Pada
petang itu, Lea keluar ke Tesco untuk membeli barangan dapur. Dia sudah
mendapat keizinan daripada Zarif. Lea keluar dengan menaiki kereta, dan di
dalam kepalanya sedang berkira-kira dan menghitung barang yang harus di beli.
Kurang
dari seminggu lagi, dia akan mendaftarkan dirinya sebagai mahasiswi
perundangan. Walaupun akan bergelar mahasiswi, tetapi dia tidak melupakan
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Sedang
Lea membelek-belek variasi sayuran di depannya, dia ditegur oleh seseorang.
“Lea
!” Wanita tersebut memanggil nama Lea Fatehah. Lea berhenti memilih sayur dan
memandang ke arah suara yang memanggilnya.
“Kak
Lia ! Akak buat apa kat sini?” Lea segera menghampiri Alia dan mereka saling
berpelukan. Sejak pertemuan pertama di rumah Farhani, mereka semakin akrab.
“Akak
datang beli barang dapur sikit. Ingat hari ini nak masak, kebetulan kawan-kawan
serumah akak pun cuti hari ini. So,
bolehlah akak masakkan untuk mereka sekali. Lea shopping kat sini juga ke?” Alia berjalan beriringan dengan Lea
sambil masing-masing menolak troli yang sudah mula dipenuhi dengan barang-barang
dapur.
“Ha’a
kak! Lea selalu saja datang sini. Dekat saja dengan rumah Lea. Senang-senang
nanti, jemputlah ke rumah.”
“In
shaa Allah, bila berkelapangan nanti, akak singgah ke rumah Lea. Hmm, Lea
datang sini dengan siapa? Sorang saja ke?” Alia bertanya lagi. Dia memasukkan
sepaket spagetti ke dalam troli. Begitu juga dengan Lea Fatehah.
“Sorang
saja kak. Suami kerja. Biasanya Lea ke sini dengan adik ipar, tetapi hari ini
dia sibuk. Tak dapat nak temankan saya.” Lea menjawab dengan senyuman yang
terukir manis di bibirnya.
“Lupa
akak nak tanya, suami kamu nama apa ya? Kalau betullah dia kawan Farhani, pasti
akak pun kenal dia.” Akhirnya terluah juga soalan yang disimpan oleh Alia
sebelum ini. Dia hanya mahu mengetahui sahaja, bukan bermakna untuk menjaga
tepi kain orang lain.
“Zarif.
Zarif Haikal.” Lea menjawab sambil tangannya sedang ligat membelek epal merah
di depannya. Apabila mendengar nama Zarif keluar daripada mulut Lea Fatehah,
Alia kaget.
“Zarif
Haikal?” Alia bertanya untuk kepastian. Dia ragu dan fikirkan ia hanyalah
bayangannya sahaja.
“Ya
kak. Zarif Haikal. Akak kenal ke dengan abang Zarif?” Lea bertanya pula
inginkan kepastian. Dia memandang tepat ke arah Alia. Alia cuba menyembunyikan
perasaannya. Kalau betullah Zarif Haikal yang dimaksudkan oleh Lea itu adalah
Zarif Haikal yang pernah menjadi kekasih hatinya suatu masa dahulu, ini
bermakna Zarif sudah beristeri dan isterinya kini berada di hadapan aku.
“Akak…”
Lea mengawang-awangkan tangan kanannya di hadapan mata Alia. Dia melihat keruh
di muka Alia, dan dilihat Alia sedang memikirkan sesuatu.
“Akak
okay tak ni?” Lea bertanya sekali lagi setelah tidak mendapat apa-apa respond daripada Alia.
“Haaa,
hmmmm, akak okay saja. Akak okay.” Alia tersedar daripada lamunannya. Dia sedar
Lea berada di sebelahnya. Ingatannya terhadap Zarif hilang serta-merta.
“Tapi
akak nampak macam tak okay saja.” Lea menambah apabila melihat riak keruh pada
wajah Alia.
“Akak
okay saja. Hah, Zarif ! Akak kenal. Satu universiti dulu. Tak sangka pulak yang
Zarif dah kahwin sekarang.” Alia tergelak dengan kata-katanya sendiri. Dia
sedaya upaya cuba mahu sembunyikan getar di jiwanya apabila nama Zarif menjadi
topik perbualan mereka.
“Kami
baru saja kahwin. Lebih kurang tiga bulan macam tu.” Lea menyambung lagi.
Walaupun dia dapat menangkap riak wajah Alia yang berbeza, tetapi dia tidak
dapat mengesyaki apa-apa yang pelik tentang topik perbualan mereka.
“Haaa,
takpelah Lea. Akak kena minta diri dulu ni. Kejap lagi akak dah kena masuk office. Baru ingat nak belanja Lea
makan, tapi nampaknya tak ada rezeki lagilah hari ini.”
