?”
“Tak
ada apa-apa. Saja tanya.”
Lea
menjongketkan bahunya apabila mendengar jawapan Zarif. Pelik! Ingatkan akan ada
soalan demi soalan daripada Zarif, dan tidak sangka soalan itu hanya terhenti
setakat itu sahaja.
Lea
memandang ke kiri dan kanan jalan. Aik, ini bukan jalan ke rumah.
“Awak
nak pergi mana ni? Ini bukan jalan balik ke rumah kita.” Lea bertanya laju
kepada Zarif. Zarif hanya mengukir senyuman mendengar soalan daripada Lea. Dia
biarkan sahaja pertanyaan Lea dan bersiul-siul kecil.
Lea
tidak berpuas hati dengan Zarif. Dia hanya berdiam diri di sebelah tanpa
menjawab pertanyaan daripadanya. Dia semakin geram apabila siulan Zarif semakin
galak.
Lea
memandang papan tanda di kiri jalan. Port Dickson? Buat apa datang sini?
“Kita
nak pergi mana ni?” Lea Fatehah tidak berpuas hati dan dia bertanya sekali lagi
kepada Zarif.
“Port
Dickson!” Zarif menjawab girang. Lea mengecilkan matanya dan memandang tepat ke
arah Zarif, namun dia tidak dapat memandang tepat ke arah mata Zarif kerana
ditutupi dengan cermin mata gelap.
“Kita
datang sini untuk apa? Awak tak masuk pejabat ke?” Lea bertanya lagi.
Sememangnya banyak soalan yang mahu ditanya tetapi hanya itu sahaja yang mampu
ditanya. Dia kemudiannya mengalihkan pandangannya ke jalan raya.
“Pantai
kan tempat kesukaan awak. Kita datang sini sebab nak tengok laut, nak main-main
di gigi air. Kan?” Zarif menjawab dengan senyuman manis di bibirnya. Dia
memandang sekilas pada Lea di sebelahnya.
Lea
Fatehah berfikir sejenak. Kenapa dia boleh tahu semua kegemaran aku? Kalau dulu
dia tahu impian aku untuk belajar di Harvard, dan sekarang ini pantai pula.
Peliklah dengan mamat ni. Macam mana dia dapat tahu? Benda ini semua hanya aku
luahkan di dalam diari aku sahaja. Hah, diari? Mana diari aku? Dah lama aku tak
menulis dalam diari. Mana aku letak diari aku ya? Si Zarif ini baca diari aku
ke? Ya Allah, malunya!
“Okay,
sekarang kita dah sampai ke destinasi yang ingin di tuju. Dipersilakan dengan
segala hormatnya Puan Lea Fatehah Mahfuz turun dari takhta!” Zarif membukakan
pintu kereta untuk Lea Fatehah.
“Kenapa
dengan awak ni?” Lea Fatehah bertanya pelik. Dia pelik dengan perangai Zarif
Haikal yang tiba-tiba menjadi romantik dan gentleman.
Romantik ke? Tanya hati Lea sendiri. Namun, kakinya tetap jua melangkah keluar
dari kereta. Hidungnya sudah mula terhidu bau air laut. Hatinya bersorak
girang. Lea mengorak langkahnya menuju ke arah pantai. Dia tidak mempedulikan
cuaca yang panas terik dan sememangnya tidak sesuai untuk berjalan-jalan di
tepi pantai.
Zarif
menurut sahaja kaki Lea yang melangkah walaupun percik-percik peluh sudah mula
membasahi dahi. Dia yang tidak lekang dengan cermin mata gelap hanya mampu
memandang Lea yang sedang leka berjalan-jalan di gigi air.
Deringan
telefon dari kocek seluar kerjanya mengejutkan keasyikan Zarif yang sedang
memerhati Lea.
“Hello
Bard!” Zarif menyahut.
“Rif,
kau ada kat mana sekarang ni?” Badri bertanya di hujung talian.
Zarif
memantau Lea seketika yang masih lagi berjalan kaki di gigi air. Skirt yang
dipakai oleh Lea mulai basah terkena pukulan ombak yang menghempas pantai.
“Kat
PD. Kenapa beb?” Giliran Zarif pula
untuk bertanya.
“PD?
Jauhnya. Buat apa? Hmm, aku ingatkan kau ada kat pejabat sekarang ni. Aku nak bagitahu
satu benda dengan kau.” Badri pula menjawab di hujung talian.
Zarif
menanggalkan cermin mata hitamnya. “Apa dia Bard? Penting sangat ke sampaikan
kau call aku ni?” Zarif bertanya
hairan.
“Tentang
Alia.”
“Alia?
Alia Najihah? Kenapa dengan dia?”
“Dia
datang jumpa aku semalam dan dia tanya pasal perkahwinan kau dengan Lea.” Badri
berterus terang di hujung talian.
Zarif
mengeluh berat. Kenapa dengan perempuan itu?
“Lepastu
kau cerita apa dengan dia?” Zarif pula bertanya.
“Aku
cerita apa yang aku patut cerita sajalah. Seperti apa yang kau pesan pada aku
dulu. Jangan risau, aku tak cerita pun bagaimana kau boleh kahwin dengan Lea.”
“Bagus
beb! Aku malas dah nak ada kaitan
dengan dia. Dia ada tanya apa-apa lagi tak?”
“Itu
sahaja. Riak wajahnya macam frust pun
ada beb. Aku dapat rasakan bahawa dia
masih lagi sayangkan kau. Aku serius ni beb.
Memang itu yang terpancar pada raut wajahnya.”
“Bard,
kau jangan tertipu dengan dialah. Aku dah serik. Sakit hati aku terhadap dia
masih belum pulih lagi Bard.”
“Take it easy man. Tapi aku hairan, macam
mana dia boleh tahu yang kau dah kahwin?”
“Entahlah.
Aku sendiri tak pasti. Mungkin Hani yang bercerita dengan dia. Hmm, entahlah.
Aku malas nak ambil tahu pasal dia lagi. Thanks
Bard sebab kau masih ambil berat pasal aku.”
“Hal
kecil sajalah. Hmm, anyway kau pergi
PD buat apa? Honeymoon ke?” Badri
tergelak kecil di hujung talian.
Zarif
turut sama tergelak. Honeymoon? Aku
tak pernah terlintas pun untuk honeymoon.
Dengan siapa? Lea Fatehah? Ah, tidak mungkin. Dia masih tidak boleh menerima
aku sebagai suaminya.
No comments:
Post a Comment