“Eh
takpe kak! In shaa Allah, lain kali kita calling-calling
ye kak. Bolehlah kita keluar sama.” Lea menambah. Akhirnya mereka berpisah di
situ. Lea masih lagi meneroka segenap ruang Tesco dan Alia pula sedang berbaris
di kaunter bayaran.
-----
“Zarif,
saya… saya ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan awak.” Alia berdiri
mengadap Zarif. Suasana tenang dan nyaman di sekitar tasik itu telah memberikan
sedikit kekuatan kepada Alia untuk berterus terang.
Zarif
yang baru pulang dari pejabat segera menghalakan keretanya ke arah tasik
seperti yang dijanjikan dengan kekasih hati. Hatinya melonjak gembira apabila
Alia menelefonnya di pejabat tengah hari tadi, dan mengatakan mahu berjumpa
dengannya di tasik yang selalu menjadi tempat lepak mereka.
“Ada
apa sayang? Awak call saya tadi macam
ada hal penting saja.” Zarif melabuhkan duduknya di tepi tasik. Dia bersila di
situ. Alia yang melihat Zarif melabuhkan duduk turut sama bersila di sebelah
Zarif. Hatinya tidak keharuan. Dadanya menahan debar yang maha kuat. Dia cuba
menenangkan dirinya sendiri.
“Saya
rasa hubungan kita sampai takat sini sajalah.” Akhirnya terluah jua frasa keramat
yang mahu diluahkan oleh Alia. Zarif di sebelah terkejut dengan ayat yang
keluar daripada mulut Alia. Serta-merta dia memalingkan wajahnya mengadap Alia
di sebelah. Namun, Alia melarikan pandangan matanya. Dia tidak mahu menatap
anak mata Zarif.
“Tapi
kenapa?” Zarif bertanya inginkan kepastian. Hatinya tidak keharuan. Dia buntu,
dan dia langsung tidak menyangka bahawa frasa sedemikian akan keluar daripada
mulut Alia.
“Saya
rasa antara awak dengan saya dah tak ada keserasian.” Alia menjawab perlahan,
namun telinga Zarif masih lagi dapat menangkap jawapan Alia.
“5
tahun itu bukan satu tempoh yang singkat Lia. Kita dah kenal 5 tahun.
Keserasian apa yang awak maksudkan ini?” Zarif bertanya serius. Duduknya tidak
tenang. Dia berdiri dari duduknya dan membuang pandang ke arah tasik di
depannya. Alia di sebelah masih lagi bersila.
Alia
sedang menyusun kata. Segala dialog yang dirancang semalam hilang serta-merta.
Dia jadi lupa dengan apa yang dirancang. Hatinya sudah terpaut dengan insan
lain. Namun, dia takut untuk mengaku di depan Zarif, dan dia perlu mencari
alasan lain untuk memutuskan hubungannya dengan Zarif.
“Saya
dah tak jumpa keserasian antara kita. Awak dengan dunia awak, dan saya dengan
dunia saya.” Alia menjawab berani. Dia memejamkan matanya rapat untuk mendapat
kekuatan. Ya, dia nekad! Hubungannya dengan Zarif perlu dihentikan. Kasih dan
cintanya sudah beralih kepada Khairy.
“Setelah
5 tahun kita menjalin hubungan cinta, alasan itu yang awak gunakan untuk
tinggalkan saya. Siapa yang minta untuk kita jadi macam ni? Sebelum ini saya
dah ajak awak kahwin, tapi awak tak nak. Awak cakap awak tak puas enjoy lagi. Takpe, saya faham dan saya tunggu, tunggu dan tunggu awak.
Walaupun telinga saya ni dah tak tahan menerima bebelan daripada mama, tapi
saya sabarkan juga diri ini sebab saya sayangkan awak. Akhirnya, ini
pengakhiran kisah cinta kita?” Zarif tergelak sinis dengan ayatnya sendiri.
Entah, dia terasa kosong ketika itu.
“Maafkan
saya ! Tapi, itu sahaja yang saya mahu katakan pada awak. Hubungan kita setakat
hari ini sahaja.” Alia berdiri dan menghalakan langkahnya ke kereta. Dia
meninggalkan Zarif begitu sahaja. Zarif terduduk. Hatinya merintih. Impiannya
untuk membina mahligai indah bersama Alia Najihah terkubur di tasik itu. Kisah
cinta 5 tahun mereka berakhir begitu sahaja. Pengorbanannya sebelum ini
berakhir sudah. Sama sekali dia tidak menyangka pengakhiran kisah cinta antara
mereka berakhir dengan sedemikian rupa.
No comments:
Post a Comment